Habuan Dari Rumah Wan

Semalam kami ke rumah wan. Kata wan, Adam balik kampung! Seperti biasa, papa akan ter senyum Kalau wan sebut " Balik kampung ". Sebab rumah wan di KL, di dalam bandar. Cuma... Ada tanah di tepi dan belakang rumah yang membuatkan memang boleh ada sedikit feel macam di kampung. Sebab, kalau balik kampung betul pun, belum tentu ada banyak tanaman macam ni. Kelas oooo kampung di KL. Cuma, tiada lah haiwan ternakan kan! Kikiki. 

Seronoknya, balik ke rumah wan ni... Selain daripada dapat makan makanan sedap air tangan wan, mama suka berjalan ke kebun wan. Hasil tuaian semalam, mama dapat banyak serai, ulam raja, limau kasturi, tebu, dan Kikiki... Seronoknya nak list kan satu persatu. Kikiki. Semalam, lemon kecil-kecil lagi, tiada yang besar, buah ciku dan limau bali belum masak. 

Anti menjengah dengan dua tupperware kek. Yummehhhhhh!!!

Tapi... Sebenarnya nak cerita pasal ini. Haaaaa... Buku-buku baru untuk Adam. Wan hadiah kan 23 buah buku lagi. APA???? Ye... 23 buah buku aktiviti lagi untuk Adam. Tq wan!


Agak-agak, pengsan tak Adam tengok banyaknya buku di rumah. Ahahahaha.... Jangan pengsan Adam. Kita buat la mana yang sempat. Yang tak sempat, diperturunkan kepada adik pula. Kikiki.

6 comments:

  1. Wah.. banyaknya buku wan bg ni.. bagusnya hadiah wan mcm ni.. terujala adam buat buku baru ni semua kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.... tak tau la teruja ke tak. mama yang lebih teruja rasanya :p

      Delete
  2. bagusnya wan Adam ni..byknya buku...tak sempat buat meh hantar kesini sikit.hehe

    ReplyDelete
  3. Baguslah wan bagi hadiah buku. Nak suruh Adam belajar pandai-pandai. Teringat pulak pada arwah abah saya. Rajin sungguh beli segala buku rujukan untuk anak saudara saya yang pertama, yang dijaga sepenuhnya oleh arwah dan mak saya sampailah masuk universiti. Asal awal sekolah aje, dibawanya ke kedai buku, nak beli buku rujukan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa! sama la dengan wan berdua ni... dulu saya pun banyak buku! kikiki.

      Delete