Mata Abang Adam Bengkak

Tamat sudah exam Adam hari ini. Huuuu... exam tadika mengambil masa seminggu lebih - dianjak ke minggu ini ( Isnin ) kerana menggantikan cuti Deepavali.

Hari pertama - ketiga, Adam demam. Hari terakhir pula sakit mata. Banyak dugaan betul exam kali ini. Tapi, abang Adam kata dia boleh buat, tak apa lah. Buat la ikut yang terdaya.

Owh... Adam dapat buat sedikit sahaja paper hari ini. Kenapa? Kerana Adam dikuarantinkan oleh teacher. Mata Adam bengkak! 

Teacher called mama bagitau keadaan Adam. So, mama bergegas balik untuk bawa Adam ke klinik. Ya! Memang bengkak teruk mata Adam. Kata doctor, mata Adam bengkak kerana alergi. Atau digigit semut. Ianya tidak berjangkit.

Di rumah, selepas makan ubat alergi, Adam tidur. Lama juga Adam tidur. Berjam-jam! Padahal Adam biasanya tidak tidur di siang hari.

Sebaik bangun dari tidur, mama check mata Adam lagi. Ye. Masih bengkak. Tapi tidak seteruk tadi.

2 comments:

  1. alaahai siannya Adam.. moga cepat baik ya.. anak2 kita tak sihat ni, mmg tak leh tenang mamanya, nk buat kerja pun tak tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. teacher tengok pun kasihan. apa tah lagi mak bapak kan!

      Delete