Hari Pertama Persekolahan Tahun 2017


Belum terlambat sangat rasanya untuk update cerita hari pertama persekolahan. Ha!!! Ye. Cerita hari pertama persekolahan 2017.

Disebabkan dah ambil cuti lama Disember 2016, maka, buka persekolahan 2017 mama tak ambil cuti. Lagipun, Adam bukannya nak masuk darjah 1. Darjah 3. OMG! Besar dah anak mama. Kekal di sekolah yang sama. Jadi, rutin harian masih sama.

Gelap kan? Owh... Abang Adam telah dilantik menjadi pengawas sekolah pada tahun ini. Jadi, semenjak akhir 2016, Abang Adam kena sampai di sekolah seawal 7.15 pagi. Fuhhhh! Mencabar bagi parents dan anak. Pagi-pagi, kadang-kala jemnya lain macam.

Alhamdulillah, walaupun dihantar hanya di pagar sekolah, Adam ceria. Rindu nak berjumpa kawan-kawan katanya. Maklum sahajalah, cuti persekolahan yang lama bulan Disember aritu, masing-masing membawa diri sendiri :)