Telatah Aleesya Membuli

Tajuk telatah Aleesya membuli. Boleh percaya? Sekarang ni macam-macam headline ada. Nak tau apa cerita kena la baca entri ni sampai habis. Agak-agak boleh ke si comel ni membuli? Siapa yang dibuli? Kalau membuli mama, papa dan Adam, maybe la.

Tengok gambar di bawah ni, ada tanda-tanda pembulian?

 

Nampak macam tiga budak sedang melepak je kan?


Yang mama nampak cuma seorang budak comel! Kikiki...


Banyak gambar ni... jom kita tengok sebelum mama terus menaip!


Ok. Inilah kisahnya. Aleesya kan sekarang ni tengah 'gila'kan youtube. Siang malam nak youtube. Aleesya tengok youtube sambil menyanyi dan menari. Kiranya... ok la. Ada aktiviti. Cuma tak menahan la kalau tengok youtube dalam gelap. Huuuuu... Adalah juga kebaikan nursery rhyme dan muzik kepada anak! Youtube memang elok untuk pembelajaran anak, tapi silap guna banyak padahnya!

Ceritanya macam ni. Adam melayan Aleesya menonton youtube. Dari satu video ke satu video. Mula-mula berdua, kemudian bertiga. Abang dah letih, slowly abang mengundurkan diri. Kikiki.

Tinggal la Aleesya dengan kakak.

Nampak video di atas? Thomas and friends! Aleesya dah tau lagu, dah tau macam mana menarinya. Maklumlah... itu makanan dia setiap hari. Dipaksanya kakak menonton. Kakak layankan aje. Bukan kena buat apa pun... kena duduk tengok youtube. Dari atas lantai ke atas tilam. Haaaaaha.

Akhirnya, kakak surrender. " Adam, jagalah pulak adik Adam ni ". Kikiki... penat ooooo tak boleh ke mana-mana ;p

No comments:

Post a Comment