Muka Manis Nak Cabut Gigi


Manis kan anak bujang tersenyum? Ni kat klinik. Nak cabut gigi. Kesian... Gigi tu dah lama goyangnya. Baru ini mama sempat nak bawa jumpa dentist.

Sebatang gigi telah selamat dicabut. Sebenarnya ada lagi sebatang gigi yang goyang. Kesian pula nak dicabut dua sekali. Gigi yang itu, kita cabut lain kali ye. Sementara waktu, kena suruh Adam rajin-rajin la goyangkan gigi tu.

Mata tu, tiba-tiba sahaja merah. Tiada tahi mata, mama beli kan sahaja eye more. Alhamdulillah, mata dah ok. Mungkin kotor agaknya :p

Request Donut

Aleesya kan tengah kena chicken pox. Jadi, tidaklah berapa berselera makan. Saiz badan Aleesya yang petite comel pun semakin mengecil.

Tiba-tiba... 

" Mama, nak donut ".

" Ok. Kejap, nanti mama buat ".

Konon-kononnya nak buat la donut. Turun bawah, yis dah tak ada. Kikiki. Naik ke atas, Adam dan Aleesya dah excited nak makan donut. Tapi mama hidangkan nudget ayam.

" Makan nudget je dulu. Tak cukup bahan nak buat donut ".

Adam pula...

" Mama buat lain kali ye adik. Sedap nudget ni ".

Nasib baik anak-anak makan dengan gembiranya. Pesanan kepada Adam, jangan sesekali sebut donut di depan adik. Kesian. Untuk beberapa hari berikutnya, memang kami mendonut setiap hari ;p

Dapat Hadiah Lima Buah Buku Daripada Wan

Hari ini, kami melawat sepupu baru. Namanya Aurora. Aurora duduk di rumah wan sebelum balik berpantang di Melaka. Comel je. Sebiji muka uncle Din.

Sepanjang tahun ini, adalah dalam 30 buah buku wan hadiahkan untuk Adam. Buku aktiviti darjah satu dan 2 buah buku belajar mewarna dan melukis. Selepas buku ke 20, ada lagi wan hadiahkan buku.

Buku belajar mewarna dan melukis tu, wan hadiahkan kerana Adam dapat "D" untuk subjek dunia seni visual semasa periksa awal tahun. Hihihihi. Kesian Adam, dia dah berusaha sehabis baik. Alhamdulillah untuk peperiksaan akhir tahun, Adam berjaya mendapat "A". Tapi, memang diakui... seni kreatif Adam perlu di polish.

Owhhh... Adam mendapat 5 buah buku aktiviti pada hari ini. Kata wan, buku ni bagus. Untuk persediaan darjah dua.

Nak tahu rahsia... Sebanyak 30 buah buku yang wan hadiahkan, hanya 6 buah buku yang disentuh : bahasa Malaysia, matematik, english dan dunia sains dan teknologi. Itu pun, belum habis dibuat. Jadi, mama berazam untuk mana-mana buku yang telah disentuh, kita akan cuba habiskan juga. Lain-lain buku yang masih belum disentuh, mungkin elok disedekahkan kepada saudara-mara. 

Bukanlah tak mahu membuat latihan di rumah, tetapi... masa yang ada hanyalah weekend. Itupun sekejap kerana sibuk dengan pelbagai urusan lain. Walaubagaimanapun, azam tahun hadapan adalah ... kita akan mencuba untuk menghabiskan buku-buku yang wan kasi. 

Terima kasih wan. Dulu mama juga dihujani buku-buku yang melambak. Asal keluar, wan berdua akan membelikan buku aktiviti sekolah. Kadang-kadang, sampai terbeli beberapa jenis yang sama. Kikiki.

Scooping : Baik Makan Ice Cream!

Aleesya kena chicken pox. Kesian dia. Sudah lebih seminggu kami hanya berkurung di dalam rumah. Cepat la sembuh ye sayang. Kasihan si comel mama sudah mati kutu terperap di rumah. Bila si comel kena kuarantin, mama dan Adam turut berkurung di rumah.

Ini salah satu permainan yang si comel ni suka : muffin tray! Aleesya memang suka mengambil bermacam barang di dapur. Untuk dia main. Kikiki.





Beads besar ni, hak milik Adam dulu :)
Kali pertama digunakan semasa pengakhiran tahun 2011 dan kemudiannya ... main susun manik semasa tahun 2013.

Siapa pula kat atas tu?




Owhhhh... Adam rupanya. Busy main lego.


Ralit si kecil ni main. Mula-mula dengan tangan, beralih dengan sudu pula!


Bosan main sorang-sorang, Abang join sekali. Pakai seluar panjang baru menutup aurat. Awww! Bagus anak mama! Dia tau kot mama akan snap gambar ;p

Ada video... Mula-mula guna sudu untuk scooping. Pastu Aleesya kata, " Guna tangan lagi senang! ". Kikiki.



Hujung Minggu Bersama Keluarga

Hujung minggu bersama keluarga. Buat apa? Jogging? Hahahah. Program seawal jam 7 pagi katanya. Jadi, semua bangun awal untuk menyiapkan hidangan makanan. 

Kami bukan berjogging, kami ber picnic! Amboiiii... Family lain berjogging, kami berbondong-bondong dengan bekas makanan. Kikiki.




Apa menunya? Macam-macam! Sedap menjilat jari. Makanan banyak, siap tapau bertukar-tukar hidangan :)

Wan bawa sate dan nasi impit. Sate buat sendiri, jadi sedap dengan rempah. Saiznya pun... besar!

Anti bawa puding betik laici dan brownies kedut. 

Mama bawa apa? Hahahah.... menu selain di atas. :)




Kenyang menjamu selera, sesi memberi burung makan! Kami siap bawa 2 plastik beras untuk memberi makan burung merpati. Patutnya bawa 3 plastik kot, dengan beras yang kurang sedikit. Kikiki.

Nampak kegembiraan dua beradik?










Untuk ikan, kami bawa roti! Sebuku roti dan anti juga bawa 2 buku roti. Wahhhh!!! Tapi, kata anti, lain kali kena bawa lebih roti. Hanif tak puas memberi ikan makan :)



Buku Simpulan Bahasa Untuk Adam

Lama kan tak update pembelajaran anak-anak? Haaa... lama sebab malas la tuuuuu... Kesian dua beradik kan, mama tak ajar. Kikiki.

Untuk Adam, mama rasa macam dah cukup la Adam pay attention dalam kelas. Sebab, kalau tanya... semua dia faham. Cuma... bab careless mistakes. Uhuuuu... macam mana nak menolong nih!

Tapi, untuk next year, rasanya kita kena start la balik belajar ye. Dapat study dua jam untuk weekend pun dah sangat-sangat baik. Sabtu sejam, Ahad sejam. Bukan la direct sejam, maunya Adam menangis... Setengah jam pagi, setengah jam malam. Kikikiki.

Jadi, ini adalah preparation tahun depan. Hahaha. Puas mencari tau. Sebab, dalam exam akhir tahun hari tu, Adam kata ada simpulan bahasa. Dan... Adam tak tahu.


Apa yang susahnya mencari buku simpulan bahasa ni? Hahah... Bukan buku simpulan bahasa yang susah nak dicari, yang susahnya... mencari buku yang nipis untuk bacaan Adam. Kebanyakan yang mama jumpa, tebal macam kamus. Kikiki. Kurang sesuai la untuk anak soleh mama ni.



Ada simpulan bahasa, maksud dan contoh ayat. Lengkap la mengikut keperluan mama.



Buku ni nipis sahaja. Buku kecil setebal buku tulis sekolah tu. Harganya pun murah. Harap-harap dapat membantu Adam semasa darjah 2 tahun hadapan.

Sekejap Di Zoo Melaka

Amboi... Sekejap je di Zoo Melaka? Ya. Memang sekejap. Hahaha. Kisahnya begini... Kami sekeluarga bercuti ke Melaka. Pada hari akhir percutian, nak singgah ke Zoo Melaka. Maklum la... Beberapa kali ke Melaka, anak-anak belum pernah menjejak kaki ke Zoo Melaka. Kalau Zoo Negara, Adam memang dah selalu pergi. Aleesya baru sekali.

Sampai sahaja di zoo, burung-burung yang menanti di depan. 







Happy tau budak berdua tu.



Jalan depan sikit lagi... Kita jumpa pula dengan binatang-binatang ni...








Tinggi kan Adam? Dah nak sama dengan mama dia. 

Ok. Itulah pengakhiran perjalanan kami. Belum balik lagi, cuma bersiaran di atas trem. Hahhahaha. Papa keletihan. Janji dapat bawa anak-anak ke Zoo Melaka, sudah! Nanti kita ke Zoo Negara ye sayang-sayang.



Dari atas trem ni, feel kurang la kan. Tengok dari jauh. Adam nampak la juga binatang di dalam sangkar. Tapi Aleesya tak nampak. Cuma, bila sampai ke kandang gajah, barulah cergas. Sebabnya trem berhenti dan kita boleh Memberi gajah makan. 









Cuma, tak ada rezeki Adam hendak memberi gajah makan kerana semua makanan telah habis dijual.

Di tempat turun trem, sempat lah kami melawat ke kandang zirafah.





Kemudian singgah makan dan bertolak balik ke rumah. Selesai pengembaraan sekelip mata di Zoo Melaka.

Berebut Bubbles

Alkisahnya... Stok bubbles di rumah dah nak habis. Tinggal sebotol. Sepatutnya, jika tinggal sebotol, mama elakkan untuk offer anak-anak bermain bubbles. Tapi, Aleesya tidak sihat dan sedikit meragam. Jadi... Mama offer juga, dengan harapan... Jangan la berebut ye sayang-sayangku.

Dijadikan cerita, Aleesya main dengan gembira. Tiup sini dan sana. Adam datang mengendeng untuk berkongsi main. Huhuhuhu... Langsung tak diberinya.

Kesian Adam... Monyok tak dapat bermain bersama. Tapi... Adik pujuk...

" Nanti papa beli bubbles untuk Abang. Cha tak payah! ". 

Of course la versi pelat comel. Aleesya cakap berulang-ulang. Cara dia cakap tu comel tau! Siap expression muka. Abang yang merajuk pun sampai tergelak.

" Nanti papa beli banyak untuk abang ".

Sibuk dia bercakap. Tapi cakap je la... Tak dibaginya Abang nak tumpang tiup. Yang Abang pula, sedih la. Sebab bubbles tu Abang punya, tapi adik jadikan hak milik. Langsung tak nak kongsi. Mujur la Abang jenis beralah. Terhibur dan senyum juga dengar celoteh Adik.

Lady Boss


Aktiviti malam hari. Nampak kaki silang tu? Amboiiii... Yang abang tu dok mengintai iPad adik, intai tepi-tepi je. Jangan harap la adik nak bagi pinjam.

Abang ada habit yang sangat la menggeramkan hati. Pakai iPad dan malas nak charge. Bila nak pakai, bateri tak ada... dia sibuk mengendeng adik punya. Bila macam ni, menjerit la si adik. 

Nampak sangat kegilaan gadget kan dua beradik ni. Adik menyanyi lagu abang yang asyik tengok tv dan iPad... kata abang, adik pun sama. 

Kata papa... kalau pencapaian di sekolah merudum, papa akan tarik semua gadget bila buka sekolah nanti. Agaknya... bolehkah?

Tips Mudah Bersalin

Adik ipar saya dah masuk labour room. Insya Allah, bertambah seorang lagi cucu wan berdua :)

Tetiba teringat kisah menerankan Aleesya semasa bersalin tahun 2015 dulu. Alhamdulillah, sekejap sahaja. Doctor masuk jam 3.20 pm, jam 3.45 pm semuanya dah selesai :)

Anak saya baru dua, seorang menerusi kelahiran c-sec, dan seorang lagi normal. Tapi, apa salahnya berkongsi ilmu yang kita ada.

Dua-dua kelahiran, saya turun darah sebagai petanda. Kedua-duanya, selepas turun darah, anak lahir pada hari ketiga. Jadi, apabila turun darah semasa mengandungkan Aleesya, saya sempat breakfast dahulu sebelum memandu ke hospital. Saya drive sendiri kerana tanda darah turun di office. Bukan nak kata tidak cemas, cuma berdasarkan pengalaman turun darah ketika mengandungkan Adam, kemungkinan besar saya bukan akan bersalin pada hari yang sama.

Pengalaman memandu? Biasa sahaja pada mulanya. Tapi, apabila contraction melanda... phewwww... Nasib baik la selamat. 

Doktor membuat ctg scan dan resultnya... Aleesya tidur kot. Tiada kontraksi yang kuat. Saya dibenarkan pulang. Sempat ke majlis kenduri keesokan harinya.

Hari ketiga... darah turun agak banyak. Kontraksi terasa kuat. Pagi hari kami ke hospital. Saya ditempatkan di dalam ward. Nasihat doktor, " Jangan baring. Banyakkan berjalan ".

Selang beberapa jam nurse akan masuk bertanya khabar. Rasa macam di bilik hotel kerana tiada kontraksi berlaku. Tapi, saya memang merajinkan diri. Tawaf bilik. March! March! Bila tengah hari... ok, mula terasa kontraksi. Tahankan aje. Jalan! Jalan!

Jam 2, nurse masuk bertanya khabar. Saya katakan kontraksi sudah semakin kuat. Lupa pula adegan seluk-menyeluk. Macam tak sangat. Semasa Adam dulu, entah berapa kali diseluk ;(

Time ni, saya masih berjalan, tapi... bila kontraksi melanda, saya duduk. Tak tahan! Sakit! Apabila hilang, saya berjalan semula.

Salah! Cara di atas salah! Haaaa... lepas doktor masuk baru tau. Doktor tanya, " Awak berjalan tak? ". " Ye, tapi, kalau sakit saya duduk ". " Sepatutnya, time sakit tu la awak kena berjalan lagi laju! ". " Owhhhh ".

Owhhhh... mana lah saya tau. Anak pun baru dua. Yang lahir normal baru seorang. Apapun, tips ini berguna untuk kita semua.

Adam Jaga Aleesya



Video ni... Masa first time Aleesya main slide di sini. Dengan keadaan budak-budak yang ramai dan berlarian. Nampak gaya, Adam yang tak senang duduk. Dia mengekor untuk protect adik kesayangan. TQ so much, Adam.

Nampak happy kan dua beradik. Masa ni, tak ramai orang. Kami ambil cuti membawa anak-anak keluar. Kalau hari biasa, ... 

Dah jadi macam aktiviti wajib. Tempat yang selamat dari jerebu dan hujan.

Aleesya Memberi Semangat

" Meh! Meh! Meh ".

" Senang je Abang! ".

" Sikit lagi Abang! ".

Wahhhh... Kisah berlaku semasa Adam belajar menunggang basikal semalam. Amboi! Tergelak mama dan Abang mendengar celoteh Aleesya. Pandainya dia bercakap!

" Adik bagi semangat dekat Abang ye! ".

" Senang je abang! ".

Aleesya cakap dengan tangan turun naik. Siap melompat-lompat. Bila dia sebut " Meh! Meh! Meh! ", gaya Aleesya macam gaya sorang kakak nak mendukung adiknya. Hahhahaha!

Tak tau la dari mana Aleesya absorb semua tu. Yang pasti... Telatah Adik sangat menghiburkan!

Main Di Taman Permainan

Ini kisah sebelum cuti sekolah. Mama dan Aleesya nak ambil Adam dari sekolah. Kami sampai agak lewat, budak-budak sedang seronok bermain di taman permainan. Untuk tidak mengganggu keseronokan mereka bermain, kami join sekali :)








Nampak tak siapa yang seronok? Aleesya yang seronok tak ter kata berjumpa dengan Adam. Kikikiki.




Tapi Adam sebenarnya sedang main. Jadi... Adik memandang penuh pengharapan. Abang tetap Abang.... Adam datang juga melayan adiknya bermain sekejap.




Nampak muka adik? Happy tak terkata. Dapat riding side by side dengan Abang kesayangan, siapa yang tidak gembira!



Dan kemudian, Abang menyambung permainannya dan kami pulang dengan gembira.

Belajar Menunggang Basikal

Semalam Adam belajar menunggang basikal. Ye. Baru nak belajar menunggang basikal. Musim hujan dan asyik mengejar masa... Tak terajar! Tapi... Mama nak usahakan Adam pandai menunggang basikal sebelum naik darjah  dua.

Basikal besar yang di beli sebagai hadiah di atas usaha dan pencapaian sekolah Adam masih belum digunakan. Basikal tu agak tinggi untuk Adam yang masih belum pandai menunggang basikal. Jadi... Adam berlatih dengan basikal kecilnya. Memang kecil! Kesian juga!

Tapi, pada pendapat mama, Adam lebih senang nak kawal diri dari jatuh berbanding basikal besar. Jadi... Practice la dulu guna basikal kecil ni.

Sesi pertama tadi, berlatih di dalam kawasan rumah. Memang tak keluar. Mama malas nak keluar. Bayangkan halaman yang muat sebiji kereta. Itu la tempat Adam berlatih. Agak sempit kerana Aleesya juga mundar-mandir di ruangan yang sama. Jadi... Kali pertama mencuba mengayuh basikal dengan dua roda, agak mencabar untuk Adam. Mana nak kawal basikal, dengan lutut yang asyik menyentuh handle. Harap-harap Adam tak give up. 

Esok kita cuba lagi. Insya Allah, setengah jam sehari pun cukup kita rajin mencuba.

Owh... nak tengok basikal kecil tu, kat sini ye : basikal baru << tak la baru, 2012. Tapi, nampak baru sebab jarang guna :(

Nak diperturunkan kepada Aleesya la pula :)

Aktiviti Mengoyak Kertas

Koyak kertas? Why not! Mama suka kasi Aleesya koyak kertas. Ini kira tahap malas betul la ni. Senang kerja kan? 

Lepas tu, habis bersepah! Hahahah!

Koyak kertas free style. Aleesya belum pandai lagi kalau mama nak suruh koyak ikut saiz atau schema tertentu. Kasi can Aleesya latih jari-jemari tu mengoyak. Haaaa... silap-silap lepas ni, apa abang nak makan, adik yang tolong koyakkan. Huuuuu... Nampak gaya, abang pun kena praktis koyak kertas ni.


Untuk Aleesya, koyak je tau. Ni entry level tau. Koyak besar-besar. Nanti bila Aleesya dah expert sikit, kita suruh Aleesya koyak halus-halus ya! Gumpal-gumpal kertas belum tau lagi. Bila dah expert free style, kita bagi instructions pula.

Kenapa membazir mengoyak kertas? Bukan sengaja nak berkawan dengan setan, ini aktiviti pembelajaran. Memang best. Senang dan murah. Tak perlu preparation. Latih anak dengan motor halus dia. Exercise koordinasi mata dan tangan serentak dengan cara yang menyeronokkan! Percaya tak? Tak semua budak pandai mengoyak. Betul! 

Kata Adam, practice makes perfect. So Adam... remember to practise mengoyak kertas. Eh...

Lagu Aktiviti Abang


Aleesya kena chicken pox! Tapi masih ada mood nak menyanyi lagu. Lagu ni ditujukan kepada abang Adam tersayang. Lirik by Aleesya. Ada yang faham? Tak dapat record versi penuh. 

Tapi lebih kurang macam ni la

Abang Adam 
tak study
tengok tv
tengok ipad
( ulang-ulang banyak kali )

Memang gelak la dengar. Haaaa... Adam, ada observer kat rumah ni. Dia pun nampak apa aktiviti abang dia seharian. Hahahah!

Pergi Kidzania Free!

Nak pergi Kidzania? Nak! Adam teruja sangat. Sebelum start cuti sekolah lagi, borang kebenaran dan bayaran ke Kidzania telah diberikan oleh ustazah. Jadi... cuti sekolah akan bermula dengan Kidzania!

Happy budak-budak. Kebetulan pula sedang minggu exam. Bayaran RM150 per kid telah dibayar. Tapi... ustazah kata, " Siapa dapat no. 1 akan dapat pergi Kidzania FREE! ". Amboi!!! Siapa tak teruja kan!

Owh... ini rombongan Kafa Adam.

Dipendekkan cerita ...



Alhamdulillah. Kiranya, Adam dapat 4 hadiah la termasuk refund RM150.00. Kikiki. 

Meh layan gambar. 

Ni on the way to Kidzania. 







Classmates.










Boys in action. Gambar pertama, Adam and friends bekerja di kilang vitagen.




Yang ini, mereka menjadi Pegawai Perlancongan!




Ini di dalam recycle centre.



The girls.

Puppet plays, maskot play and incometax officer! In dreamland pun ada juga incometax officer! Mungkinkah mereka kekurangan idea apa lagi pekerjaan yang lebih menarik?




Chefs in action! Young journalist, tailor and toll gate girl :)




Yang ini pula, paramedics in action. Adam dan kawan-kawan sedang merawat Ali yang patah tangan.





Yang pasti, Adam excited sangat! Macam-macam cerita. Malamnya, Adam tidur awal. Tak dinner pun! Kejut untuk bangun makan, terus full bar energy Adam. Tidur sekejap ambil mood la tu!