Pelik tak tajuk entry? Silent reader tapi tak berapa nak silent? My-adam ni, sejak dari private blog ( 2008 - 2011 ) memang dah ada peminat no 1. Memang silent reader, sebab tak pernah tinggalkan jejak. Siapa dia? Adam lah!
Dulu-dulu, bila mama buka blog, dia pun sibuk buka juga. Tengok gambar. Tapi, sejak dah besar ni, amboiiii.... memang tak berapa nak silent la. Sambil-sambil kita menaip nak update blog ni, menempel Adam kat sebelah bersama ipad nya. Bukan sekadar tengok gambar macam dulu tau! Tapi, baca blog dengan kuat.
Sebaris ayat boleh ditafsirkan dengan macam-macam cara. Bergantung kepada bagaimana intonasi si pembaca. Bayangkan anak berusia 6 tahun membaca entry ini. Hihihi. Hai Adam! Baca blog mama ye?
Nak kata kekok, mungkin. Sebab subjek yang diceritakan tu membaca dengan kuat. Hihihi. Tapi, seronok juga, kerana mama menulis dari hati. Semua yang gembira nak diabadikan dan dikongsi bersama Adam dan Aleesya juga satu hari nanti. Luv u :)
No comments:
Post a Comment