Hadiah Buku Lagi

Tq wan! Wan datang rumah. Seperti biasa, wan tak datang dengan tangan kosong. Pisang nangka sesisir besar, kuih keria frozen, ulam-ulaman dan... lima buah buku aktiviti untuk Adam.

Haaaa... nampak gaya, tak perlu beli buku aktiviti untuk Adam. Buku daripada wan ni... banyak! Hari tu dah dapat 3, pastu beberapa buah lagi. Jadinya, dah lebih 20 buah buku yang wan hadiahkan. Hihihihi. Tq wan! Terima kasih daun keladi. Wan kata, lain kali wan kasi lagi. Kikiki.

Alhamdulillah, rasanya buku-buku bahasa Malaysia, English, matematik Dan dunia sains dan teknologi, mama tak perlu beli. Dah banyak. Sekarang, mama perlukan lebih buku pendidikan Islam, bahasa Arab, Jawi. Juga kamus bahasa Arab bergambar untuk abang Adam. Kalau wan jumpa kamus bahasa Arab yang menarik, wan beli ye. Puas mama cari, tak jumpa la pulak.

Buku Aleesya? Entah la... Bukan tak teringin nak membeli buku yang baru, tapi buku Abang Adam banyak dan masih kelihatan baru. 

No comments:

Post a Comment