Penuh kan Masa

Aktiviti si comel ni memang bermain sahaja. Main motor, main kereta, main Lego, main teddy bears, main masak-masak. Sesekali diangkutnya macam-macam educational toys Abang Adam. Ikut lah. Explore la apa maunya :)

Ini pun kategori main. Main apa? Cuba teka!

Magic colour! Tentunya kepunyaan Adam. Ni bukan nak mewarna tau. Sebaliknya, Aleesya main buka tutup Magic colour. Aleesya buka. Mama tutup. Aleesya buka. Mama tutup. Bila nak habis? Bila Aleesya dah bosan la!


Buku-buku aktiviti macam ni adalah milik Adam. Buku-buku lama yang belum ter usik. Entab siapa la yang suka membeli buku sebanyak-banyaknya untuk anak. Jadi... Buku ini diturunkan kepada Adik comel. 


Nampak Adik comel sibuk menampal? Kadang lekat, kadang tak berapa melekat. Terbalik kuang lain cerita. Asal kan hasrat melekat kan gambar tercapai. Kusyuk ooooo....

Yang tak bestnya... Bila dah kering Adik suruh Cabut balik gambar yang dah di gam tadi. Aiyoooooo!!!! Ini bukan sticker book yang boleh dicabut-Cabut selepas ditampal. Apa lagi.... Menangis la Adik suruh mama tolong tanggalkan kembali.


Ini lah hasilnya. Koyak. Janji Adik happy!

2 comments:

  1. Dah penat main.. kemas balik.. tapi bila datang hangin dia, kita di suruhnya kemas.. dia amik bantal dan minum susu.. alasan penat.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. layankan saja masa kecil-kecil ni. sambil-sambil tu, kita train untuk kemas sendiri. kikikiki.

    ReplyDelete