Khai... yang ditatang Adam dengan penuh kasih-sayang, akhirnya pergi juga. Pendek jangka hayat Khai.
Adam balik sekolah terus menjenguk si Khai. Diberi makan dan bermain bersama. Khai pergi kerana sakit mata. Akhirnya, tiada lagi Khai.
Kini dah ada pengganti Khai. Mama ingatkan Adam nak kasi nama yang sama. Rupanya tidak. Pengganti Khai adalah Kol. Alhamdulillah Kol sihat walafiat.
Balik sekolah, Adam pesan :
" Masuk rumah senyap-senyap tau ".
Tujuannya adalah supaya Kol tidak terkejut. Bila masuk ke rumah perlahan-lahan, Kol maintain la bertenggek di atas kayunya. Kalau diterjah, nanti Kol turun ke dalam air pula.
Adam jaga Kol dengan penuh kasih-sayang tau. Tiap petang, bawa fresh rumput untuk Kol. Kol makan pallet, tapi, kot-kot nak ubah selera, adalah pokok-pokok dalam akuarium tu.
Seronoknya bila dapat tuan yang penyayang kan!
No comments:
Post a Comment