Pesta Haloween

Trick or treat? Biasanya, haloween penuh dengab pumpkin je kan? Atau pun patung-patung ber costume. Kali ini, haaa... bukan costume! Tapi ada live show!


Nampak tak ketakutan pada wajah Adam? Mama pun berdebar juga. 



Bukan setakat patung ber costume yang ada di sini, zombie dan hantu hidup pun penuh berkeliaran di sini. Disokong dengan sound effect yang menyeramkan, memang meremang bulu roma.



Wahhhh!!! Mama ajak Adam naik train ni. Tapi, Adam tak nak. Cadangnya, mama nak naik bersama Adam dan Aleesya. 


Train ni tak panjang sangat. Tapi, tengok lah siapa drive train tu?


Train ni akan masuk ke dalam gua. Apa lah yang ada di dalam gua tu kan? Sebab, mama perhatikan budak-budak tutup telinga dan dipeluk ibu masing-masing sebaik sahaja keluar dari gua tersebut.


Haaaa.... nampak tak budak lelaki dalam gambar ni? Di gerabak akhir sorang-sorang. Macho nya! Tak takut pun.



Haaaa... ada face painting tau! Yang ini mama tak teringin nak tengok Adam buat. Tak ada feel langsung. Tapi, kalau Adam nak try, mama tak halang.

Ohoooo... masa mula-mula sampai, mama tak nampak ada ramai zombie. Tiba-tiba, kami terdengar Adam menjerit " Lari pa! Lari! Lari!!!!!".

Tau apa jadi? Seekor zombie sedang datang ke arah Adam dan papa dengan memegang kapak. Zombie tu tergamam sebab Adam ketakutan. Terhenti sekejap sebelum meneruskan perjalanan menghampiri Adam. Adam pun lari! Sambil minta bantuan papa untuk melakukan sesuatu. Nampak Adam yang ketakutan, zombie tu terus terhenti dan gelak. Haaaaahahaha!

Papa baca doa dan hembus kepada zombie - bantuan yang Adam minta tadi. Selepas dihembus, baru Adam lega sedikit.



Hihihi. Inilah kisah haloween kami. Mama dan adik nak bergambar dengan costume pun tak diberi. Nasib baik la Adam tak mengigau malamnya!

Sayangnya tak dapat ambil gambar banyak-banyak. Adam takut. Kami terpaksa beredar ;)

5 comments:

  1. Alamak, kalau anak-anak bujang saya ni memang dah 100m mereka pecut. Tinggallah Mommy sensorang. Tak pun memang pucat lesirlah muka masing-masing. Kira Adam beranilah juga, boleh berada di situ walaupun seketika je ...

    ReplyDelete
  2. Mesti best nie. Saya belum pernah lagi celebrate. Angel Love Soldier

    ReplyDelete
  3. tgok gambar pun teserlah juga ngerinya tu..patutlah adam takut tetiba je zombie dtg kejar.klu mama pun bertempiaran lari apa.haha

    ReplyDelete
  4. dekat mana ni? kalau saya bukan anak saya yang takut
    saya yang akan takut...hehe
    saya follow sini ye #532
    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete