Sambutan Hari Jadi Ke 6 Adam - Part 2

Birthday Adam jatuh pada bulan puasa. Memang tiap tahun struggle mencari tarikh sambutan hari jadi Adam. Kali ni, untuk part 2 ni, julung-julung kali diadakan sambutan di kampung.

Nak diceritakan pasal kemeriahan suasana, tentulah meriah dengan adanya ramai kanak-kanak - sepupu sepapat. Kanak-kanak memang penyumbang suasana gegak-gempita!

Bila dibuat di kampung, menunya lain sikit la. Main menu adalah ayam BBQ. Ikan? Plan last minute, tak sempat nak ber sea food.

Birthday pun double celebration. Buat sekali birthday Adam dan twin sama lahirnya : Hasya. Agak-agak, bila double celebration ni, double meriah tak? Of course! 

Amboiiii.... sakan kan budak-budak. Main mercun! Macam ni baru seronok! Berkejaran main bunga api ramai-ramai. 

Selain ayam BBQ, menu-menu istimewa di masak oleh papa - nasi goreng cina, nasi goreng kampung dan macaroni cheese. Side dish adalah nugget ayam dan sosej. Kek coklat comel sempena birthday. Sedapnya!

Akhirnya... barulah sesi memberi hadiah. Uhuuuu... memang part yang paling menyeronokkan la ni! Dapat hadiah! Hadiah masing-masing adalah mengikut minat diorang. Pilih apa yang tengah in dengan current likes. Jadi... HAPPY!

No comments:

Post a Comment