Kisah terjadi semasa berjalan-jalan menikmati pemandangan yang cantik. Dalam pada berjalan tu, terserempak dengan satu family : mak, ayah dan seorang anak.
Mula-mula mereka bergambar. Si ayah mengambil gambar mak dan anak. Kejap ke sana dan kejap ke sini. Biasa je la kan.
Kemudian kami pusing-pusing lagi. Terserempak kembali dengan keluarga bahagia tadi. Kali ini nak ambil gambar keluarga. Jadi, monopod di keluarkan.
" Ehhhh selfie! ".
Tiba-tiba Adam bersuara.
" Adik nak join? Jom selfie sesama ".
Merah muka Adam.
" Alaaaa... Adam bukan cakap slow ke mama? Kenapa boleh dengar pulak? ".
Hahahaha... spontan!
No comments:
Post a Comment