Main Taman Di Rumah Baru

Lamanya tak update blog. Kikiki. Sampai melambak gambar dalam kamera. Bila lama sangat kumpul, mood makin menipis. Kikiki. Bukan apa, menulis dengan perasaan. Kalau dah lama sangat tak update, perasaan tu dah kurang. Tak excited.




Ini gambar bulan lepas. Kali pertama menjejakkan kaki ke taman permainan di rumah baru. Dan... Nampaknya belum ada kali kedua. Kikiki. Kesian anak-anak!

Lokasi taman ni betul-betul di belakang rumah. Hanya jalan memisahkan. 

Masa datang ni, rumah masih belum kemas sepenuhnya. Masih banyak kotak-kotak yang belum disusun. Sekarang? Masih belum 100% lagi. Tapi, sudah selesa didiami. Alhamdulillah.

Hajat hati, Adam nak belajar naik basikal. Ye la. Basikal beli dah bertahun. Tapi jarang dinaiki. Nampak macam baru beli semalam. Ehhh... Hahaha. Not for sale sebab nak pass kepada adik. Kononnya, jika Adam dapat naik basikal dua tayar, boleh la dihadiahkan dengan basikal yang besar sedikit.

Adam dan Aleesya berakhir dengan main taman. Tak main basikal pun. Juga bintat-bintat digigit nyamuk. Banyak nyamuk oooo. Lain kali, mama nak try spray sedikit basic-h Shaklee dekat baju dua orang budak comel ni. Sebab ada member buat, katanya menjadi. Nyamuk tak datang dekat. Sayang juga rumah dekat taman tapi anak-anak tak dapat bermain taman!

Kebaikan Muzik Atau Nursery Rhymes Kepada Anak-Anak

Mama bermula agak lambat dengan Aleesya. Lambat in terms of membaca kan buku secara konsisten aka read aloud dan juga aktiviti menyanyi kan nursery rhymes kepada Aleesya. Alasan? Mama yang tidak kuat semangat. 

Nampak gaya, baby aktif mama ni sangat suka kan buku. Mungkin faktor melihat buku abang Adam yang melambak di rumah.  Di rumah lama kami, Adam mempunyai ruangan aktiviti sendiri yang luas. Di rumah baru, hanya sudut kecil sahaja yang mampu mama sediakan berikutan ruang yang terhad. Nampaknya, tidak semua material akan dapat disediakan pada satu-satu masa.

Hurmmmm... Apa eh kebaikan read aloud kepada anak? Nanti mama cari link  nya. Sementara tu, baca kelebihan bacakan bed time stories kepada anak. Banyak dah diceritakan. Alhamdulillah, memang ketara la nampak kesan baik melakukan aktiviti read aloud dengan anak.

Apakah kebaikan nursery rhymes? Haaaa... Kenapa nursery rhymes dan bukan ayat-ayat al-Quran? Kerana nursery rhymes ni bukan lah semasa-mata untuk dinyanyikan. Kita nak buat aktiviti menyanyi, menari, melompat dan apa-apa la aktiviti yang terlintas di fikiran.

Mendengar dan menyanyi kan nursery rhymes akan membantu meningkatkan kemahiran mendengar anak. Dan juga kemahiran meniru. Ha! Apabila Aleesya mendengar nursery rhymes, walau pun Aleesya tidak boleh menyanyi kan lagi tu, ada beberapa part yang mudah dan senang diingati yang dia boleh ikut! Belum lagi termasuk meniru pergerakan mudah seperti yang dilihat. 



Nampak tak Aleesya happy tu?

Lagi pun, ini adalah aktiviti yang menyeronokkan. Bukan setakat Aleesya yang boleh berjoget-joget, Adam dan mama juga boleh tumpang sekaki. Hehehe.

Jadi, jika tiada sebarang aktiviti di hujung minggu, jom serikan hidup anak-anak dengan hanya memasang muzik!

Aktiviti Kanak-Kanak Dua Tahun

Aleesya suka menconteng. Selain menconteng buku kosong, mama berikan buku tadika Abang Adam dulu. Kikiki. Mama angkut juga buku-buku tadika. Sayang nak di buang. Lagi pun buku-buku ni, masih banyak lagi muka surat yang masih belum disentuh.


Ini adalah buku matematik tadika Abang Adam. Nampaknya telah bertukar hak milik. Kikiki. Takkan la Adam masih berminat dengan aktiviti mengenal nombor lagi kan? Aleesya sekadar menconteng. Mama hanya hulurkan buku kepada Aleesya. Nampak tak Aleesya mewarna buku tu secara terbalik? Kikikiki.


Bukan main kan si kecil ni. Pensel warna tu Aleesya yang punya. Aleesya pantang nampak kaler, mesti nak minta di belikan. Jadi, semasa belikan pensel warna baru untuk Abang Adam sempena menghadapi minggu exam, Aleesya juga dapat pensel warna baru! Motivasi untuk Adam dan gembira kan hati Aleesya juga :)

Bila Avengers Datang Menyerang


Siapa dah tengok avengers? Best tak? Anak-anak bujang macam Adam mesti teruja. Seronok. Sayang la jika tak tengok.






Haaaa... Yang ini bukan movie, tapi... showcase avengers di Mid Valley. Ya Allah, ramainya orang. Macam lautan! Sampaikan nak bergambar pun kena beratur panjang! Memang agak mencabar, lebih-lebih lagi jika kita membawa anak kecil yang manis ini. 




Selain poster-poster yang sangatlah gorjes, miniature kecil patung-patung superhero, ada juga patung-patung bersaiz mega!



Disebabkan ramainya orang, kami mengambil keputusan untuk makan mengisi perut terlebih dahulu. Kononnya, banjiran lautan umat manusia akan berkurangan. Tapi... Salah! Orang semakin ramai.



Di celahan orang yang ramai ni, Adam berusaha sedaya upaya untuk bergambar kena dengan segala macam super heroes yang ada.

Aha... Sourvenior untuk si hensem mama adalah pencil box avengers. Haaaa... Ramainya manusia di sini, kami decide untuk membeli di toys 'rus. Nasib tak menyebelahi, tak ada pencil box tu di toys rus!

Bangun Tidur

Ini lah aktiviti si adik di dalam seminggu ni. Bangun tidur, cari iPad. Nak tidur pun cari iPad. Dah nak sama dengan Adam masa kecil-kecil dulu. Ingat kan, Aleesya memang tak suka kan gadget. Maklumlah, di rumah ni banyak je gadget Abang Adam. Tapi... Adik tak heran pun selama ni.



Ini kali, susah sikit la Abang nak main game. Sebab adik nak berkongsi iPad dengan Abang. iPad Adam tinggal sebiji je. iPad mini. Yang besar tu, banyak game tak compatible lagi. Selamat dah dijual. Kalau tau adik pun berminat dengan iPad, tak Jual la iPad tu dulu.

Ayat adik, " Nak nyanyi! ". Atau pun, " Nak baby ". Fuhhhh... Berjoget memang la nombor satu!

Mandi belum, makan sudah... Nyanyi dulu! 

Berkenan Kasut Pink

Suka kasut! Anak mama yang girl ni suka kan kasut. Ya Allah! Kecil-kecil dah pandai nak shopping. Nampak aksi berdua? Abang Dan adik dah terduduk tu. Abang duduk kepenatan, adik duduk nak try kasut.

Kasut tu Aleesya grab sendiri. Saja la mama Cuba tukar kan dengan kasut kaler Putih Dan hitam, huhhhhhh... Dicampaknya! Aiyoooooo!


Besar kasut tu adik! Macam mana nak pakai, kasut adik pun belum buka :)


Usaha juga nak pakai kasut tu! Ye la... Kata Abang, practice makes perfect! Pandai Abang. Alhamdulillah, Abang pun kena sematkan dalam kepala. Jangab cepat berputus asa.


Huiiiiii.... Lama adik berusaha. Berkenan betul ke dengan kasut tu? Tunggu la adik besar sedikit nak bergaya-gaya macam tu. Buat masa ni, kita pakai la kasut sneakers dulu.

Di Dalam Hutan


Saja jamu mata pagi-pagi ni. Cantik kan? Adam memang suka melukis. Haaaaa.... Lain kali nak share komik yang Adam lukis. Memang kreatif. Tak ingat la zaman mama darjah satu dulu mama buat apa, main apa. Hurmmmmm.

Apa pendapat uolls? Cantik tak? Lukisan penuh Dan berwarna-warni.

Mati Kutu Bila Adik Tiada


Adam yang kebosanan. Kafa tutup kerana cuti peristiwa. Adik di nursery. Papa kerja dan mama juga ada sebeban buku yang perlu dihadamkan. Kikiki.

Mulanya Adam main Xbox. Rasanya, kejap je kot. Baring sebelah mama, ditunjukkan buku cerita yang baru dibeli, kisah Nabi Daud. Habis baca, Adam mati kutu.  

Itu kisah sebelum mama ambil adik. Maklumlah... Kalau adik ada, nampak gayanya, adik la yang akan membaca Dan study segala buku-buku mama. Silap haribulan, adik siap tinggal kan nota di dalam buku. Tapi, nampaknya Abang betul-betul mati kutu. Bagi mama masa sedikit, Dan akhirnya ...


Yeay!!!! Boleh main dengan adik! Hurmmmm... Rumah yang tadinya sunyi telah kembali hidup!

Main Puzzle Dengan Aleesya

Aleesya pandai cari aktiviti sendiri. Ada sahaja yang nak di buat. Memanjat sana, melompat sini, menari sana dan menyanyi di sini. Paling tak tau apa nak dibuat pun, Aleesya akan menyakat Adam. 

Hari ini, mama keluar kan puzzle ni. Puzzle lama kepunyaan Adam. Saja la cuba-cuba kot-kot Aleesya berminat. And yes! Aleesya menunjukkan minat!

Cara mainnya mudah sahaja. Mama akan pasang kan puzzle ni, dan sepantas kilat Aleesya akan menteraburkannya semula. Kemudian, bising la si comel mama, " Cabut! Cabut! " sambil menghulurkan puzzle yang dah diceraikan. Kenapa? Nak suruh sambung kembali!


Sibuk nak menceraikan puzzle yang telah mama cantum. Tak sempat tau nak mengejar kepantasan mencerai tu. Melilau mata mama mencari puzzle yang sepadan.


Lama mana kami bermain? Ada la dalam 5 minit lebih kurang. Sekejap aje. Ye, mama faham, time span Aleesya masih singkat untuk aktiviti seperti ini. Tapi, mama happy. Sikit-sikit lama-lama membukit!

Jom tengok apa kelebihan bermain puzzle. Boleh juga jenguk-jenguk aktiviti Abang Adam bermain puzzle semasa kecil. Kikikiki. Maklumlah, sekarang Adam dah jadi anak bujang :p 

Yakin Tahap Lompat Bintang

Alhamdulillah. Habis sudah exam sekolah kebangsaan Dan juga Kafa. Adam? Seperti biasa, konfiden level adalah setinggi bintang. 

Soalan biasa mama, " Macam mana exam hari ini ".

Jawapan standard Adam, " Ok. Boleh buat semua. Adam dah check jawapan sebelum hantar ".

Haaaa... Menangis la cikgu Adam kalau baca ni. Anak murid yang sangat konfiden dengan kebolehan diri sendiri. Kikiki. Yakin diri itu bagus. Percaya pada usaha sendiri. Bukan membangga diri. Tapi, kena yakin diri setelah berusaha. Bukan yakin semberono. Moto Adam, practice makes perfect!

Cuma, hari ini ada hafazan Al-Quran. Kata Adam, markah Adam mungkin rendah sikit. Tapi, tiada markah yang di potong akibat kesalahan. Kikikik. Kalau tiada kesalahan, macam mana boleh rendah kan? Jadi, kena beri tumpuan lebih kepada Kafa.

Alhamdulillah. Segalanya memang bermula dari tidak tahu kepada tahu. Dari tidak pandai kepada pandai. Asalkan Adam berusaha bersungguh-sungguh, Insya Allah Adam akan berjaya!

Buku Kafa Adam di simpan di Kafa. Hanya dibenarkan di bawa balik sebelum exam. Kikiki. Memang mama pun tak check apa silibus Adam. Kekalutan memindah dan macam-macam hal. Harapnya, selepas ini kita diberi kelonggaran waktu untuk meminjam buku sekolah Kafa Adam lebih awal. Kikiki.

Go! Go Adam!

Review Buku : Menghafal Surah Pendek

Lama tak buat review buku kan? Padahal, rasanya Ada buku yang bagus pada perkiraan mama ( Kikiki... Perlu mengira ke :p ).


Buku ini di beli di Borders. Niat asalnya adalah untuk mencari Al-Quran untuk Adam. Al-Quran dulu, terlupa ambil dari ustazah. Harapnya ustazah tak simpan sahaja Al-Quran tu. Wakafkan pada sesiapa yang hendak mengaji. Ada juga sahamnya.


Sekali pandang, mama tertarik dengan Buku ini. Hard cover, kertas tebal Dan penuh warna-warni. 


Olahan isi kandungannya menarik. Setiap Surah pendek yang ditulis, diberikan tafsirnya Dan diperkuatkan pemahaman berkenaan ayat tersebut dengan cerita pendek yang menarik. 



Tak membazir tau beli buku ni. Adam baca berulang-ulang kali setiap hari. Alhamdulillah Surah pendek di dalam buku ini telah berjaya dihafal. Bonusnya, Adam juga tahu kisah mengapa ayat tersebut di turunkan. Contoh-contoh yang relevan dengan keadaan sekarang juga diberikan. 

Awesome! 

Penat Menunggu


Gaya budak besar dah kan? Macam orang bujang! Haaaaa... Anak bujang mama tunggu printer dengan toner baru. Wah!!!!! Syok la memerin ( print ) lepas ni.


Kikiki. Printer lama masih berfungsi. Ink pun baru sahaja diganti. Tapi papa beli kan printer baru kerana printer lama tak economy. Harga ink memang tak mahal, tapi, kejap-kejap kena beli ink baru. Padahal, belum banyak pun di print.

Yang best tentang printer baru ni, boleh copy sekali. Tak perlulah keluar ke kedai kalau tiba-tiba Adam bagitau Cikgu suruh fotostat buku. Kikiki :)

Melompat Dek Cendol Durian

Cuaca panas-panas, sedapnya kan bila dapat makan Cendol. Bayangkan cuaca panas terik tau. Tapi, jarang nak merasa makan di panas terik. Takkan nak keluar rumah semata-mata nak dibakar matahari. Lain lah semasa berjalan-jalan merasa cendol Melaka.

Tapi, cendol ini tetap sedap walau pun di makan di dalam suasana sejuk beku. Kikikiki. Makan di shopping complex la tu! Haaaa... Cendol bukan sebarang cendol... Cendol durian yang menambat rasa.


Haaa... Siapa yang melompat apabila makan cendol durian? Siapa lagi kalau bukan si gorjes Aleesya. Bukan main menjerit lagi hendakkan cendol pada mulanya. Melompat kerana sejuk dan juga kerana durian. Kikiki. Sesudu dan cukup!


Cantiknya Gigi! Haaaa... Gigi bawah tu hanya Ada dua batang sahaja. Gigi atas?banyak!

Nak tengok cendol apa yang di makan? Mama update kemudian. Kikiki.

Manis Bertocang

Rambut Cha cantik! Rambut Cha cantik!

Kata siapa? Kata Aleesya la setiap kali mama ambil Aleesya dari school. Memang cantik! Tq teacher! Biasa mama ikatkan rambut Aleesya ikat dua di kiri kanan, ikat satu atas kepala, ikat satu di belakang atau ikat tiga - kiri, kanan dan belakang. Ikut dan je mama ikat. Susahnya nak suruh Aleesya duduk diam.

Tapi...





Hari-hari balik sekolah, rambut bertocang. Kadang tocang satu di belakang, kadang dua di tepi dan kekadang tocang tiga! Kiri, kanan dan belakang. Kemas dan rapi. Macam mana teacher suruh Aleesya duduk diam ye?

Aktiviti Semasa Unpacking Barang


Nampak si comel mama? Si comel yang besar. Si comel yang kecil berlegar-legar di sekeliling mamanya. Takut mamanya hilang agaknya.


Masa ni kira agak busy mengeluarkan barang. Owh... Till today, hanya barang yang sedang digunakan sahaja telah dikeluarkan daripada kotak. Barang lain remains dulu di dalam kotak hingga betul-betul ada ruang dan kesempatan untuk dikemas.

Nampak gaya ada yang happy dengan banyak kotak-kotak di sekeliling. Datang la idea kreatif Adam. Alaaaa... Sayangnya mama tak snap pulak gambarnya. Tekun tau anak bujang ni. Melukis, menggunting. Bukan senang nak membuat projek seni ni apabila kita ada si comel yang menunggu je apa peluang yang ada untuk interfrem. Selain kena kreatif, Adam kena banyakkan bersabar. Sabar melayan kerenah adik manja.

Agak-agak Adam buat apa? Gunting kotak menjadi macam-macam logo. Kreatif!