Planet Dalam Sistem Solar

Alkisahnya mama memunggah buku. Adushhhh... Letih dan sakit pinggang mengangkat kotak-kotak buku yang sangat la berat. Kotak saiz kecik-kecik je. Saiz kotak air mineral tu. Isi dalam kotak kecil sebab dah tau tak larat nak angkat di kemudian hari. Dah dua bulan duduk sini, baru nak punggah kotak buku? Ye. Kikiki. Mama tak ambil cuti untuk mengemas. Weekend pula hari bersantai. Jadi... Sikit-sikit la kita punggah!

Angkat empat kotak buku bawa naik atas. Memang rasa nak tercabut pinggang. Berat! Kena cepat-cepat kemas kan buku-buku. Sebab... Bila buku di dalam kotak, kompem la buku-buku tu tak akan berusik. Kikiki.



Ter jumpa la buku aktiviti lama. Haaaa... Berkurun dah benda ni. Lupa la buat masa bila. Masa Adam 4 atau 5 tahun. Kononnya kami belajar pasal solar system. Mama print dan minta Adam warna dan tampal di atas kertas lukisan. Aktiviti tu mungkin tak menyeronokkan. Mama yang warna dan Adam tampal. Sempat tampal matahari, Mercury dan Venus sahaja. Sebab tak menarik, mama simpan sahaja la. 




Dok kumbah-kumbah ni, Adam nampak la pula. Dulu, Adam dah ingat nama semua planet ni. Dengan sifat-sifat umumnya. Sekarang? Hilang. Kikiki. Dah tak ingat dah. Jadi, harap-harap dengan hasrat Adam nak menyambung mewarna dan menampal semula tu. sifat-sifat umum tu, mama kena research dulu. Kikiki. Buat masa ni, nak kena simpan lagi buku-buku yang banyak ni.

2 comments:

  1. Rajin punggah buku keluar dari kotak. Buku lama pulak tu. Kalau sayalah, terus 'seal' kotak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kena kumbah khazanah lama ni. sebab rumah ni kecil sahaja. kena pilih-pilih dan pilih lagi. kikiki

      Delete