Amboi tajukkkk.... Tapi betul! Nak share resepi buat bunga rampai yang wangi sangat. Wangi tau, bukan senak menyesakkan hidung! Ini edisi ringkas. Ringkas dan jimat, namun tidak berkompromi dengan bau.
Bahan-bahannya :
Daun pandan - serumpun pakai! Hihihi
Daun limau purut - beli RM1 je
3 biji limau purut - pakai kulit sahaja
Bunga-bunga - saya pakai ixora ( jejarum ), rose dan kemboja
Air mawar - hahaha... jangan silap faham. Bukan air mawar yang buat masak tu. Bukan! Ini air mawar atau esen mawar. Bau dia memang bau bunga rose. Bau ori. Bukan bau potpuri.
Ni ha... tak mahal. Murah dan berbaloi!
Hiris halus semua bahan. Campurkan. Titiskan air mawar dalam 10 titik. Haaa... semerbak baunya. Bau wangi yang tak menyakitkan hidung. Lepas tu, masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Saya buat sehari sebelum majlis. Untuk kekalkan kelembapan dan kasi kilat sikit, letak la sesikit bycream.
Bangganya dapat hasilkan bunga rampai yang wangi semerbak :)
Eh eh! Entry bunga rampai pulak. Mama sediakan untuk majlis kawin uncle Din semalam :)

nak sikit boleh?
ReplyDelete