Tak tau nak masak apa untuk Aleesya. Mulanya, teringin nak masak oat bercampur mushroom soup. Tapi, sebab white mushroom tak ada, tak jadi la. Resepi member kasi. Tak pernah sebenarnya masak oat untuk baby!
Dah tak ada white mushrooms, mama beli la labu. Nak buat pumpkin soup. Aleesya memang suka pumpkin soup. Menjerit-jerit dia kalau lambat disuapkan.
Resepinya mudah sahaja. Main agak-agak sesedap rasa :
1 biji bawang holland
1 ulas bawang putih
Labu - anggaran 2 cawan penuh
Ayam 2 ketul
Sedap kalau gunakan stok ayam. Tapi, mama tak buat stok ayam, jadi mama pakai ayam sahaja.
Bawang merah dan bawang putih ditumis menggunakan minyak zaitun. Setelah layu, masukkan labu yang dipotong dadu. Goreng hingga lembut sedikit. Masukkan ayam bersama 2 cawan air. Tunggu hingga labu empuk. Sejukkan sebentar. Blend labu di dalam blender hingga hancur. Masak lagi di atas api sehingga lebih pekat. Perasakan dengan garam.
Mama bubuh sedikit garam. Bagi rasa. Mula-mula ingat tak nak letak garam. Tapi, letak juga la sedikit. Huuuu.
Kalau resepi orang dewasa, sedap kita letak creamer. Ia akan jadi berlemak sedap. Untuk Aleesya, tak perlulah cream bagai. Jangan bayangkan pumpkin soup yang lemak berkrim tau! Ini makanan baby. Mama memang tak letak krim!
No comments:
Post a Comment