Ada buku baru! Sebuah buku je la mama beli. Tertarik dengan Siri ini. Wan Ada hadiah kan subjek bahasa dan English. Mama jumpa untuk pendidikan Islam.
Menarik! Itu lah first impression terhadap buku ini. Dari segi susunan dan juga olahan soalan. Nampak mudah difahami. Zaman dulu-dulu, mama suka sangat kalau mengulangkaji dengan buku-buku yang soalannya mudah difahami. Dulu-dulu tu, suka sangat Pelangi, Sasbadi, dannnn... Lupa dah apa. Tapi, Ada la satu publisher tu, memang mama tak suka. Olahan dia tak menarik, dan memang tidak mengikut silibus. Bahaya! Memang boleh membunuh keyakinan kita nak exam. Kikiki.
Kalau tengok kan rupa buku ni, rupa dia macam buku tulis sekolah sahaja. Nipis dan warna pun sama. Compact!
Isi kandungannya disusun teratur.
Soalan-soalan mudah, ringkas. Memang apa yang mama cari lah!
Harga? Murah! Memang mampu milik.
Tapi ada satu keburukan. Errrr... Bukan keburukan, kekurangan.... Bukan juga. Tengok gambar-gambar di atas? Ada tulisan rumi! Ok... Nanti sebelum beri buku ini kepada Adam, mama akan padamkan semua tulisan rumi tu. Macam mana nak melatih Adam membaca Jawi kalau ada rumi menyelit di situ. Itu je la. Jadi, boleh beli buku ini, Cuma padamkan je la tulisan rumi tu jika mahu.
No comments:
Post a Comment