Aleesya ni langsung tak boleh berenggang dengan mama. Langsung tak boleh ada kelibat mama. Kalau bukan mama yang pegang, merengek sahajalah kerjanya.
Tapi, Adam pernah cakap :
" Adik ni ok je kalau mama tak ada. Nampak mama baru dia nangis ".
Bak kata papa :
" Kecil-kecil dah pandai politik ".
Kali ini jadi di depan mata mama. Kisahnya macam ni.
Kami semua sedang tidur nyenyak. Aleesya baru sudah menyusu - bermaksud Aleesya telah kenyang. Mama terjaga dan baring di sudut katil : dekat dengan phone. Senyap je suasana awal pagi. Tiba-tiba, Aleesya tersedar tanpa menyedari mama ada di dalam bilik. Tau apa Alees)ya buat? Dia bangun dan membuat aksi nak merangkak sambil berjoget-joget memandang ke arah abang dan papa yang sedang nyenyak tidur. Mulut riuh memanggil mereka. Kemudian, Aleesya duduk dan dengan gembira menepuk-nepuk tangan. Baru sahaja nak melangkah ke arah mereka, Aleesya tersedar yang mama juga berada di dalam bilik! Apalagi, dia meluru ke arah mama sambil menangis kuat. Kuat sehingga abang dan papa terjaga. Owhhh?
Padahal sesaat yang lalu Aleesya sedang berjoget-joget? Ishhhh Aleesya... kali ini betul-betul di depan mata. Mungkinkah Aleesya mahukan perhatian hanya kepada dirinya? Memanglah Aleesya si manja mama!
hehehe..manjanya!! sama jugak mcm zayyan saya tu, pantang nampak kelibat mommy dia ni..buat2 nangis mengada2..hihihi
ReplyDeletekannnn.... betul2 depan mata!
Delete