Masuk Telinga Kanan Keluar Telinga Kiri

Ahaaa... apa ye maksud perumpamaan di atas? Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Haaaa... lama tak update blog. Tetiba perumpamaan bahasa Melayu jadi tajuk. Banyak sebenarnya nak ditulis. Tapi, kekangan masa. Kalau dulu, asal tersedar tengah malam, update blog dulu. Scheduled kan siap-siap biar tiap hari ada update. Sekarang, asal tersedar je, samada nak kena mengemas rumah baru. Ye la... berkali-kali mengubah. Letak sana, tarik sini. Mencari yang sesuai.

Sedang lipat baju, Adam bertanya. 

" Mama, macam mana Adam nak fokus dalam kelas masa cikgu mengajar? ".

" Dengar je la. Kenapa? ".

" Susah la mama nak tutup telinga kiri dengan tangan kiri ".

" Erkk... kenapa nak tutup telinga kiri? ".

" Ye la.... Adam tak nak la nanti bila cikgu ajar, masuk telinga kanan pastu terus keluar kat telinga kiri. Macam mana nak suruh duduk je dalam otak? ".

* gelak.

" Sapa cakap kena tutup telinga kiri? ".

" Cikgu sekolah dulu. Tapi Adam penat la nak tutup telinga ".

* gelak lagi. Kesian Adam!

" Owhhhh.... Adam kena tipu ni. Cikgu tu gurau je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri tu perumpamaan la ".

" Alaaaaaa.... Adam ingat betul-betul. Penat Adam tutup telinga kiri. Apa maksud masuk telinga kanan, keluar telinga kiri tu mama? ".

" Maksudnya, budak yang cikgu dia ajar, dia buat tak tahu je. Dia tak belajar ".

" Owhhh ".

Aduhhhh... sakit perut mama tau. Anak mama ni punya la tanya cara nak tutup telinga sepanjang kelas, biar ilmu tak keluar. Rupa-rupanya, cikgu bergurau aje. Budak baru 7 tahun, masih suci dan innocent. No bengkak bengkok. Kalau cikgu kata A, A la jadinya. 

Busy Memindah

Lama tak update ni. Insya Allah, tak lama lagi kita start balik menulis journal kehidupan kita. Terutama tentang dua beradik ni la.

Busy apa eh? Busy mengemas nak pindah rumah. Kikiki. Kemas sikit-sikit. Itu pun, terpaksa mengambil cuti untuk mengemas. Hari biasa? Tak sempat dengan anak super manja :p

Aleesya ni nampaknya ketagih... Dah hampir setahun tujuh bulan menyusu badan. Biasanya Aleesya akan bisik, " Nak tet*k ". Dua kali aje Aleesya berbisik. Kali ketiga, Aleesya menjerit! Hohoho. 

Weekend pun sama. Keluar setelah lima hari memerap di rumah. Jadi... kikiki. Unless mama cerita pasal rumah. Ahaaaa... ye. Cerita pasal rumah. Maybe.

Aleesya Selfie


Random pictures. Gambar selama beberapa hari. Dalam perjalanan balik ke rumah dari nursery. Ahaaa... ini lah hobby nya. Jangan terkejut bukan handphone jumpa gambar pelik-pelik. Kikiki. Kadang-kadang, Aleesya ambil video sendiri. Tak tau la apa yang di rekodnya!


Amboi! Happy tau Aleesya ni. Memang baby yang ceria. Sesuai la menjadi adik abang Adam!

Alasan Kenapa Tak Beli Buku Untuk Aleesya


Baby book! Owhhh... berkotak-kotak buku di rumah. Siapa yang empunya? Adam! Ini pun sebahagiannya dah musnah dilanda banjir. Owhhhh.... nanti mama godek-godek cari entri banjir tu ya.

Buku apa nak di beli untuk Aleesya? Hurmm... buku abang pun, bukan semua dah di baca. Jadi, marilah kita amalkan budaya berkongsi. Buku Adam diperturunkan kepada Aleesya.

Kecuali la nanti kalau mama dah rajin nak ber aktiviti dengan abang dan adik, mungkin mama cari buku baru. Haaaa... benda baru ni, bukan sahaja motivasi untuk anak, emaknya juga! Semangat bila tengok benda baru. Kikiki.

Tapi di dalam kepala mama, macam nak perbanyakkan buku DIY. Cerita lebih realistik dengan kehidupan kita. Cerita tentang adik, print gambar abang dan adik. Hohoho.... projek mega! 

Nak buat macam buku abang Adam dulu-dulu.

Haaa... mama tengah busy packing barang. Nanti, bila tiba masanya dah di unpack balik, boleh snap gambar buku-buku DIY abang Adam. 

Berjemaah Buat Homework


Abang tekun buat homework. Hari ini, homework banyak. Kena tulis, kena warna. Hohoho. Bila abang start nak buat homework, adik pun sama start nak memegang pensel.

Haaa... nampak hasil contengan adik? Adik dah pandai pegang pensel. Elok je adik pegang. Kemas.

Yang kurang kemas, nampak tangan apa yang digunakan? Adik menggunakan tangan kiri. Kidal kah? Puas mama tukar, tapi... nampaknya kiri lebih dominan.

Bila berjemaah macam ni, homework abang siap lebih cepat. Kikiki!

Kuah Tumpah Ke Nasi

Bangun tidur dalam keadaan segar. Juga bersemangat nak mengemas barang. Ahaaa... sesi mengemas barang mungkin akan berlanjutan selama beberapa bulan. Packing dan unpacking. Kikikiki.

Berjalan ke arah dapur, rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Aiyakkkkk... 

Adam telah melabel bekas tupperware biskut dia. Dengan permanent marker. Fuhhhh...


Di atas dua penutup tupperware tu tertulis " Tak rosak ".

Hurmmm... memang kuah tumpah ke nasi la ni. Mama memang biasa melabel. Senang dan organize. Nak cari mudah, dan lebih jimat!

Tapi... label mama semuanya menggunakan sticker. Bukan direct tulis pada bekas. Hai la anak.... memang budak-budak ni cepat absorb apa yang dia nampak. Cuma kita kena la guide apa yang betul dan tidak.

Macam Adam, dia simpan di kepala tentang labeling. Bagus. Cuma perlu di polish sedikit ilmu tu. Labeling dengan cara yang baik tanpa merosakkan bekas. Kikiki.

Apa pun, tq Adam. Dah nampak di situ. Niatnya untuk membantu. Mesti Adam tak sangka, bantuannya itu masih boleh diperbaiki. Silap mama tak jelaskan dengan betul apa yang selalu mama buat.

Aleesya 18 Bulan

Hujung bulan ni, si comel mama genap 18 bulan. Woooohooo... Semakin besar, semakin comel, semakin manja dan semakin banyak akal! 

Masih kelakar, masih suka menyanyi dan memari, masih suka menyakat abang dan tetap menghiburkan.

Adik Ke"Jealous"An


Mengintai dari celahan grill. 
Itu sahaja yang mampu Aleesya buat. 
Pandangan matanya sayu.
Penuh harapan.

Akhirnya...
Hasrat hati tak tertanggung.
Mulut puas memanggil abang. 
Tapi... abang sibuk bermain. 
Ke sana ke mari bersama rakan.
Tanpa mempedulikan adik.

Adik punya keinginan yang sama.
Untuk bermain bersama abang. 
Nak berlarian dan berkejaran dengan abang. 
Hanya satu alasan.
Sebab adik sayang abang.

Tapi...
Abang langsung tak dengar.
Abang tak peduli pun pasal adik.
Nasib baik mama ingatkan abang.

Barulah abang sedar.
Adik keseorangan.
Abang kembali kepada adik.
Bermain dengan adik.

Adik sayang abang.

Insya Allah abang dan adik.
Mama akan selalu mengingatkan.
Betapa kita saling memerlukan.
Mama ada. 
Mama sentiasa ada bersama adik.
Sayang abang dan adik mama!

Sembang Frame Gambar


Frame gambar! Weeehaaa! Suka! Suka! Suka! Penuh gambar Adam dalam frame. Haaa... di dinding pun penuh dengan gambar Adam. Muka Adam penyeri almari dan dinding rumah.

Frame kosong masih banyak di rumah. Ahaaa... boleh print dan letak gambar Aleesya. Bila? Itu nak kena ingat selalu. Banyak gambar Adam dan Aleesya. Pilih sahaja yang mana nak di print.

Putih? Kebanyakan frame putih. Tetap juga suka solid warna hitam dan coklat. Wahhh... sukanya! Kenapa entry frame ni? Sebab... busy nak packing barang untuk pindah rumah. 

Owhhh... Adam start exam hari ni dan sepanjang minggu depan. Mama harap, Adam dapat jawab berdasarkan penumpuan dalam kelas ya. Maaf. Tak sempat nak berseronok dengan buku. Insya Allah Adam boleh. Result tadika tahun lepas pun cantik walaupun masa tu mama sibuk dengan adik. Sebelum tu pun ok, walaupun terpaksa banyak ponteng sekolah menemani mama berumahtangga di hospital.

Mengajar Bahasa Arab

Silap tajuk entri tu. Patutnya, belajar dan mengajar bahasa Arab. Kasihan tengok Adam buat homework. Bila bahasa Arab, terkulat-kulat nak membantu. Sebab, nak baca arahan pun tak mampu. Ishhh...

Mama main teka-teka je la. Nasib la Adam. Itu yang berazam nak belajar bersama tu. Agak-agaknya, apa method yang sesuai ye? 

Setakat ni, mama fikir nak buat flashcard sahaja. Berpandukan buku text Adam la. Kena ikut silibus Adam sepenuhnya. 

Kena bersengkang mata ni. Kikiki. Maklumlah... perjalanan pergi kerja dah 50km. Balik kerja lagi. Tak termasuk jem. Ahaaaa... merungut pula. No. No. No. Bukan merungut. Menyediakan alasan kalau mama lambat mula mengajar. Hihihi.

Insya Allah boleh. Kata orang, biar lambat asalkan sampai. Sampai kah? Kikiki.

Kenalah cari masa nak bertafakur di kedai buku. Cari-cari buku yang menarik. Kot jumpa kamus bergambar ke. 

Macam mana ye cara berkesan nak ajar bahasa Arab?