Nak Berkepit Je Haishhh


Aktiviti rutin setiap Sabtu : menghantar Adam ke sesi latihan taekwando dan Aleesya main naik-turun tangga :)

Asalkan abang break je untuk minum air, adik akan datang. Bukan datang sesaja tau... datang kiss abang dia.

Haaaa... 

Abang kan dah besar, malu la kan nampak adik dok kiss bermanja dengan dia. Kikiki.

Gambar ni, adik nak kiss abang, tapi abang tak kasi ;p

Memperkenalkan Konsep Darab Kepada Adam

Wow! Masuk darjah 2 sudah start belajar darab. Haaaa... darab tu! Bukan hanya tambah tolak je tau. Nampak gayanya, kena lah Adam berusaha sedikit.

" Adam, dekat kelas, kalau tak faham, Adam buat apa? ".

" Adam angkat tangan tanya cikgu lah mama ".

Bagus! Happy berbunga-bunga hati mama. Tanya lagi...

" Contoh apa yang Adam tanya? ".

" Tak ingat la mama. Adam faham je kalau cikgu ajar ".

Deng!!! Alhamdulillah kalau memang Adam benar-benar faham. Kalau tak faham, silakan bertanya ye anakku. Malu bertanya, sesat jalan.

Kebiasaannya, mama akan introduce concept dulu pada Adam. Kalau faham concept, insya Allah mudah la faham yang lain.

Jadi, kena la berkenalan dengan DARAB.

Nak biarkan gambar la berbicara. Ewahhhh!!!

TAPI!!!! Gambar lupa ambil! Ok, kita cerita la. Buat pedoman nak mengajar Aleesya pula bertahun akan datang. Berkenalan dengan konsep ni, tak menggunakan pensel dan kertas. Tapi, mama gunakan batu.

3 X 2 = 2 X 3 = 6

  • Adam kena susun sekumpulan batu. Satu kumpulan ada 3 batu. Jadi, susun la dua kali.
  • Adam kena susun sekumpulan dua batu dalam 3 kumpulan.
  • Adam kena kira jumlah-jumlah dua kumpulan tu. Dapat 6 kan?

Kiranya...


  • Tambah berulang-ulang
  • Gandaan


Mama ulang-ulangkan dengan nombor-nombor lain. Tak lama tau. Dalam 15 minit je la. Sempat la untuk 4 soalan.

Nampak Adam dah faham, mama stop. Esoknya, terus bagi soalan darab yang mudah-mudah ( sifir 2 ). Kikiki. 

Dasyat kan sekarang. Bukan setakat malas nak update blog, nak snap gambar pun malas. Insaf lah mama!!!

Kek Choc Moist Super Duper Sedap

Sedap dan murah. Kek sedap dan murah! Homemade dengan penuh kasih-sayang. Siapa buat? Anti Hajar!


Apa yang special kek anti Hajar ni? Haaaa... kena cerita satu-persatu. Entry kali ini, nak cerita pasal Choc Cake Nutella Moist.


Tengok gambar di atas. Nampak mengiurkan? Sangat mengiurkan! Itu baru gambar. Cubalah rasa!!!! Choc cake ni saaaangat lah bercoklat. Siapa suka coklat memang la! Rasa macam nak pitam. Makan tak boleh berhenti. Itu yang order masuk tak putus-putus kot.

Topping dia ada nutella, choc parut, kinder bueno, kit kat dan potongan buah. Mewah!!!! Makan choc yang manis dengan buah yang sedikit masam, perghhhh!!! SEPULUH BINTANG!

Berapa harganya? Kek ini dijual dalam dua saiz. Saiz besar dan kecil. Saiz besar biasa orang order beserta deco. Jadi harganya berbeza mengikut deco yang dikehendaki. Kek yang kecik ini pula hanyalah RM15

Serius, pernah orang tanya pada anti Hajar, " Tak rugi ke jual RM15 je dengan topping mewah ni? ". Kita berkongsi rezeki la kan. Insya Allah berkat. Ameen!

Nak order? Tu haaaa... ulang tayang semula.


atau whatsapp je : 011 - 2114 9325

COD di kawasan Balakong dan area berdekatan. 





Owh My Happy Children

Anak-anak mama ni jenis happy go lucky. Manja sesangat dan sentiasa happy. Kalau merajuk pun senang nak dipujuk. Nak dinasihat pun insya Allah, kalau kena gaya memang berkesan. Asal jangan kalau diorang nak mama diorang. Kikiki. Memang tak boleh pujuk la...

Aleesya meraung macam kena cubit kalau bangun tidur mama dia tak ada di sebelah. Yang ni, tak boleh pujuk. Buat la macam mana pun. Kena mama sendiri datang dan ... ok!

Ini telatah ketika bershopping. Dah penat agaknya. Sampai terduduk ;p


Ok. Mama yang suruh duduk di tepi sementara menunggu papa. Tapi, si kecil ni baring pula. Kikiki. Memang tak marah la. Pujuk-pujuk suruh duduk. 

Nampak tu... happy je dia. Sengih-sengih.



Syukur tak lama, lepas tu Aleesya bangun la. Tak mengganggu lalu-lintas pun. Kami di tepi.


Settle je... terus berlari dengan bertenaga. Energetic tau budak-budak.


Haaaa... siap joget dan posing lagi kat depan kedai ;p

Sweet Heart


Cinta pertama mama (selepas papa). Kikiki. Nampak tak peluh di dahi. Penat kan dengan rutin seharian. Seawal pagi mengangkut beg berat ke sekolah. Pagi-pagi lagi kami hantar Adam ke sekolah. Tengahari, Adam naik van ke Kafa. Petang baru mama ambil.

Penat-penat seharian, masih tersenyum melayan kerenah si adik di taman. Walaupun ramai kawan-kawan Adam memanggil, Adam masih melayan si adik yang terjerit-jerit mahukan abangnya. Kadang-kadang, kesian juga. Kesian pada kedua-duanya. Si abang tentunya teringin juga nak berlarian bersama rakan. Si adik pula rindukan si abang yang seharian bersekolah. 

Nasib baiklah ramai kawan-kawan abang yang suka melayan Aleesya. Dapat lah juga Adam mencuri sedikit masa untuk bermain bersama kawan. Terima kasih Adam!

Sepagi Di Kantin Sekolah


Awal tahun 2016 hari tu, kami tiga beranak berkesempatan la ke kantin uncle Khir di Bangi. Apa tujuannya? Saja la nak menjemput wan di sana. Wan menunjukkan cara membuat menu istimewa. Kikiki. Nasi kerabu dan pulut panggang. Sambil-sambil menjemput wan, dapatlah kami menjamu selera. Kikiki.

Anak-anak? Makan banyak! Persiapan dua beradik dah disediakan, iaitu mainan! Kena la prepare kan. Buatnya ada hal tak terduga, dan lambat baru boleh balik, tidaklah dua anak kesayangan mama ni mati kutu. At least ada permainan yang boleh digodek.

Makan. Main. Makan. Main. Akhirnya, it's time to balik. Owh... bukan balik rumah, tapi balik rumah wan. Tujuan ke kantin uncle Khir ni sebenarnya sebab nak ke rumah wan. Tapi wan tak ada. Kikiki.

Berada di kantin sekolah semasa hari cuti... anak-anak bebas la nak bermain. Tak adalah lasak pun, sekadar main Lego di atas meja. Hahahah.

Senyuman Manis My Girl

Berbeza betul ada anak perempuan. Walaupun tahap kemanjaan anak-anak ni macam sama je, tahap kemengadaan memang lain! Hahahaha!

Miracle baby mama dah besar dah. Bulan ni dah berusia 2 tahun 5 bulan. Wow! Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah, kedua-dua menceriakan hati. Sentiasa la mama dan papa tersenyum dengan gelagat dua beradik.

Ini adalah gelagat Aleesya semasa menunggu Adam selesai latihan taekwando. Kikiki. Lama menunggu, bosan agaknya.

Owh my happy girl. 



Manisnya senyuman. Hai la anak... manalah hati mama dan papa tak terpaut :)

Sepasang Anak Yang Berlarian

Playground lagi. Yang ini harus ditunjukkan. Gambar candid anak-anak. Happy sangat.


Berlarian ala-ala berkejaran.


Eh! Eh! Laju pula Aleesya menuruni bukit.


Abang kena tinggal?


Sempat senyum dekat mama tu :)


Meh tengok video ni. 

Sambutan Hari Jadi Ketiga Hanif

Sekitar majlis birthday Hanif. Wow! Hanif is 3! Majlis berjalan dengan lamcar sekali. Sebenarnya, ada event di kawasan perumahan anti. Join buat majlis sambutan harijadi Hanif sekali.

Majlis diadakan malam. Sebelum majlis bermula, Aleesya main buai dulu.


Owh.... inilah diantara kek anti buat. Kek ni homemade tau. Satu kek coklat karamel ganache dengan satu kek pandan cheese. Memang sedap. Nak order, wasap sahaja ke 011 2114 9325. Add facebook anti : Hajar Hamzah.


Anti, uncle dan Hanif! Siapa yang tiup lilin tuuuu?


Nampak tak kami bertiga di situ? Nampak iolls sahaja la. Aleesya dan Adam terlindung. ;p


Nampak budak-budak ramai tu? Haaaa... tak sabar nak makan kek. Kek sedap wei!!!

Majlis berakhir agak lewat. Yang penting, anak-anak happy! Dapat makan kek dan dapat goodie bag! Tq!