Mata Adam Rasa Teduh

Minggu exam yang lepas Adam macam nak demam. Dedar tapi suhu tak naik. Hari tu Adam macam nak demam lagi. Seharian berjalan bersama Hanif, malamnya badan Adam dah dedar. Rasanya mesti kerana cuaca yang tak menentu kebelakangan ni. Kalau panas, terlalu panas. Bila hujan pula, selebat-lebatnya hujan turun.


Sebelum tidur, mama beri Adam sedikit ubat demam. Memang Adam tidur awal malam tu. Penat katanya.

" Adam rasa letih macam bulan puasa ".

Mama suruh Adam minum air banyak-banyak. Juga ambil chewable vita C Shaklee. Wajib la. Harap-harap Adam tak demam.

Pagi-paginya :

" Macam mana Adam hari ni? Rasa panas tak? ".

" Hari ni mata Adam tak ada rasa panas la mama. Mata Adam rasa teduh je ".

Hahahhaha.... pecah gelak jam 6.00 am. Mata Adam TEDUH!!! Ok. Mama faham. Tapi salah penggunaan perkataan Adam tu. Kena terangkan betul-betul, kalau tak selamanya la Adam guna ayat macam tu : MATA ADAM TEDUH! 

No comments:

Post a Comment