Si comel Saya. Allah anugerahkan permata hati ini dengan pelbagai ranjau ketika mengandung. Puas sudah mata menangis. Pilu. Sedih. Bila baby yang dikandung dikatakan mempunyai harapan yang tipis. Siang malam berdoa agar baby ini dapat lahir melihat dunia dengan selamat.
Episode berulang ke hospital, bilik wad seumpama hotel, Adam yang terpaksa dicutikan sekolahnya Dan mengambil exam tanpa bantuan mama untuk mengulangkaji pelajaran. Terima kasih Adam kerana temankan mama di hospital.
Lahir puteri comel yang ditunggu. Jauhhhhhh berbeza personality dengan si Abang. Keduanya unik Dan tersendiri. Terserlah individualiti di dalam keduanya. Bukan Nak membanding, apa lagi Nak mengagih kasih. Kasih-sayang tertumpah untuk permata hati.
Setelah lama rumah kemas tidak bersepah ( kerana Adam pandai mengemas sendiri barang-barangnya ), kita lalui kembali sejarah lama. Sepah. Tandanya Ada Anak bermain. Permainan dan segala Macam benda di letakkan supaya mudah dicapai. Untuk keduanya bermain. Apa guna membeli permainan juka perlu di sorok kerana takut kan rumah berkecah? Bahagia sebenarnya. Cuma jika tetamu menjengah tanpa notis... Hurmmmmm... Malu la juga.
Insya Allah Tak lama. Puteri comel hampir genap Dua tahun usianya. Tak lama lagi, puteri comel pun Akan faham Dan Boleh mengemas sendiri permainannya. Bersabar sahaja la sementara Anak masih kecil. Nanti kita juga yang rindu inginkan penyeri rumahtangga yang kecil. Kata orang, Anak yang banyak akal ni cerdik? Sesungguhnya puteri seorang ni memang banyak akalnya. Kikikiki. Insya Allah Ye Aleesya, membesar bersama Abang Adam dengan baik Dan sihat selalu. Insya Allah kehadiran Adam Dan Aleesya Akan melengkapkan kekurangan mama Dan papa.