Alamak... nampaknya Aleesya sudah pandai nak mencapai lilin wangi mama. Di rumah kami, memang mama akan nyalakan lilin wangi IKEA ni semasa berada di rumah. Bukan apa, aromanya wangi sangat!
Pakai juga ambi pur, tapi, memang lilin wangi yang dibakar ni favourite mama. Rasa happy semacam bila rumah wangi. Lagipun, Adam pun suka nak meniup lilin ni.
Bila kita nyalakan lilin ni, sibuk si Adam tanya,
" Dah boleh tiup? ".
Sebenarnya, tak payah nak tiup la. Lilin akan padam setelah habis digunakan. Tapi, dah itu kesukaan Adam, sila la tiup. Mungkin feeling-feeling meniup kek hari jadi. Hihihi.
Sekarang ni, nampaknya kena tukar spot. Lilin hanya boleh dinyalakan di tempat tinggi. Bukan lagi di mana-mana sahaja mengikut kesukaan mama. Owh my princess!
kena hati2 sebab ada budak kecil
ReplyDelete