Faedah Main Maze

Adam buat maze. Seperti biasa, mama suka snap aktiviti anak-anak. Entah berapa banyak gambar mereka ada pun tak tau. Hihihi. Maze ni seronok bila dibuat. Macam sedang main-main cari jalan keluar - pagar sesat!



Nampak macam remeh. Aktiviti yang entah apa-apa. Tapi maze ni sebenarnya bagus untuk latih otot jari. Bagus juga untuk latihan problem solving yang menyeronokkan!


Apa faedah main maze ni? Haaaa.... Maze ni membantu pemikiran kreatif anak-anak. Ia juga bagus sebagai aktiviti motor halus yang mencantikkan tulisan anak.


Jadi, agak-agak tak tau nak main apa dengan anak, jom la cuba maze. Insya Allah ia adalah permainan koordinasi mata dan tangan yang penting.

Bayangkan kalau buat competition main maze? Main in groups memang seronok!

Nak tau lagi kelebihan maze ni, baca kelebihan maze.

2 comments:

  1. Saya ada juga baca pasal maze ni. Tapi bika beli buku macam ni utk Naim, dia nak buat kejap je. Kot blm masa dia ? Ke jenis tak minat benda ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak minat, jangan paksa. belum masanya tu.

      adam selalu juga ada benda yang dia tak suka. saya akan simpan dan lain kali baru gunakan. mungkin sebulan, setahun.

      Delete