Replicate Apa Yang Nampak Di Sekeliling

Budak-budak memang pandai. Tiru apa yang nampak di sekeliling. Kalau bagi nampak yang elok-elok sahaja, ok juga. Tapi macam-macam sumber ada. Selain parents yang mungkin buat benda salah tanpa sedar di depan anak, anak boleh absorb juga dari persekitaran.

Hahahahah. Nak cerita pasal Aleesya. Satu hari, main belon dengan adik. Puasa-puasa ni, letih juga nak berkejaran dengan belon. Letih atau malas? Malas! Jadi, kita main lukis-lukis character pada belon. Ada mata, mulut, dan hidung. Adik tengok dan gelak-gelak seorang diri. Tak ada pula nampak adik nak capai dan lukis sendiri.

Keesokannya... Hahhahaha. Adik ambil sebiji belon yang masih suci belum diconteng. Bersama magic pen di tangan. Dannn...

Adik sedang bereksperimen dengan belonnya. Nampak tangan tu? Tetap la dengan tangan kiri. Time menulis dan mewarna, tak apa la. Tapi, time makan memang kena ingat kan banyak Kali. 

Review Buku Rampaian Pelangi

Ada buku baru! Sebuah buku je la mama beli. Tertarik dengan Siri ini. Wan Ada hadiah kan subjek bahasa dan English. Mama jumpa untuk pendidikan Islam.


Menarik! Itu lah first impression terhadap buku ini. Dari segi susunan dan juga olahan soalan. Nampak mudah difahami. Zaman dulu-dulu, mama suka sangat kalau mengulangkaji dengan buku-buku yang soalannya mudah difahami. Dulu-dulu tu, suka sangat Pelangi, Sasbadi, dannnn... Lupa dah apa. Tapi, Ada la satu publisher tu, memang mama tak suka. Olahan dia tak menarik, dan memang tidak mengikut silibus. Bahaya! Memang boleh membunuh keyakinan kita nak exam. Kikiki.

Kalau tengok kan rupa buku ni, rupa dia macam buku tulis sekolah sahaja. Nipis dan warna pun sama. Compact!

Isi kandungannya disusun teratur.


Soalan-soalan mudah, ringkas. Memang apa yang mama cari lah!


Harga? Murah! Memang mampu milik.

Tapi ada satu keburukan. Errrr... Bukan keburukan, kekurangan.... Bukan juga. Tengok gambar-gambar di atas? Ada tulisan rumi! Ok... Nanti sebelum beri buku ini kepada Adam, mama akan padamkan semua tulisan rumi tu. Macam mana nak melatih Adam membaca Jawi kalau ada rumi menyelit di situ. Itu je la. Jadi, boleh beli buku ini, Cuma padamkan je la tulisan rumi tu jika mahu.

Cara Mengajar Adik 2 Tahun Membaca


Niat tidak kesampaian. Hajat dihati nak candid je kelakuan dua beradik. Tapi... Adam nampak dan terus posing. Kikikik.

Lepas mandi-mandi, Aleesya masuk ke bilik dan angkut punya la banyak buku. Lengkap la satu set diangkutnya. Nak " rid book " katanya. Adam seperti biasa sedang main la kan. " Owhhh... Nak read book ye, biar Abang ajar adik ". Bermula la sesi membaca dua beradik. Abang baca, adik ikut. Haaa... Menarik ni. 

Hand phone kesayangan jauh pula nak di candid kan dua beradik. Bila mama bangun untuk ambil, Adam dah siap posing. Sighhh... Hahaha. Jadi la layan pose Adam tu.

Untuk anak kecil macam Aleesya ni, bukan nak paksa dia baca buku. Tapi... Dah dia angkut buku, sebenarnya seeloknya kita ajar anak sebesar ni cara menyelak helaian buku. Selak satu persatu. Dan pasti kan buku tak terbalik! Kikiki... Tumpuan lebih kepada pembinaan vocab sebenarnya. Tak tengok sangat pun pada perkataan.

Tq Adam sebab tolong mama ajar adik!

Intro Nilai Puluh Dan Sa

Ada yang tanya, macam mana ajar matematik dekat Adam. Susah juga nak jawab ni. Sebab mama tak pandai mengajar, cuma cuba la bagi sparks dan hint sikit-sikit pada Adam. Untuk matematik, memandangkan topik-topik awal adalah tambah dan tolak, maka mungkin nampak agak advanced sikit la topic yang dicuba dengan Adam. Untuk penambahan dan penolakan, mama beri soalan atas tinggi kepada Adam. Mencabar sikit. Belum tentu Adam dapat jawab semuanya. Practice makes perfect. Jadi... Apa salahnya salah sebelum betul.

Macam lari tajuk je...

Nak bagitau. Macam ni la contoh ajar matematik di rumah. Di sekolah, Adam belum sampai sini lagi. Tak tau lah kalau murid di kelas lain ( Adam di kelas pemulihan. Kesian sangat ). Masih mengenal operasi tolak. Jadi, mama bagi intro sikit-sikit pada Adam. Jangan lama-lama, takut Adam rasa tertekan nak belajar.



Terangkan ringkas. Biarkan nampak santai, sambil berborak-borak.

Rasa anak faham, beri soalan basic. Mula kan dari yang senang sebab kita nak suruh anak confident. Kuncinya, kalau anak rasa dia faham, dia ready untuk soalan yang lebih susah kemudiannya.



 Kalau soalan-soalan mudah tu anak boleh jawab, maka tamat la sesi itu.



Soalan yang lebih sukar menyusul kemudian. Mungkin esok, lusa atau minggu depan. Tapi itu soalan yang ber tulis macam di atas ni la. Soalan-soalan lisan biasa menyusul tak kira masa. Soalan lisan, katakan anak sedang nak mandi, jalan-jalan di mall dengan anak, di dalam kereta... Tanyakan la dua tiga soalan lisan. Just nak make sure anak faham. Kalau betul, ok. Kalau salah, ini peluang untuk recap secara lisan.

Jadi kalau untuk Adam, biasanya Adam happy dengan sesi ringkas seperti ini. Katanya, dia lebih bersedia dan faham apabila Cikgu masuk ke topic yang dah di"belajar kan" di rumah. Lagi pula kalau kita ajar benda yang baru. Lagi la Adam suka. Bosan katanya kalau terpaksa belajar benda yang dah tau.

Ini Gantinya Untuk Anak Mommy

Ada cerita kan Aleesya suka kereta. Tuuuu ha... Post bawah ni aje ;p 

Mama belikan kereta lain sebagai galang gantinya.  Taraaaaaa....



Empat sekawan untuk Aleesya dan Adam. Comel tak? Rupa comel dan saiz pun comel. Sesuai la untuk tangan-tangan yang comel. Boleh teka yang mana untuk Aleesya?


Masa buka kotak ni... Haaaa... ada trick. Mama terus kasi ambulance pink tu pada Aleesya. Jadi secara otomatiknya Aleesya akan declare cik Amber pinkish tu dia yang punya. Sharing? Memang la Aleesya share dengan Adam. Yang lagi tiga ketul tu, mama kasi pada Adam. Jadi tak berebut la si comel-comel ni. 

Main bersama? Memang main sama-sama. Tapi seronok bila ada ownership macam ni. Yang paling best... Semua Adam punya permainan macam dah declare adik yang punya. Ihik! Tapi main sesama. Lega la.


Eh... Ada geng baru la!


Bulat mata adik di pagi-pagi hari.

Aleesya Suka Kereta

Sukanya Aleesya pada kereta. " Car! Car! Car! ". Riuh! Puas mama Cuba tukar kan mainan. Letak la mainan lain yang pada pendapat mama lebih berbaloi dibeli. Cubaan demi cubaan gagal. Ok. Jom cari papa. Adik nak kereta :)

Papa pun sama. Rasanya tak berbaloi beli kereta ni. Disogok juga Aleesya dengan pelbagai mainan lain. Hurmmmm... tak jalan. Hati dah terpaut pada kereta yang simple dan basic ni.

Akhirnya... Papa belikan guitar untuk Aleesya. Hahahah. Sebab Aleesya kan suka tergedik-gedik menari. Boleh la gitar ni menjadi prop Aleesya.

Setakat ini, guitar tu kurang menyerlah. Aleesya tak main pun. Aleesya main kereta Adam yang banyak. Permainan Abang juga yang best! 

Sian la anak mama nak kereta ye. Ok la. Mama belikan kereta baru untuk Aleesya. 

Anak Kembar Saya

Hari ni nak cerita pasal anak kembar saya. Haaa... Jangan terkejut pula. Kembar sepasang pula tu. Betul ke? Nak kata ada sepasang lelaki dan sepasang perempuan. Ehhhh!!! Dua pasang! Untung la Kalau betul Ada dua pasangan Kembar :)


Nampak gaya Abang Adam? Dia memang macam tu. Suka sangat buat macam-macam aksi. Mama pun suka! Boleh mama snap dan candid pelbagai aksi Adam.


Sweet nya moment macam ni. Alhamdulillah... Semoga kasih-sayang dua beradik ni kekal berkekalan sampai bila-bila. Ameen!!!

Ada dua orang ni pun rumah mama dah meriah! Seronok sangat! Tak tau lah Kalau ada seorang lagi Adam dan seorang lagi Aleesya. Berganda-ganda lah kegembiraan kami sekeluarga :)

Kad Selamat Hari Bapa

Masa ambil Aleesya last week, ya Allah... Happy nya dia! Tau kenapa? Ni ha... Nak tunjuk kan kad Selamat hari Bapa!

Amboi adik!!! Happy sangat!


Tengok gambar tu ikut sequence tau. Riuh bercerita tentang kad hari Bapa untuk papa. 



Nampak tak di situ? Siap muncung-muncung si comel ni. Kikikik.

Result Kafa Pertengahan Tahun Adam

Alhamdulillah, result Kafa pun sudah selamat di terima. Keputusan sederhana. Adam masih di tahap 1 rasanya. Insya Allah lain kali boleh naik Tahap 2. Di Kafa ni, pelajar dibahagi mengikut tahap : Tahap 1 dan Tahap 2, bukan mengikut tahun. Bergantung kepada penguasaan Jawi dan al-Quran. 

Alhamdulillah tamat sudah tajwid al-baghdadi dan bermula juz amma. Awal dulu, ustazah minta untuk turunkan Adam untuk membaca muqaddam walau pun di sekolah agama lama, Adam dah naik al-Quran. Mama tak kisah. Target nya bukan untuk habis kan Al-Quran dengan cepat. Asal kan bacaan bertambah baik, alhamdulillah. Dan... dalam masa beberapa bulan, nampak banyak perbezaan pada bacaan Adam. Mungkin fokus yang lebih diberikan kerana bilangan pelajar yang tidak ramai.



Haaaa... nampak result ni, bahasa Arab, sirah dan aqidah perlukan perhatian lebih. Terutamanya bahasa Arab. Mama kurang membantu dengan Kafa, kerana buku-buku hanya dibaca balik sebelum peperiksaan. Hohohoho. 

Untuk hujung tahun nanti, nampaknya mama perlu minta supaya buku teks di bawa Balik awal sedikit ke rumah. Kena kerja keras  dengan bahasa Arab tu!

Style mama interrupt Adam main untuk mengajar. Kikikik. Nak buat short and sweet macam ni, bukan boleh tiba-tiba bagi soalan. Kita yang kena study dulu. Di sebab kan mama tidak lah pandai bahasa Arab, memang mama kena study betul-betul la sebelum main-main dengan Adam. Harapnya, berjaya. Kikikik.

Kedudukan Adam : no. 8 daripada 16. Jawi dapat 98% - jadi tiada masalah untuk mengulangkaji subjek lain. Semuanya tulisan Jawi kan. Bahasa Arab? Nanti kita workout sikit untuk baiki result bahasa Arab.

Daya Mengacu Kanak-Kanak

Asyik melukis dan menyanyi, kena cari aktiviti yang mudah untuk menarik minat adik. Biasa lah kalau budak yang aktif ni, bukan boleh lama-lama main apa-apa. Sekejap sahaja dah bosan. Hihihihi. Tapi... kalau menyusu tu, dia tak tau bosan pula!



Adik ambil tupperware berisi beads besar ni. Beads ini kegunaan melatih daya fokus anak : baca " bermain dengan manik ". Ia juga untuk melatih daya mengacu : motor halus anak-anak. 



Itu lah. Semalam, ada orang jual banyak educational toys di office. Eiiii... Gatal je tangan ni nak membeli. Namun tiada apa yang menarik perhatian. Kikiki.

Aleesya letak beads ni di dalam tray kuih. Sorting ikut warna? Tidak. Belum sampai tahap tu lagi. Matlamat asalnya adalah untuk Aleesya kutip dan letak beads itu satu persatu ke dalam tray. Tapi... Aleesya ambil genggam by genggam. Kikiki. Boleh la adik. Kita main. Asal kan adik Dan mama happy :)



Kan dah kata... Kejap je Aleesya main. Ok la. Kita posing kejap ;)

Lain kali nak try lagi supaya Aleesya kutip beads ini satu persatu. 

Sanggul Siput


Teacher adik kan rajin. Hari-hari rambut adik didandan rapi. Nampak tak ikatannya? Kemas dan tegang. Hai la adik manis, boleh pula adik tahan kepala kepada teacher kan? Kalau mama nak ikat rambut adik, puas la berkejaran. Kadang dapat la ikat rambut adik, kekadang tu... Biar je mengerbang. Kikiki. 

Memang cantikkan teacher buat?

Hari Terbuka Sekolah

Hari ini Hari Terbuka sekolah Adam. Maybe mama boleh dapat kan report card Adam pada hari ini. Tanggapan mama la tu. Sementara menunggu parents lain berjumpa guru kelas, mama memerhatikan Adam bermain dengan rakan sekelas. Budak-budak, asal berjumpa, boleh sahaja bermain.

Tengok gelagat Adam bersama rakan-rakan. Happy je anak-anak bermain. Tak Ada masalah pun. Tak ada nak fikir pasal apa parents datang ke... Clean and clear mind. Suci.

Yang smart ni, dah biasa mama jumpa. Rayyan namanya. Kemas sahaja penampilan dia, bersopan. Pandai borak dengan orang dewasa. Rayyan ni best friend Adam. Mama jumpa masa mula-mula Adam bertukar ke sekolah ini. Laaaa... Cerita pasal Rayyan, baru sedar Rayyan tiada dalam gambar.



Amboi... Anak-anak main tak ingat dunia. Tapi, senyap-senyap je diorang main. Tidak mengganggu Cikgu dan parents yang sedang berdiskusi.






Ok. Turn mama pula. Hurmmm.... Berdebar tu, tak ada lah. Sebab mama dah tengok result Adam online. So, bukan pasal result yang mama nak tanya. Tentunya nak tanya... Bilakah Adam akan dikeluarkan dari kelas Linus, dan juga nak Tanya macam mana pergaulan Adam di sekolah. Pandai tak berkawan, mengikut kata guru ke... Benda-benda macam tu la.

Menurut kata Cikgu kelas Adam, insya Allah minggu depan Adam akan ditukarkan kelas. Legaaaaaaanya dengar. Cikgu kata, dia Akan terus fight untuk Adam. Sejak mula masuk ke sekolah ini, Cikgu kelas yang memberi tahu mama berkenaan kelas pemulihan ini. Kalau tidak, mama sangka kan ia hanya lah kelas terakhir. Kata Cikgu, kelas ini tidak sesuai untuk Adam. 

Alhamdulillah. Agaknya, jika budak yang mendapat no. 1 di dalam kelas dan no. 1 di dalam darjah satu berada di kelas pemulihan, sekolah kecoh tak? Harapannya, agar kekecohan ini akan memberikan peluang kepada kami untuk menukar kelas.



Pray for the best!

Doakan kami ye. Alhamdulillah Cikgu-Cikgu kelas Adam banyak membantu untuk menukar kan kelas Adam. Syukur ada yang memahami. Lagipun, susah Cikgu nak mengajar apabila ada gap yang besar di dalam kelas. 

Belum Sempat Makan Sudah Basah

Ini habit baru Aleesya. Sedut air dari tumbler dan luahkan semula. Hai laaaaaa... Baru duduk, baju dah basah. Ya Allah! Makanan pun belum order... Belum decide nak makan apa... Baju Aleesya sudah basah. Dan... tiada baju spare. Hurmmmm...



Itu lah kisah semasa keluar breakfast tadi. Adik busy meng explore dunia. Macam-macam akal baru yang muncul.



Sekarang... Apa adik comel sedang buat? Tidur! Bantal peluk tu baru je beli lepas makan tadi. Bantal dan bantal peluk kekabu berharga RM40. Mama tak biasa beli bantal di tepi jalan. Rasa macam mahal pula. Ke memang harganya macam tu? Mama beli juga kerana isi kekabunya padat, Cuma biasa la... Kainnya cantik tetapi licin. Kena cari cover secepat mungkin :) 

Siap tanya si penjual, kekabu ni yang baru ke recycle. Katanya brand new. Jadi... Insya Allah berbaloi la kan :)

Tingginya Rambut Aleesya

Rasanya dah pernah cerita kan pasal rambut Aleesya? Setiap hari fesyen rambut berbeza. Cantik sangat! Rajin nya Cikgu-Cikgu melayan karenah anak-anak.  Apa fesyen rambut Aleesya hari ini? Jeng! Jeng! Jeng!

Fesyen samurai Jepun. Kikiki. Teacher ikat tinggi rambut Aleesya.





Macam biasa, apabila mama ambil Aleesya, Aleesya diam sahaja. Haaaa.... Cuba la mama berpusing membelakangkan cikgu... Riuh la mulut Aleesya! Paling biasa, Aleesya akan bertanya... errr... Tanya atau pun statement, mama pun tak pasti. Ayatnya, " Cantik? Cantik? Abut (rambut). Hair ". Kalau rambut diikat biasa-biasa, Aleesya akan bertanya tentang dress yang dipakai. Kalau rambut terikat rapi, Aleesya bertanya sambil memegang rambutnya.

Subjek Favourite Adam

Subject favourite Adam setakat ini adalah .... Eh... Tak tau nak tulis apa. Sebab..., Kalau ditanya " Eh... Susah la Adam nak jawab. Semua Adam suka! ". Amboiiii... Bagusnya jawapan Adam. 

Pemerhatian mama, yang Adam kurang minat adalah mewarna. Dulu la. Sekarang ni, nampak rajin dah Adam mewarna. Dan... Kalau Cikgu suruh salin perkataan berulang-ulang sampai beberapa muka Surat. Kikiki. Adam buat. Cuma ambil masa yang lama. Tapi... Cubalah bagi soalan matematik ke... Laju je siapnya. 

Jadi... Mama pun tak tahu apa favourite Adam. Yang mama tau, Adam dok berkepit je dengan buku hafazan Surah pendek Dari Al-Quran ni. Sibuk menghafal Dan membetulkan hafazan. Sampai apabila berjalan-Jalan di mana-mana pun, mulut Adam masih menghafal. Minat kah dengan tahfiz? Adam minta dimasukkan ke sekolah tahfiz apabila masuk ke sekolah menengah. Mama tiada halangan. Apa yang baik untuk Adam, mama Dan papa Akan Cuba penuhi.

Owh... Buku tu memang recommended by mama. Menarik, Dan tertarik. Insya Allah anak-anak suka ;)

Main Air Dekat-Dekat... Sudah

Menggelapkan kulit di Desa Water Park! Amboiii... Macam mat saleh. Kikiki... Bukan la mat saleh, anak mat saleh pun bukan. Cuma, bila mandi kolam atau pantai, uishhhh... Gelap la sikit kulitnya. Nasib baik la kulit cerah dua beradik ni.

Sampai awal pagi. Yeaaaahuuu... Desa Water Park masih kosong! Ini park... kami yang punya.


Bukan la kosong sangat, tapi kami boleh la memilih-milih dan menukar meja sampai tiga kali.



Amboi! Seronok!


Tapi tak lama... Makin lama, makin  ramai la orang. 


Seronok dua beradik main! Dari tak ramai orang sampai la orang penuh! Habis la terbakar segala kulit yang terdedah. Fuhhhh! 

Habuan Dari Rumah Wan

Semalam kami ke rumah wan. Kata wan, Adam balik kampung! Seperti biasa, papa akan ter senyum Kalau wan sebut " Balik kampung ". Sebab rumah wan di KL, di dalam bandar. Cuma... Ada tanah di tepi dan belakang rumah yang membuatkan memang boleh ada sedikit feel macam di kampung. Sebab, kalau balik kampung betul pun, belum tentu ada banyak tanaman macam ni. Kelas oooo kampung di KL. Cuma, tiada lah haiwan ternakan kan! Kikiki. 

Seronoknya, balik ke rumah wan ni... Selain daripada dapat makan makanan sedap air tangan wan, mama suka berjalan ke kebun wan. Hasil tuaian semalam, mama dapat banyak serai, ulam raja, limau kasturi, tebu, dan Kikiki... Seronoknya nak list kan satu persatu. Kikiki. Semalam, lemon kecil-kecil lagi, tiada yang besar, buah ciku dan limau bali belum masak. 

Anti menjengah dengan dua tupperware kek. Yummehhhhhh!!!

Tapi... Sebenarnya nak cerita pasal ini. Haaaaa... Buku-buku baru untuk Adam. Wan hadiah kan 23 buah buku lagi. APA???? Ye... 23 buah buku aktiviti lagi untuk Adam. Tq wan!


Agak-agak, pengsan tak Adam tengok banyaknya buku di rumah. Ahahahaha.... Jangan pengsan Adam. Kita buat la mana yang sempat. Yang tak sempat, diperturunkan kepada adik pula. Kikiki.

A An Have Has

Aktiviti hari ini. Ada 24 jam kan... Ini aktiviti selama 15 minit. Kikiki. Buat apa ye? Ulang balik apa yang dah pernah buat dulu. Biasa la... Kata pengulangan adalah cara terbaik untuk belajar kan? Niat hari ini, nak ajar Adam tentang " a " dan " an ". Saja sebab nampak macam Adam dah mati kutu tak tau apa nak buat. Kejap tengok YouTube, kejap pegang psp. Kejap-kejap lagi tukar game. Kikiki.

Kelas mama hari ni, dalam 10 minit. Beberapa minit nak terangkan penggunaan " a " dan " an ", selebihnya untuk Adam jawab soalan. Soalan simple je. Haaaa... Adam kan tengah main game, biasa mama cakap macam ni, " Mama nak ajar sikit ni ". So, Adam akan pause game dia untuk beri tumpuan. Kikiki. Senang je dengan Adam. Tips dia, make it short and simple. Ye la... Karang tak pasal-pasal anak memberontak kan! Tengah syok main game lawan-lawan, ni nak suruh belajar pulak.

Lepas terang se simple mungkin, ini la soalan dan jawapan Adam.



Tu je soalannya. Kan tadi mama dah terangkan penggunaan " a " dan " an ". Jadi, mama letakkan article di atas, nombor satu hingga enam. Tugas Adam adalah meletakkan noun yang sesuai. Not bad kan? Selesai.


Kemudian, Adam kena buat ayat dari noun yang dia tulis tadi. Yang ini open. Nak buat berapa ayat pun boleh. Ayat pertama mama dah buat sebagai contoh. Owhhh.... Kiranya soalan di atas, mungkin laju je anak jawab. Kalau tiba-tiba mama nak sambung lagi pengajaran. Boleh ke? 

Ahaaaa... Tipsnya, sila tanya anak masing-masing. Jika anak willing nak sambung, maka mama boleh sambung. Jika tidak, berhenti sahaja. Ingat... Kita yang interrupt anak tengah main tadi kan?

Kikiki. Dalam kes mama, mama biarkan Adam sambung main game. Kasi can. Tapi... Lepas setengah jam, mama Tanya lagi... " Kalau mama nak tanya sikit lagi, boleh? ". Juga bergantung kepada Adam. Nak buat boleh, tak nak buat pun tak apa. 

Niat asal memang nak ajar article Ty je. Tapi... Dari ayat yang Adam buat tadi, hai... Menggeletik di dalam hati nak sambung sikitttttt je lagi. Nak ajar penggunaan " has " dan " have ". Nampak kan ayat nombor 3 Dan 4 di atas? I has ...

Ringkas sangat. Terangkan sikit, dan soal secara lisan je. Asal kan Adam faham, mission accomplished. Tapi... Esoknya, mama beri soalan ringkas untuk " has " dengan " have " pula.


Berkesan ke ajar kejap-kejap macam ni? Sambil main game pula tu? Untuk Adam, kejap-kejap mama terjah dengan soalan. Sambil naik kereta ke, sambil nak berjalan ke... Terjah je dengan 2-3 soalan. Kikiki. Soalan pendek dan pantas. Insya Allah, anak dan mak sama-sama gembira :)

Planet Dalam Sistem Solar

Alkisahnya mama memunggah buku. Adushhhh... Letih dan sakit pinggang mengangkat kotak-kotak buku yang sangat la berat. Kotak saiz kecik-kecik je. Saiz kotak air mineral tu. Isi dalam kotak kecil sebab dah tau tak larat nak angkat di kemudian hari. Dah dua bulan duduk sini, baru nak punggah kotak buku? Ye. Kikiki. Mama tak ambil cuti untuk mengemas. Weekend pula hari bersantai. Jadi... Sikit-sikit la kita punggah!

Angkat empat kotak buku bawa naik atas. Memang rasa nak tercabut pinggang. Berat! Kena cepat-cepat kemas kan buku-buku. Sebab... Bila buku di dalam kotak, kompem la buku-buku tu tak akan berusik. Kikiki.



Ter jumpa la buku aktiviti lama. Haaaa... Berkurun dah benda ni. Lupa la buat masa bila. Masa Adam 4 atau 5 tahun. Kononnya kami belajar pasal solar system. Mama print dan minta Adam warna dan tampal di atas kertas lukisan. Aktiviti tu mungkin tak menyeronokkan. Mama yang warna dan Adam tampal. Sempat tampal matahari, Mercury dan Venus sahaja. Sebab tak menarik, mama simpan sahaja la. 




Dok kumbah-kumbah ni, Adam nampak la pula. Dulu, Adam dah ingat nama semua planet ni. Dengan sifat-sifat umumnya. Sekarang? Hilang. Kikiki. Dah tak ingat dah. Jadi, harap-harap dengan hasrat Adam nak menyambung mewarna dan menampal semula tu. sifat-sifat umum tu, mama kena research dulu. Kikiki. Buat masa ni, nak kena simpan lagi buku-buku yang banyak ni.

Belajar Main Badminton


Amboiiii!!! Dari jauh dah nampak Adam. Alhamdulillah, happy nampaknya. Hari ini Adam meluangkan masa bersama papa. Dalam pada mama happy tengok reaction muka Adam yang gembira, haaaa... Teka apa terjadi?

Aleesya Kat sebelah dah menjerit-jerit nak main sama. Kikiki. Mana aci... Main tak ajak adik.


Nanti Kalau Adam dah pandai main badminton, kita beli racket yang elok sikit. Hurm... Bila pula nak belajar naik basikal dua roda? ;p

Lady Driver




Ini la jadinya apabila Abang dan adik keluar bersama. Seperti biasa, Adik akan conquer semuanya. Dan Abang akan beralah kepada adik. Kesian kat Abang. Memang jadi bodyguard adik sentiasa.

Dah selalu sangat beralah dengan si kecik, maka, mama layan kan saja kerenah Abang semasa keluar dating hari  tu. Ye la, ini je masa yang ada untuk kami tanpa Adik comel. Kikiki.

Kalau difikir-fikirkan, memang untung la adik sebab, walau pun adik selalu membuli Abang, Abang tak pernah membuli balik. Tq Abang. Adik kecil lagi tu. Nanti adik besar sedikit, adik akan faham cara untuk sayang Abang.