Berbaloi Beli Amber

Berbaloi-baloi la membeli si Amber ni. Jadi car kesayangan Adik. Ke mana-mana pergi di angkutnya. Ini kali... haaaaa... ke kedai mamak Amber singgah!


 

Kesian tanda di dahi adik. Kena gigit nyamuk pada spot itu. Hi Adam! Abang sayang berposing :)


Dua permata hati. Masing-masing unik. Ada personality masing-masing. Syukur Alhamdulillah dapat penyeri hidup!

Telatah Aleesya Membuli

Tajuk telatah Aleesya membuli. Boleh percaya? Sekarang ni macam-macam headline ada. Nak tau apa cerita kena la baca entri ni sampai habis. Agak-agak boleh ke si comel ni membuli? Siapa yang dibuli? Kalau membuli mama, papa dan Adam, maybe la.

Tengok gambar di bawah ni, ada tanda-tanda pembulian?

 

Nampak macam tiga budak sedang melepak je kan?


Yang mama nampak cuma seorang budak comel! Kikiki...


Banyak gambar ni... jom kita tengok sebelum mama terus menaip!


Ok. Inilah kisahnya. Aleesya kan sekarang ni tengah 'gila'kan youtube. Siang malam nak youtube. Aleesya tengok youtube sambil menyanyi dan menari. Kiranya... ok la. Ada aktiviti. Cuma tak menahan la kalau tengok youtube dalam gelap. Huuuuu... Adalah juga kebaikan nursery rhyme dan muzik kepada anak! Youtube memang elok untuk pembelajaran anak, tapi silap guna banyak padahnya!

Ceritanya macam ni. Adam melayan Aleesya menonton youtube. Dari satu video ke satu video. Mula-mula berdua, kemudian bertiga. Abang dah letih, slowly abang mengundurkan diri. Kikiki.

Tinggal la Aleesya dengan kakak.

Nampak video di atas? Thomas and friends! Aleesya dah tau lagu, dah tau macam mana menarinya. Maklumlah... itu makanan dia setiap hari. Dipaksanya kakak menonton. Kakak layankan aje. Bukan kena buat apa pun... kena duduk tengok youtube. Dari atas lantai ke atas tilam. Haaaaaha.

Akhirnya, kakak surrender. " Adam, jagalah pulak adik Adam ni ". Kikiki... penat ooooo tak boleh ke mana-mana ;p

Menjemput Abang Kesayangan

Mama dan Aleesya masih bercuti. Cuti lama kerana nursery masih di tutup. Jadi... Kami ambil kesempatan yang ada untuk bersuka-ria di rumah. Tapi... tengahari kena la ambil Abang kesayangan adik ni. Kafa tutup dan tentunya van pun Tiada.

Alamakkkkk... awalnya kami sampai. Jangan kan Abang kesayangan Adik, bayang-bayang pun tak nampak. Lambatnya keluar! 

Sementara menunggu Abang...


Dan lagi...


Yang di atas ni best tau... Aleesya bawa pinky dan milk. Later mama cerita entry pasal ni :)

Dekat school Abang ada ayam tau! Khusyuk la sekejap tengok ayam!


Nampak tak ayamnya?


Tunggu punya tunggu... Akhirnya...


Abang!


Rinduuuuuuuuu dekat Abang!

Hari Raya 2015 Kami Sedondon

Alaaaaaaa.... tak ada pun gambar Adam berbaju Melayu! Adoi! Tahun ni... First time sedondon kami berempat. Tapi... banyak gambar selfie mama dan papa je. Mana anak-anak ni :(

Rugi la pula rasa. Hensem tau Adam pakai royal blue. Aleesya pakai dress kaler sedondon sahaja. Tak jumpa pula baju kurung kecil yang sedondon. Entri ni penuh dengan perkataan sedondon!

Nanti la... kita ambil balik gambar Adam dan Aleesya sedondon. Mesti kena letak kat sini gambar dua beradik tu.

Nanti ye sayang-sayang mama... Gambar hari raya punya la banyak... Tapi gambar anak-anak bermain je. Gambar sedondon tak ada. Sedondon! Sedondon!

Sambutan Hari Jadi Ke-7

Sambutan hari jadi Kali ini di buat bersekali dengan sambutan raya. Memandangkan kami beraya di kampung, maka hari jadi Adam di sambut di kampung. Dan... jika sambutan di kampung, terpaksa la berkongsi majlis dengan sepupu Adam yang beza tak sampai seminggu. Takkan nak buat dua majlis kan? Kikiki. 

Menu makanan sedap! Chef papa menyediakan rendang ayam dan macaroni goreng. Makanan disediakan penuh kasih sayang, hasilnya tentulah sedap! 



Kek angry bird di sponsor oleh cik ngoh. Tq :)

Layankan gambar. Banyak gambar nih!



Sekian cerita ringkas sambutan hari jadi yang ke 7. Happy birthday Adam! Semoga membesar menjadi anak soleh kebanggaan semua.

Atas Atas Satu!

Tadi bagi Adam soalan matematik. Soalan wang guna abacus. Haaaa... Dalam pada kelas lama masih di jilid 1, kelas baru dah di jilid 2! OMG! Berdebush rasa macam jatuh tertimpa tangga. Jatuh pula dari tingkat 3. Hihihihi. 

Kononnya, cuti raya nak digunakan speenuhnya untuk mengejar silibus di kelas baru. Kikiki. Bukan matematik je tau... Semua subjek dah ke depan. Hahaha. Boleh percaya ke study di musim raya? Kikikiki.

Mission tak gagal. Tapi kurang berjaya. Maklumlah kami belajar dalam 5-10 minit je satu sesi. Berangan nak buat 3 sesi la sehari. Tapi... dapat satu sesi je sehari. Jadi laaaaaaa...

Target nak belajar subjek Kafa sebenarnya. Kikiki. Tapi... lupa nak pinjam buku. Buku Kafa memang tak dibawa balik ke rumah. Tinggal sahaja di Kafa. Jadi... Buku Bahasa Malaysia sahaja yang dibawa ke kampung.

Jauhhhhh dah ni. 

Terdengar Adam menyanyi sambil buat latihan abacus. Ahaaaa!!! Lagu tu mama create la konon. Untuk mama dan Adam. Mama kan mana reti abacus ni. Jadi... Lagu memudahkan mama untuk mengingat. Tak sangka Adam guna lagu yang mama ajar. Ye la. Masa mama ajar memula dulu, memang guna lagu tu. Tapi, kot la dah guna cars lain yang Cikgu ajar di kelas. Kikiki 😍

Naluri Perempuan

Naluri manusia di develop secara semulajadi. Tiada paksaan. Naluri lelaki dan Perempuan. Nampak sahaja naluri keperempuanan Adik dah muncul. Suka pada kasut cantik-cantik walaupun umur belum masuk lagi 2 tahun.




Cuba jangan tak cuba. Saiz besar dan Tinggi bukan halangan untuk dicuba. Jenuh la nak menjaga jangan Adik terjatuh masa nak mencuba melaram kasut kakak. Mulutnya.... " Cantik! Cantik! " sepanjang masa. 

Kali pertama tahu Aleesya suka kasut semasa Aleesya Suka Kasut Pink. Lepas tu... makin banyak la koleksi kasut si kecik ni.

Latihan Bahasa Malaysia Tahun 1

Di rumah, kadang-kadang mama panggil Adam datang mengadap. Kikiki. Favourite things Adam ialah bermain. Jadi, tentunya mama interrupt Adam bermain. Macam mana tak nak kacau Adam bermain, kalau 24 jam tiap masa Adam main! Adam bukan reti nak tidur siang atau melepak duduk diam. Hahhahaha.

Kalau Adam di panggil mengadap, maknanya ada la benda baru nak diajar. Kalau tidak, hulur je buku kat Adam, " Hari ni buat muka surat ni ". Biasa satu muka surat je. Tapi... Kalau Adam agak dah lama sangat tak buat latihan, maka ayatnya jadi lain, " Dah lama tak belajar kan? Hari ni buat 3 muka surat ". Kalau dah lama tak ber exercise, Adam redha je kena buat banyak sikit. Alaaaa... Soalan darjah satu kan... Kejap je Adam siapkan. Cuma kalau beberapa hari sebelum pun dah belajar, maybe Adam negotiate la sedikit. Kadang-kadang dia minta untuk buat separuh muka surat sahaja. Kasi can la budak baru darjah satu. Nak paksa pun, bukannya ada exam besar. Aha!

Di bawah ini adalah latihan 3 muka surat yang mama beri. Kikikiki. Unsupervised. Adam buat sendiri sambil mama sibuk mengemas di dapur. Kalau ada yang Adam tak faham, dia akan menjerit panggil mama. Tak pun, Adam akan muncul di dapur. Kalau senyap je tu, maksudnya senang la kot. Tahu-tahu dia dah sibuk bermain.


Bina ayat berdasarkan gambar. Hurmmm... Boleh la kan. Asal ada subject dan predicate. Hahhahaha. Teringat ayat grandmother wan dulu. Murid cina score Bahasa Melayu sebab ayat dia tak berbunga. Satu ayat ada satu subject dan satu predicate. Ayat lengkap dan kurang kesalahan. Tak macam kita yang ayat berbunga-bunga. Akhirnya mengundang lebih banyak kesalahan. Kikikiki. Teringat pula zaman study!


Yang ini juga bina ayat berdasarkan gambar. Hurmmmmm... Kena perbetulkan ni. Macam mana nak di perbetulkan? Cari sedikit masa untuk tegur apa yang Salah. Jangan bagi tau, " Ini Salah! ". Tapi... Beritahu apa yang betul. Jangan lupa yang bukan hanya jawapan kita sahaja yang betul. Bila Anak sudah diberitahu apa yang salah, minta anak buat ayat lain berdasarkan gambar. Verbal sahaja sudah memadai. Kita nak pastikan mesej tadi sampai sahaja.

Dah betul kan kesalahan? Jangan lupa pula dengan jawapan yang betul! Kena la beri pujian dan galakan. Baru anak kita happy! Kalau mama, haaaa... Kasi bintang atau sticker banyak-banyak! Kalau malas, tulis je bintang atau Well done! Nak tengok reward stamps mama? Refer Rewards Stamps Untuk Adam. Reward sticker pula, ada di Reward Stickers Untuk Adam. Nampak kecil dan remeh kan? Tapi... percayalah! Effect nya besar ke atas keyakinan dan motivasi diri anak!


Haaaa... First time buat latihan macam ni. Tak apa. Motto Adam, practice makes perfect! Nanti kita belajar ok! Gelak-gelak sahaja. Biar salah semasa belajar. Nama pun belajar. Insya Allah nanti Adam akan pandai menyusun kata sendiri.

Minggu Akhir Ramadhan

Haaaa.... Jika minggu pertama puasa Adam lembik sahaja... Meh kita lihat minggu akhir Ramadhan!

Adam dan Aleesya menunggang panda! Nampak muka happy Adam?





Al-kisahnya... Terpaksa juga keluar untuk mencari baju Melayu. Hunting pada awal Ramadhan aritu gagal. Tiada mood mencari baju. Kikikiki.

Tapi... Jangan tertipu. Yang happy faces tu dah petang dah. Awalnya begini... See, nak jalan pun tak larat.


Dan begini sebelum berbuka. Kikikiki.


Candid Weekend Pertama Puasa

Entry ni hanya nak share gambar candid anak-anak. Ini hari Sabtu pertama puasa tahun ini. Bawa anak-anak keluar untuk mencari baju Melayu.

Awal-awal puasa, badan yang dah biasa dipenuhi makanan D\dan tekak yang sudah biasa dibasahi bermacam jenis air tentunya tak biasa. Apa tah lagi dengan umur yang masih hijau macam ni. Kikiki. Kesian juga sebenarnya.


Sampai sahaja... Adam dan Adik cari port duduk. Mama survey dahulu baju Melayu bersama wan. Dah ada yang berkenan, barulah di jemput dua beradik. Adik memang tak letih la... Macam-macam adik makan. Kikiki.


Haaaaa.... Potato stick kegemaran Abang!



Singgah di KFC sebelum balik. Adik lagi la yang makan. Adam dengan rela tak ber kata apa. Al maklumlah Abang puasa. Lega lah Abang kuat semangatnya. Rilex sahaja melihat Adik dengan bermacam makanan. 

Adik pula... Minum air kosong pun nampak sedap! Siap dengan sound effect aaaaahhhhhh nya lagi.

Congrats Abang Adam. Tahun ini... Abang Adam ter miss 3 hari puasa. Dua hari pembuka dan sehari penutup puasa. Cuba lagi tahun depan. Insya Allah anak mama kuat!

My Hello Kitty Girl


Kali ini kita layankan pose Adik comel. Mama suruh senyum pandang camera. Tapi... Lain pula posing yang Adik bagi. Kikikiki. Rupa-rupanya ada guru di depan. Guru? Haaaa... Abang Adam yang mengajar Adik supaya membuat pose 'hantu'. Tapi... Pose hantu ni versi comel kan? Ada je yang takut? Huhuhu... Tak takut langsung!




Penuh kan Masa

Aktiviti si comel ni memang bermain sahaja. Main motor, main kereta, main Lego, main teddy bears, main masak-masak. Sesekali diangkutnya macam-macam educational toys Abang Adam. Ikut lah. Explore la apa maunya :)

Ini pun kategori main. Main apa? Cuba teka!

Magic colour! Tentunya kepunyaan Adam. Ni bukan nak mewarna tau. Sebaliknya, Aleesya main buka tutup Magic colour. Aleesya buka. Mama tutup. Aleesya buka. Mama tutup. Bila nak habis? Bila Aleesya dah bosan la!


Buku-buku aktiviti macam ni adalah milik Adam. Buku-buku lama yang belum ter usik. Entab siapa la yang suka membeli buku sebanyak-banyaknya untuk anak. Jadi... Buku ini diturunkan kepada Adik comel. 


Nampak Adik comel sibuk menampal? Kadang lekat, kadang tak berapa melekat. Terbalik kuang lain cerita. Asal kan hasrat melekat kan gambar tercapai. Kusyuk ooooo....

Yang tak bestnya... Bila dah kering Adik suruh Cabut balik gambar yang dah di gam tadi. Aiyoooooo!!!! Ini bukan sticker book yang boleh dicabut-Cabut selepas ditampal. Apa lagi.... Menangis la Adik suruh mama tolong tanggalkan kembali.


Ini lah hasilnya. Koyak. Janji Adik happy!

Kisah Roti Jala

Ini kisah minggu pertama Ramadhan. Weekend tu kami ke kedai berdekatan. Ada la menu untuk masing-masing. Untuk bulan puasa, Ada extra menu : kuih-muih yang dipek untuk jualan. Tinggal tunjuk Dan bayar :)

Al-kisah tiba-tiba Aleesya menjerit, " Nak Tu! Nak tu! ". Ditunjukkan kuih apam. Bukan. " Nak tu! ". Eh!!!! Roti Jala! Sejak bila Aleesya suka roti Jala ni? Aleesya mana makan roti Jala. Jadi... Mama try la menukar dengan pelbagai kuih lain yang Aleesya suka. Gagal. Tetap dengan roti Jala. Senyum lebar si penjual.

Sampai rumah, mama pun Nak suap la Adik makan. Kesian dia teringin benar Nak makan roti Jala. Aishhhh.... " Nanak ( tak Nak ) ". Ehhhh... Tadi beria-ia Nak suruh beli roti Jala. " Nak niiiiiii! ". Teka apa yang Aleesya Nak?

SUDU plastik di dalam pek roti Jala. Sudu plastik biasa kaler hijau. Ya Allah! Macam mana la mama boleh tak perasan Ada sudu dalam tu? Si kecik ni memang suka la main sudu, main piring, main pinggan. Walau pun penuh dah mainan masak-masak Adam Dan Aleesya, tetap Nak main juga yang betul. Kalau tau lah Aleesya Nak kan sudu Tu... Mama ambil je la satu. Memang membeli Kat kedai tu kannnn... Sudahnya, roti Jala tersadai tidak dimakan. Masing-masing dah Ada menu pilihan... Terbazir la roti Jala sudu hijau tu.

Let's Ride!

Jom jenguk telatah adik dan Abang ni. Untung la orang dda adik... Mainan Abang diperturunkan kepada adik. 



Bertahun-tahun dah beli ni, wow! Bateri pun masih ada lagi. Kuat aan jelas. Eveready kah?


Ini lah basikal lama Adam yang masih nampak baru sebab jarang digunakan. Tapi, sebelum puasa hari tu mama cabutkan satu tayar kecil. Hajat di hati memang nak cabut kedua-duanya. Tapi yang sebelah lagi tu terlalu ketat. Puas la mama menggagahkan diri. Hurmmmm...

Alkisahnya Adam minta basikal baru. Ok. Basikal yang macam motor. Ok. Boleh. Syaratnya, belajar bawa basikal dua roda. Practice dengan basikal kecil mungkin lebih mudah. Kikiki. Harap-harap Adam rajin nak berusaha supaya pandai naik basikal.

Tapi bulan puasa ni, Adam berehat je. Keluar shopping baju raya pun tak nak. Tak larat katanya. Maklumlah puasa. Kikiki.

Aksesori Untuk Baby Girl

Dah namanya girl, pasti suka kan aksesori kan! Maklumlah... Pagi-pagi Adam bersiap ke sekolah, disarungkan jam tangan. Papa pun pakai jam tangan. Adik? Pakai pampers je la. Haaaa...

Adik ni pun, asyik la memuji gelang mama. Pandai tau... Sentuh-sentuh puji-puji gelang mama ni. Nampak gayanya, girl seorang ni dah pandai nak melawa!



So, masa dating dengan Adam hari tu, belikan la set gelang dan cincin ni. Haaaa... Satu set mama beli. Kikiki. Letih juga nak mencari. Memang la banyak yang di jual, tapi nak cari yang tidak membahayakan adik. Kalau keras, nanti sakit tangan. Kalau tajam, takut bercalar kulit. Set hello kitty ni harganya RM3. Tak keras, tak melukakan. Siap dengan cincin lagi. Comel kan!


Tapi... Beli tiga pek dapat RM10. So, mama beli la set pinkish ni. Kikiki. 



Agak-agak Aleesya suka tak? Macam biasa, kalau untuk adik, Abang yang excited lebih. Kalau untuk Abang pula, adik yang terlebih excited :)

Main Di Playground

Alhamdulillah Hari ni dapat bawa dua beradik ke playground. Kasihan dua beradik ni, jarang dapat ke playground. Kononnya bila pindah rumah baru, boleh lah kerap ke playground. Belakang rumah sahaja kan. Tinggal angan-angan sahaja. Terlalu banyak nyamuk!

Hari ni, tapak playground adalah konkrit. Tiada pokok besar atau bunga-bunga. Alhamdulillah, tiada nyamuk! 

Adam yang mulanya keletihan kerana berpuasa, teruja nak bermain bersama adik. Nampaknya, adik memang updated version dari Abang. Lebih berani!

Mulut riuh menangis Abang. " Adam! Adam! Meh main! ". Kikiki. Adam je dia panggil Abang. Selalunya bila spontan macam ni, memang Nama je keluar. Puas la Abang Adam membetulkan, " Abang! Abang! Bukan Adam ". Barulah adik memanggil Abang. 

Nampaknya Aleesya lebih yakin dengan dirinya. Panjat tangga dan main gelungsur. Adam yang mulanya hanya nak duduk berehat, terus jadi assistant mama untuk main bersama adik. 

Aktiviti outdoor macam ni bagus tau untuk perkembangan anak-anak. Entah kenapa la mama malas sikit nak bawa anak ke playground. Kikiki. Sebab, melalui aktiviti fizikal macam ni, kita boleh Bantu anak membina social confidence. Mana tak nya, bila anak tau dia boleh memanjat, berjaya mendaki etc tentu sahaja level of confidence akan bertambah. Bagus lah untuk perkembangan mereka.