Wow! Masuk darjah 2 sudah start belajar darab. Haaaa... darab tu! Bukan hanya tambah tolak je tau. Nampak gayanya, kena lah Adam berusaha sedikit.
" Adam, dekat kelas, kalau tak faham, Adam buat apa? ".
" Adam angkat tangan tanya cikgu lah mama ".
Bagus! Happy berbunga-bunga hati mama. Tanya lagi...
" Contoh apa yang Adam tanya? ".
" Tak ingat la mama. Adam faham je kalau cikgu ajar ".
Deng!!! Alhamdulillah kalau memang Adam benar-benar faham. Kalau tak faham, silakan bertanya ye anakku. Malu bertanya, sesat jalan.
Kebiasaannya, mama akan introduce concept dulu pada Adam. Kalau faham concept, insya Allah mudah la faham yang lain.
Jadi, kena la berkenalan dengan DARAB.
Nak biarkan gambar la berbicara. Ewahhhh!!!
TAPI!!!! Gambar lupa ambil! Ok, kita cerita la. Buat pedoman nak mengajar Aleesya pula bertahun akan datang. Berkenalan dengan konsep ni, tak menggunakan pensel dan kertas. Tapi, mama gunakan batu.
3 X 2 = 2 X 3 = 6
- Adam kena susun sekumpulan batu. Satu kumpulan ada 3 batu. Jadi, susun la dua kali.
- Adam kena susun sekumpulan dua batu dalam 3 kumpulan.
- Adam kena kira jumlah-jumlah dua kumpulan tu. Dapat 6 kan?
Kiranya...
- Tambah berulang-ulang
- Gandaan
Mama ulang-ulangkan dengan nombor-nombor lain. Tak lama tau. Dalam 15 minit je la. Sempat la untuk 4 soalan.
Nampak Adam dah faham, mama stop. Esoknya, terus bagi soalan darab yang mudah-mudah ( sifir 2 ). Kikiki.
Dasyat kan sekarang. Bukan setakat malas nak update blog, nak snap gambar pun malas. Insaf lah mama!!!