Kereta Di Bawa Berjalan

Bila tengok upin dan ipin banyak soalan muncul. 

" Kenapa upin ipin guna papan hitam? ".

" Kapur tu macam ni ye bentuk dia? ".

Kebiasaan mama, jika soalan ditanya, mama akan cuba cari yang real untuk ditunjukkan kepada Adam. Sehabis mungkin la. Jika mustahil, google sahaja gambar-gambar yang banyak di alam maya. Haaaaa.... papan hitam ni ada di Ikea. Ehhhhh! Pernah teringin nak beli. Tapi... papan hitam dan kapur... habuk pula.


Adam angkut la papan putih dan marker nya. Datang aura melukis la pulak.


Owhhhh.... lukis kereta!


Pada awalnya, Adam tulis " car " dan " kereta ". Kemudiannya, " kereta " tu Adam padam dan terkekek-kekek beritahu mama. " Ini kereta dalam bahasa cina ". Hihihi!


Yang warna biru tu kereta Adam. Hihihi. Kalau nak pandai melukis, rajin-rajin la praktis ye Adam!

No comments:

Post a Comment