Baby Demam Tak Lalu Makan


Aleesya down! Down kerana demam. Demam Rabu dan Khamis. Seperti abang, Aleesya juga allergic kepada augmentin. Terus cirit bila makan. Mana lah mama nak tau adik allergic, belum pernah makan lagi antibiotik ni.

Sehingga hari ini, masih tidak mahu makan. Makanan di rumah tak mahu, makanan beli pun tak mahu. Mungkinkah lidah rasa tak sedap? Bila adik tak nak makan, terus adik nampak kurus.

Yang untung mama dengan abang. Semua makanan yang adik suka kami beli untuk adik. Tapi, adik tak nak, kami yang kenyang.

Nasib baik lah adik kuat menyusu. Nak masak pun dah kehabisan menu. Kasihan dengan si comel mama.

No comments:

Post a Comment