Ada anak kecil membuatkan mama sedikit fussy untuk berjalan-jalan.
Setakat ini, shoping mall yang menawarkan baby room yang selesa adalah Isetan, AEON, Avenue K.
Yang kurang selesa adalah AEON BIG, Great Eastern Mall. Dan banyak juga shopping mall yang tiada baby room. Bayangkan Amcorp Mall.
Bukan nak highlight kelemahan, tapi bayangkan bilik kecil yang berbau, tiada kipas atau aircond untuk pengudaraan, agak kotor dan kecil. Hurmmmm.... Memang bukan baby friendly.
Baby room di AEON adalah sangat selesa. Banyak bilik-bilik kecil. Ada aircond dan bersih. Yang paling nampak mewah pula adalah di Avenue K. Satu bilik yang besar dan sangat bersih. Bersih, selesa dan cantik mata memandang. Alhamdulillah, bila baby room selesa, ibu dan baby akan gembira. Kalau ibu dan baby gembira, baru lah boleh shopping di situ. Jika tidak, terpaksa boikot sementara menunggu baby membesar.

itulah kepentingan baby room kan..baru selesa nak shopping..sy je tak perlukan baby room sbb biasanya shopping tak pernah sehari suntuk kt mall..keluar nak membeli yg penting je.dua tiga jam ok.sebelum nak masuk susukan bagi puas2 pastu masuk kereta baru sambung menyusu.hehe
ReplyDeletehurmmmm... kami kalau keluar memang seharian! penting sangat baby room ni
Delete