Hari ini Hari Terbuka sekolah Adam. Maybe mama boleh dapat kan report card Adam pada hari ini. Tanggapan mama la tu. Sementara menunggu parents lain berjumpa guru kelas, mama memerhatikan Adam bermain dengan rakan sekelas. Budak-budak, asal berjumpa, boleh sahaja bermain.
Tengok gelagat Adam bersama rakan-rakan. Happy je anak-anak bermain. Tak Ada masalah pun. Tak ada nak fikir pasal apa parents datang ke... Clean and clear mind. Suci.
Yang smart ni, dah biasa mama jumpa. Rayyan namanya. Kemas sahaja penampilan dia, bersopan. Pandai borak dengan orang dewasa. Rayyan ni best friend Adam. Mama jumpa masa mula-mula Adam bertukar ke sekolah ini. Laaaa... Cerita pasal Rayyan, baru sedar Rayyan tiada dalam gambar.
Amboi... Anak-anak main tak ingat dunia. Tapi, senyap-senyap je diorang main. Tidak mengganggu Cikgu dan parents yang sedang berdiskusi.
Ok. Turn mama pula. Hurmmm.... Berdebar tu, tak ada lah. Sebab mama dah tengok result Adam online. So, bukan pasal result yang mama nak tanya. Tentunya nak tanya... Bilakah Adam akan dikeluarkan dari kelas Linus, dan juga nak Tanya macam mana pergaulan Adam di sekolah. Pandai tak berkawan, mengikut kata guru ke... Benda-benda macam tu la.
Menurut kata Cikgu kelas Adam, insya Allah minggu depan Adam akan ditukarkan kelas. Legaaaaaaanya dengar. Cikgu kata, dia Akan terus fight untuk Adam. Sejak mula masuk ke sekolah ini, Cikgu kelas yang memberi tahu mama berkenaan kelas pemulihan ini. Kalau tidak, mama sangka kan ia hanya lah kelas terakhir. Kata Cikgu, kelas ini tidak sesuai untuk Adam.
Alhamdulillah. Agaknya, jika budak yang mendapat no. 1 di dalam kelas dan no. 1 di dalam darjah satu berada di kelas pemulihan, sekolah kecoh tak? Harapannya, agar kekecohan ini akan memberikan peluang kepada kami untuk menukar kelas.
Pray for the best!
Doakan kami ye. Alhamdulillah Cikgu-Cikgu kelas Adam banyak membantu untuk menukar kan kelas Adam. Syukur ada yang memahami. Lagipun, susah Cikgu nak mengajar apabila ada gap yang besar di dalam kelas.
Eh, Eh... Adam dah Tahun 1 ke? Laaa... saya ingat Adam masih di tadika. Lama betul tak mengikut perkembangan ceritanya nih!
ReplyDeleteSaya yang membaca pun jadi konpius ni. Macamana budak no. 1 dalam kelas dan seluruh tahun 1 boleh masuk kelas pemulihan? Wah, kalau terjadi pada saya pun hari-hari saya dok tanya cikgu mengapa!
ini kes bertukar sekolah di tengah tahun. sepatutnya, jika tidak boleh membuat rombakan kelas sekali pun, masukkan adam ke kelas lain. bukan lah kelas pemulihan. kesian budak2. btw, bukan dia seorang je. ada beberapa orang lagi kawan yang excellent di sini. bak kata cikgu kelas, " terpaksa membiarkan diorang kerana perlu beri tumpuan kepada mereka yang belum boleh membaca ". kesian mereka tak dapat ikut silibus yang sepatutnya
DeleteWah.. tahniah Adam dan MA.. ni berkat doa ibu dan juga usaha MA mengulangkaji dengan Adam.. lega dgr Adam dah ditukarkan ke kelas lebih baik. Anggap je cikgu yang dimaksudkan tu dah buat kesalahan, dan mmg sifat manusia gitu.. mujur terus ditukar tengah tahun ni, selalunya pertengahan tahun tak ada pergerakan pelajar sebab banyak yang terlibat..saps, register, buku daftar dan lain2.. tapi kes hebat gini, mmg patut diberi perhatian lebih. Lega MA ya.. tahniah
ReplyDeletetahniah adam...hope ada good news next week :)
ReplyDelete