Wang saku sekolah Adam. Kadang-kala mama akan letakkan siap-siap, kadang-kala mama minta Adam letakkan sendiri. Tabung berisi RM 1 memang diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Dek kerana Adam jarang membawa bekal ke sekolah, wang saku yang diberikan memang dah diperuntukkan untuk membeli makanan. Jika ada teringin nak membeli buku etc., Adam kena la minta duit lain. Bimbang jika Adam kelaparan di sekolah.
Al-kisahnya pada suatu hari, Adam balik dengan membawa sebuah buku cerita. Gulp! Tak makan kah di sekolah tadi? Ei... Risau mama dibuatnya. Rupa-rupanya, Adam membeli makanan yang simple-simple sahaja katanya. Adam makan waffle, dan Adam beli buku cerita.
Puas la mama berpesan, minta duit lebih jika ada nak membeli benda lain di sekolah. Alhamdulillah, buku cerita kedua menyusul. Kali ini, Adam meminta wang saku lebih untuk membeli buku.
Selang beberapa minggu,
" Adam dah habis baca kisah Nabi Ismail a.s ".
" Pinjam kawan punya ke? ".
" Adam beli ".
" Tak minta duit pun? ".
" Hari ni kan ada aktiviti di sekolah. Jadi, dapat makanan free ".
Owhhhh... Bijak juga strategi Adam. Berbeza sungguh dengan mama. Kalau mama, beli terus ke semua buku di dalam Siri tersebut. Tapi Adam, kena habis kan baca satu persatu dulu barulah beli yang lain. Kikiki. Well done Adam!
Bagus adam. Bijak.
ReplyDeleteGood boy adam nih!
ReplyDeletebagus Adam..Sekolah pun bagus Ada jual buku cerita..Sekolah aiman takde pulak jual..
ReplyDeleteBukunya rm3 sebiji. Mcm mahal la juga sebenarnya. Buku nipis. Tapi ok la daripada Adam sibuk nak membeli pensel ngan pemadam fancy ;)
Delete