Rehat-rehat depan tv semalam nampak Adam sedang kusyuk. Bukan main psp atau tonton youtube macam kebiasaan. Rasanya ipad tak diusik pun.
Adam on laptop - perkara yang jarang berlaku. Mama tengok sahaja apa Adam nak buat. Nampak Adam ambil cd. Rupanya nak bermain sambil belajar. Silakan la anak!
Arahan in English. Walaupun Adam pandai membaca, bukan semua dapat difahaminya. Terpaksa la usung laptop dan duduk dengan mama. Kenapa? Supaya mama boleh explain sikit apa kena buat. Cd apa? Pecahan!
Main game tu, tak score pun tak apa. Tapi, alang-alang dah ada rasa ingin tahu, kena tanam konsep yang betul la dalam kepala.
Sebab baru pengenalan, semalam kami main dengan dinasour Adam yang banyak. Tak tahulah betul atau tidak cara mengajarnya, tapi harap Adam dapat sikit hint berkenaan pecahan. Jadi lepas ni, boleh la guna sikit-sikit term pecahan kat rumah!
No comments:
Post a Comment