Dulu selalu kasi Adam kertas untuk dikoyak. Kertas. Bukan buku. Sayang la nak kasi buku. Kenapa kasi kertas untuk dikoyak? Sebab, mengoyak ini adalah satu kemahiran yang agak penting. Penting untuk develop perkembangan motor halus anak.
Agaknya, Adam tak cukup lagi latihan mengoyak ni. Tu yang suka kasi plastik biskut untuk mama koyakkan :p
Sebenarnya tiada apa yang formal lagi untuk Aleesya. Tisu diberi di dalam kereta untuk dikoyakkan. Memang sampai jadi cebisan-cebisan kecil dikoyakkan Aleesya. Tapi... Kena pantau dengan teliti. Takut Aleesya masukkan ke dalam mulut. Hoh!
Nampak remeh kan? Koyak kertas atau koyak tisu sahaja. Tapi, aktiviti remeh macam ni mempunyai impak besar ke atas perkembangan anak.
Mari mengoyak!
No comments:
Post a Comment