Bangun Abang, Dah Pagi


Telatah Aleesya mengejutkan Adam dari tidur. Adam dah bangun awal. Dah siap mandi pun. Tapi berat hati agaknya nak meninggalkan rakan-rakan sepermainan, dia bermalas-malasan lagi.


Aleesya pula, bukan boleh tengok Adam tidur. Mesti nak dikejut. Panggil-panggil tak menyahut. Dicuit-cuitnya badan si Adam. Tapi... tetap tiada respond. Sedap sangat tidurnya!


Telatah macam ni di dalam suasana sunyi pagi memang menceriakan suasana. Untung la Adam jenis tak kisah Aleesya nak buat apa pun kat dia. Setakat nak picit-picit hidung, Adam buat tak tau. 

No comments:

Post a Comment