Perkembangan Aleesya 11 Bulan

Lamanya tak cerita pasal anak dara seorang ni. Ni nak cerita perkembangan 11 bulan pulak. Wahhhh!!!! Nak masuk setahun dah anak dara i! Rasanya macam baru je keluar. Hihihi. Nanti, sedar-sedar dah nak masuk sekolah pulak!

Anak dara seorang ni, sangattttt la manja. Adam dulu pun manja juga, tapi, agaknya dah memang lumrah sebab dia girl kan... pandai betul memanjakan dirinya. 

Aleesya dah pandai merajuk tau! Elok je dia tengah main sorang-sorang, nampak kelibat mama, tetiba nangis. Nangis pulak, suara mengada-ngada la. Padahal, bukan mama tak nampak dia dok happy. Mulut tak usah cerita la. Riuh! Kadang tu, macam nak bercerita. Kadang macam menyanyi pun ada. Hihihi. Betul! Cakap belum pandai, tapi, buat bunyi-bunyi dengan mulut, sangatlah pandai!

Emotion sangat lah stabil. Alhamdulillah abang Adam pun sayang sangat kat adik dia. Hihihi.

Dari segi fizikal, biasa-biasa sahaja. Tak kurus dan tak de la debab. Jauh beza dengan Adam yang sungguh montel masa baby! Gigi? Sebatang pun belum tumbuh! Alhamdulillah. Lambat tumbuh, lambat la reput kan? Mama happy gigi Aleesya lambat tumbuh. Sebabnya? Boleh la menyusu tanpa takut digigit. Hihihi!

Owhhh... Aleesya sekarang belum berjalan lagi. Cuma merangkak-rangkak dan meniti-niti sahaja. Merangkak tu, dengan penuh gaya. Agak-agak nak laju, haaaa... dia menjulur la. Laju macam combat!

Rambut Aleesya sudah agak panjang. Tak sabar nak tunggu besar sikit. Boleh beli sepit rambut!

Si kecil ni pandai ambil hati tau! Pandai buat muka malu-malu kucing, dan pandai mengerling. Hahahah. Sungguh la girly si Aleesya ni :)

No comments:

Post a Comment