Berkejaran Pula Di Dalam Rumah

Selain aksi menyorok-nyorok di rumah, dua beradik ini juga suka berkejaran di ruang tamu. Aleesya mengejar Adam atau Adam mengejar Aleesya? Dua-dua ada. Tengok pada siapa yang approach untuk bermain terlebih dahulu. Kalau Adam yang ajak Aleesya, Adam dah get ready untuk lari. Macam tu juga kalau Aleesya yang approach Adam, Aleesya akan siap sedia untuk berlari.


Lari? Dua-dua merangkak! Owh... siapa tahu apa kelebihan merangkak? Meh nak cerita sikit. Sikit je. Kalau rajin mama buat entry khas.


Merangkak ni akan stimulate otot-otot keseluruhan tubuh badan : menguatkan leher dan tangan. Hasilnya, anak lebih fokus. Betul! Kalau anak tak boleh fokus dalam pelajaran, banyakkan aktiviti merangkak. Ibu bapa pun bagus buat jika fokus asyik hilang. Info ni mama dapat dari pembacaan dan juga dari pakar kanak-kanak semasa Adam kecil dahulu. Ada la Dr. Zaza review sikit dulu kat sini, tapi zaman dulu-dulu, mama tak tulis details.


Aleesya mengekek gelak mengejar Adam. Berhenti dan bangun untuk intai Adam di mana. Adam dulu-dulu lari satu arah je tau. Haaa... adik dia lari banyak arah. Tengok yang mana senang!

1 comment: