Main Di Playground

Alhamdulillah Hari ni dapat bawa dua beradik ke playground. Kasihan dua beradik ni, jarang dapat ke playground. Kononnya bila pindah rumah baru, boleh lah kerap ke playground. Belakang rumah sahaja kan. Tinggal angan-angan sahaja. Terlalu banyak nyamuk!

Hari ni, tapak playground adalah konkrit. Tiada pokok besar atau bunga-bunga. Alhamdulillah, tiada nyamuk! 

Adam yang mulanya keletihan kerana berpuasa, teruja nak bermain bersama adik. Nampaknya, adik memang updated version dari Abang. Lebih berani!

Mulut riuh menangis Abang. " Adam! Adam! Meh main! ". Kikiki. Adam je dia panggil Abang. Selalunya bila spontan macam ni, memang Nama je keluar. Puas la Abang Adam membetulkan, " Abang! Abang! Bukan Adam ". Barulah adik memanggil Abang. 

Nampaknya Aleesya lebih yakin dengan dirinya. Panjat tangga dan main gelungsur. Adam yang mulanya hanya nak duduk berehat, terus jadi assistant mama untuk main bersama adik. 

Aktiviti outdoor macam ni bagus tau untuk perkembangan anak-anak. Entah kenapa la mama malas sikit nak bawa anak ke playground. Kikiki. Sebab, melalui aktiviti fizikal macam ni, kita boleh Bantu anak membina social confidence. Mana tak nya, bila anak tau dia boleh memanjat, berjaya mendaki etc tentu sahaja level of confidence akan bertambah. Bagus lah untuk perkembangan mereka.

6 comments:

  1. Dulu kalau nak ke taman kenalah ai temankan, tapi sekarang ni, tak payah berteman laju je pergi ke taman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi! dah pandai berdikari. berapa umur si comel tu?

      Delete
  2. sy pun Sekarang dh jarang bawak Afia ke playground.malas sgt kenapa entah hehehe Bukan pose ni mmg cuti sebulan le ke playground.Aiman pun main game je kt rumah...

    sama lagi macam Afia aleesya ni..dh sebaya kan..afia poanggil abg...man je tau..bila betulkan Abang..dia sebut abam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa. sama la kita. dua kali lima.

      comel la abam aiman :)

      Delete
  3. akak memang tak pernah bawa anak2 ke playground, dulu je papa dorang bawa, sekarang tidak lagi sebab banyak nyamuk

    ReplyDelete