Dandanan Rambut Baby Girl Yang Kemas Dan Cantik

Hari tu, semasa ambil Aleesya dari nursery... terpegun mama! Cantiknya! Hahahha. Puji anak sendiri. ;P

Cantik tau rambut Aleesya. Rajin cikgu-cikgu dia buat. Amboiiiii... Seperti biasa, kami ke playground. Haaaa... Aleesya menjadi tumpuan tau! Cantiknya buat rambut macam ni! Sebab yang ke playground ni adalah muka-muka sama setiap hari, maka, kenal la muka masing-masing. Orang-orang yang sama juga. Parents dan juga cikgu.

Serius... masing-masing memuji kerajinan cikgu.

Agak-agak la kan, kalo mama nak buat ni... boleh ke? Hahahah. 

Mama boleh ikat belakang je. Paling-paling, ikat depan kiri kanan. Simple-simple. Itu pun..... tak dapat la sekemas ni. Tak dapat bayangkan macam mana Aleesya duduk diam menadah kepala. Wow!


Aleesya seperti biasa sibuk nak memanjat.





Ini haaaa... dari belakang. Jelas kan? Cantik tak?

Di Sebalik Terowong


Ada apa di sebalik terowong? Ada Aleesya! Haaa... ini bukan terowong yang scary menakutkan tau. Ini terowong ceria yang bestttttt sangat. Hahahaha.

Entry playground memang akan jadi banyak. Setiap hari kami ke playground, dengan syarat mama pulang awal dari kerja. Hahahha. Rumah dan office baru ni dekat aje. Kalau balik awal, kompem sampai awal. Kecuali mama memang balik lewat, atau hari nak hujan. Kikiki.



Sebenarnya, Adam dah letih. Keletihan menempuh hari yang panas. Dipujuk-pujuk oleh Aleesya untuk bermain bersama. Dek sayangkan adik, Adam main la juga sekejap.


Nampak tak kegagahan adik mendaki tangga? :P


Hero yang kepenatan akhirnya surrender juga. Adam mencangkung bermain laga kemuncup. Amboi! Memang pengaruh Upin dan Ipin betul!

Register Taekwando Abang Adam

Adam kan dah belajar taekwando dari tadika. Tapi, sejak berpindah sekolah, aktiviti sukan riadah taekwando terhenti. Dan akhirnya.... selepas setahun terhenti... hari pendaftaran taekwando Adam.

Hooray! Mama memang terlebih excited. Bukan apa... kami jarang beriadah outdoor. Semua aktiviti adalah aktiviti indoor. Jadi, memang tercari-cari apa aktiviti yang hendak dimasukkan Adam. Pilihan awal : tennis atau renang. Tapi, Adam pilih taekwando :)

Kata satu murid satu sukan kannnnn.

Coach brief la sikit-sikit. Aleesya yang tekun mendengar.


Selepas briefing, ada la sedikit aktiviti memanaskan badan. Adam terpilih la untuk demo. Lucky boy!




Selepas demo tu, ok... silakan buat seperti yang telah didemokan tadi ye anak-anak.



Sakit ke? Kesian.... Adam sampai dah membongkok-bongkok nak membantu. Kalau masih juga sakit, practice la lagi. Memang badan tak cukup lentur ni. 

Tapi... gambar punya pasal, senyum manis!



Tak boleh rendah lagi...



Adushhhh... budak ni tak de nak membongkokkan badan sikit pun. Tegak je dia berdiri. Fuhhhh... nasib baik Adam steady.


Begitulah kisah hari pendaftaran taekwando Adam :)

Girl On Skuter


Tak ada nak bercerita panjang. Cuma nak share gambar :)

Aleesya sedang asyik dengan skuternya. Tapi, kata Aleesya, ini basikal. Hahahha. Ada gambar latest, tapi mama share kemudian ye.


Seronok diheret ke sana ke sini.


Owhhh... yang hensem di atas adalah pemilik asal skuter ini. Mainan turun temurun. Look like new. Berminat pm tepi :)

Aktiviti Adam Semasa Qiamullail

KAFA Abang Adam memang mengadakan program qiamullail pada setiap bulan. Haaaa... ini memang program yang ditunggu-tunggu oleh semua budak. Seronok tau!

Apa yang seronoknya? Dah la tidur lewat, bangun pula awal pagi. Kikiki. Seronok la, sebab inilah masa anak-anak berkumpul bersama dengan kawan-kawan. Makan bersama, mandi bersama, mengaji bersama, pendek kata... semuanya bersama kawan-kawan.

Lagi pula... biasanya parents akan sponsor makanan! Serius! Kadang-kadang, kami juga sponsor sedikit bekalan untuk anak-anak. Haaaa... mana tak happy!

Kebiasaannya, qiam akan bermula pada petang Jumaat sehingga pagi Sabtu.

Ini adalah kisah di pagi Sabtu. Sengaja kami datang awal untuk mengambil abang tercinta. Aleesya la yang beria nak menjemput Adam. Rindu!



Anak-anak sedang bermain di taman permainan. Alkisahnya, sedang menyusun puzzle. Hahahaha. bukan senang ooooo... susah! Gambar apa pun tak tau. Macam arnab, macam beruang. Macam-macam la!



Apa yang penting? KERJASAMA!


Susah juga puzzle nya. Gambar senada jer colour.



Macam arnab! Macam beruang! Hahahaha!



Result akhir? Tak siap! Susah! 

Abang Prihatin Carikan Topi Adik

Masya Allah! Lamanya tak update. Kali ini nak bercerita pasal topi Aleesya.

Adam kan lelaki, banyak la koleksi topinya. Tapi, Aleesya tak kurang juga banyaknya. Cuma topi Aleesya pattern fancy dan girly. Mungkin Aleesya tak minat dah. Teringin nak cap macam Adam.

Jadi, pada hari yang damai ini... ops mencari topi Aleesya. Kikikiki. Nampak tak Aleesya dah lentok? Mana taknya, bukan semata-mata mencari topi, list panjang dari pagi. Hahahah.


Adik yang terlentok tidak membataskan pergerakan abang yang prihatin :)



Akhirnya! Topi ni cantik! Sesuai untuk adik!


Ngam! Dan cantik! Sesuai untuk adik comel kita ni :)