Macam Dia Yang Berkorban

Entry ketiga dan terakhir hari raya qurban kami. Entry pertama menceritakan pengalaman menyambut hari raya qurban secara general sahaja. Entry kedua menceritakan gelagat abang Adam. Kali ini, cerita pasal Aleesya pula.

Semasa lembu disembelih, Aleesya di rumah bersama mama. Kami keluar lewat sedikit untuk mengelakkan ketidakselesaan di tempat ramai orang. Aleesya makan kenyang-kenyang baru la ke tapak sembelihan. Sampai di tapak sembelihan, lembu telah selamat disembelih dan sedang dilapah kulitnya. 

Time ni dapat la join Adam sekejap. Haaaa... nampak wajah-wajah ceria kanak-kanak ni?




Semasa kerja-kerja melapah ni, ke sini ke sana la kanak-kanak riang ni berlari. Macam-macam aktiviti nak dibuat. Rasa macam tak cukup masa! Kami pulang ke kampung selama 4 hari. Tolak dua hari perjalanan, masa dua hari yang tinggal wajib digunakan sebaiknya!



Aleesya juga pandai menggunakan masa dengan sebaiknya. Setelah kenyang dan dapat port yang sesuai, Aleesya tidur sementara Adam dan kawan-kawan sibuk bermain.

2 comments:

  1. lama ibu tak datang sini baca n komen...bertahun agaknya. adam pon dah ada aleesya..sekejap jek masa berlalu. selamat hari raya aidiladha mama..walaupun dah lambat hehe :)

    ReplyDelete