Gaya Tidur Yang Sama


Tengok dua beradik ni. Muka memang dah sama. Gaya tidur pun sama! Walau rambut tak sama hitam, kulit tak sama jenis, gaya tidur Adam dan Aleesya memang sama! 

Jalan Lurus Atau Jawapan Lurus?



Cuba baca. Faham tak? Soalan direct dan jawapan ikhlas budak berusia 6 tahun.

Yang ditanya, roti boy tu.... so jawapannya, DAH HABIS la. Sebab yang ditunjuk adalah plastik roti boy kosong. Adam tak nak la plastik roti boy kosong. Adam nak yang lain dekat kedai. Hihihi. Very straight forward Adam :)

Seronok Berdua



Happy tengok gambar ni. Walaupun keduanya berbaju tidur dengan Aleesya yang sedikit seksi, tapi betul-betul rasa seronok. Ini happy moment dua beradik. Apa kisahnya? Kisah biasa sahaja. 

Bangun tidur, bergurau-senda berdua. Lepas tu, tengok upin dan ipin sama-sama. Adam memang minat upin dan ipin. Aleesya belum minat lagi. Aleesya cuma minat nak kacau abang je. Tapi ini memang sweet moment dua beradik :)

Cubaan Membuka Drawer

Ini adalah drawer Adam. Ada apa di dalamnya? Segala macam stationery abang. Setiap malam adik nampak abang buka drawer ni untuk ambil pensel, pen, kaler. Yang tension nya, bila adik meluru datang ke drawer ni, cepat-cepat abang tutup!



Aleesya biasa merangkak ke drawer Adam ni. Nak try buka. Dah biasa tengok Adam buka tutup drawer tu, so, dia tau la drawer tu boleh dibuka. 



Senyum manis nak bodek suruh mama tolong tarik drawer abang.



Tangan Aleesya masih belum kuat lagi nak tarik drawer. Syukur! Risau mama takut nanti jari-jemari Aleesya tersepit. Adoi!!!

Aleesya fed up. Terus lari buat benda lain!

Sampai Ke Kening


Agak-agak baca tajuk ni, boleh teka ke nak cerita pasal apa? Hihihi. Ini nak cerita pasal Aleesya. Masa ni baru je ambil Aleesya dari nursery. Lepas ambil Aleesya, baru lah ambil Adam pula.

Nampak je Aleesya, Adam terus tergelak. Terlupa dah nak bagi tiga soalan wajib dan satu update semasa yang sentiasa Adam tanya setiap hari. Agak-agak kenapa ye?

Bila kena gelak dek abang, adik pun gelak sama la tanpa tahu hujung pangkal!




Rupa-rupanya, ada biskut melekat di kening adik! Hahahah :)


Bila Ada Anak Kecil



Bila ada anak kecil ni, time tidur memang lari. Jika anak memang ikut jadual je, alhamdulillah. Buatnya anak meragam, hihihihi. Bersengkang mata la jawabnya.

Si comel sorang ni, kadang-kadang tersasar jadual juga. Time kita bersiap-siap nak tidur, dia bersiap-siap nak main. Hohoho. Bukan boleh nak tidur dulu, bahaya! Maklumlah anak tengah lasak nak memanjat! Ke hulu ke hilir dia bergerak. Aksi panjat tu satu hal, aksi terjun pun ada. Terhantuk sini sana.

Haaa... ini aksi tengah malam. Selalunya Aleesya dah lena dah. Ini bukan takat berjaga nak main sikit-sikit. Ini tahap malam masih muda. Ohooooo.... jom la kita tidur sayang!

Adik Stress Bila Abang Macam Ni


Amboi!!! Sapa yang stress ni? Stress tahap gaban ke tahap manja-manja ni? Jom la tengok gambar ni.

Kronologi nya...

Abang sedang study. Hihihi. Rajin abang Adam ni. Tak payah nak suruh pun. Dia ambil buku datang dekat mama yang bergolek tengok tv. Mama ni seumpama mentor. Kalau mama jauh dengan dia, susah kot nak tanya kalau tak faham. Lagi pun, kalau duduk dekat, kalau salah mama tegur terus. Jadi tak la penat. Hihihi.



Si adik pula... Dah mula sukakan buku. Geram agaknya. Mesti cuba nak capai buku abang.



Tu tengah fikir la tu!




Abang lari la. Tak jauh mana pun. Tak ada la lari panjat sofa macam aritu. Cuma alihkan buku ke almari je. 

Apa Aleesya buat? Aleesya follow la Adam. Menuju ke almari. Hihihi.

So, sapa yang stress sebenarnya? Hahahha. Adik atau abang?

Amboi Syoknya Abang!


Amboi syoknya Adam! Bukan dengar lagu tau! Adam tengah tengok Upin dan Ipin tu. Tapi pakai earphone.

Geram aje adik kat belakang. Nak panggil pun abang tak dengar. Syok sangat layan youtube, sampai adik tak dikesahkannya.

Ohoooo... semalam abang lupa simpan earphone. Selamat la adik bawa masuk ke dalam mulut. Betul! Betul! Betul!

Splashhhh Di Gambang Waterpark


Tak tahu mana nak dituju untuk bersuka-ria bersama keluarga? Terjah sahaja ke Gambang Waterpark! Tidak jauh dari KL dan dapat bertukar suasana.

Apa yang best di Gambang Waterpark? Tentulah kolam ombak terbesar di Malaysia dan gelungsur air terpanjang di Malaysia. Haaaa... Kan seronok!


Adam main di Coco Beach : kolam ombak. Agak-agak penat, beralih ke Penguin Island pula. Kiranya, kami memang tak habis explore pun. Itupun Adam dah happy sangat-sangat. Bila bermain begini, mandi kolam renang biasa pun seronok.



Bila lapar, banyak gerai makanan yang boleh dikunjungi. Kami makan nasi kukus ayam goreng. Baunya.... Dari jauh dah memanggil perut yang berkeroncong. Padahal dah breakfast di hotel. 



Ikutkan hati, memang Adam nak bermain seharian la di sini. Tapi, terpaksa la balik. Letih dah. Kalau ditanya berbaloi ke tidak, ye... Anak-anak seronok. Cuma tempat penginapan tidak seindah dikhabarkan. Bilik ok, cuma service agak mengecewakan. Kami akan datang lagi, tapi check in di resort lain la pula ye. Tapi macam biasa, bila anak happy, yang lain tu boleh pejam mata sebenarnya!

Aktiviti Malam


Asal sampai rumah, belum sempat apa-apa lagi... Aleesya nak tidur. Menyusu dan tidur. Selalunya tak sempat makan malam. Kesian, mesti lapar bangun esok pagi.

Tapi bukan tidur terus. Dalam pukul 9 lebih, dia bangun. Bangun main. Time ni, kadang boleh juga suap bubur. Selalunya, Aleesya tak nak makan dah. So, bagi buah atau roti.

Inilah punca yang jika makan di luar, Aleesya dah siap makan di rumah! Sebabnya, bangun tidur memang mama akan sediakan makanan Aleesya dulu. Maklumlah princess ni tak makan malam. Bangunnya pula awal. Mesti lapar!

Jadi, sebelum buat apa-apa, pastikan princess kenyang dulu!

Skip! Skip! Skip Counting!



Lambat! Dari zaman mengandungkan Aleesya lagi nak perkenalkan skip counting kepada Adam. Tapi? Hohoho. So, ni baru nak start. Ahaaaa... setelah Aleesya berusia setahun! Lamanya gap masa!

Kenapa nak ajar skip counting ye? Sebenarnya, mama nak ajar Adam sifir. Jadi, sebelum introduce sifir kepada Adam, rasanya lebih mudah jika Adam mahir skip counting ni dulu.

Bukan nak ajar yang susah-susah lagi. Baru nak perkenalkan skip counting. Mulakan dengan 2, 3, 4, 5 dan 10 la kot! Kot? Sebab baru start dengan 2. Kalau basic kuat, insya Allah boleh. Harapannya, boleh perkenalkan sifir mudah sebelum masuk sekolah.

Suka perkenalkan awal. Kenapa tak tunggu sekolah ajar?

Sebab... biar la Adam tau konsep. Mama risau kalau Adam tetiba disogokkan dengan macam-macam benda baru bila masuk sekolah nanti. Takut stress. Dengan mama, Adam nak ambil masa berbulan pun, mama tak kisah. 

Nasib Adik Kecil


Bismillahirohmanirrohim. Sedapnya Adam makan! Makan apa tu? 

Ha... ini situasi yang biasa juga berlaku. Adam makan sedap-sedap di kedai. Menjamu selera. Siap boleh tambah lagi.


Tapi adik? Maintain di atas stroller. Sama ada sambil makan biskut atau di suap makanan oleh mama. Hahahha. Kesian juga kan?

Realitinya, sebelum keluar ada dua : bekalan Aleesya sudah dimasak. Jadi, sama ada bekalan Aleesya dibawa bersama ketika menjamu selera di luar, atau... seperti dalam gambar, Aleesya dah makan dulu. Adik dah kenyang!

Tapi, wajib la bawa bekalan biskut. Supaya Aleesya tak terkulat-kulat tengok semua orang sibuk mengunyah. 

Owhhh.... Aleesya dah nampak tumbuh 2 batang gigi. Sebenarnya baru nampak putih gigi pada gusi. Lepas ni, mungkin boleh kita share makanan sahaja ye adik!

Tukar Car Seat



Alhamdulillah Aleesya dah setahun. Car seat yang biasa guna pun dah penuh dengan Aleesya. So, mama gantikan dengan car seat lain. Hohoho! Bukan beli baru. Car seat Adam dulu.


Car seat Adam lengkap - stage 1 untuk newborn, stage 2 utk besar sikit dan stage 3 untuk sehingga 4 tahun. Dulu Adam sempat pakai stage 1 dan stage 2 sahaja. Stage 3 belum sempat pakai. Kenapa? Sebab masa tu ramai yang tanya :

" Adam masih pakai car seat lagi? ". 

Hihihi. Malu ke apa, mama try pakaikan seat belt baby, dan it works wonders. Tu yang tak pakai tu. Hihihi.

Stage 1 nampak penuh on Aleesya. Stage 2 pula, nampak sangat besar. Hurmmm... sabar ye sayang. Tak lama lagi, ngam-ngam la tu.



Safety first kan. So, kita utamakan keselamatan!

Berposing Sekejap!


Sukanya dengan gambar-gambar ni. Cantik muralnya. Padahal, banyak lagi gambar-gambar lain. Cuma yang ini lebih menarik hati kami.

Nampak tak Adam? Beria-ia berlakon. Hihihi.

Gambar pertama tu, hanya memegang belon. Segerombolan belon? Banyak belon! Nasib baik Adam tidak diterbangkan belon.

Gambar kedua tu, kami tiga beranak. Tq Adam sebab payungkan mama dan adik. Sebenarnya tak suka gambar ni sangat. Sebab nampak macam gemuk. Psss... nak kata diri kurus la tu! Err... bukan nak kata, memang kurus pun :p

Tapi, Aleesya tersenyum manis dalam gambar tu. Senyuman Adam dan Aleesya mencantikkan gambar!

Hohoho! Gambar terakhir! Selamatkan anakku! Adam berusaha keras menarik dinasor. Nampak tak? Tangan sampai nampak urat! Well done Adam! Menjadi sangat gambar ni.

Di mana? Aquaria KLCC walkway!

Sedapnya Buah-Buahan

Aleesya suka anggur dan pisang! Sedap! Mungkin kerana manis atau mungkin juga sekadar beralih rasa. Zaman mula-mula makan solid food, ada juga bagi Aleesya makan betik. Tapi, tak ada la macam suka sangat. Sekadar makan sebab disuap.

Tapi, makan anggur dan pisang ni, lajuuuu! Atau... mungkinkah sebab masa bagi betik tu, mama lecek. So, rasa dah kurang sedap. Pisang dan anggur ni, tak lecek pun. Aleesya pun dah besar. Gigi pun dah tumbuh. Selain manis, sedap makan sebab ada tekstur kot!

Sukanya nak nganga kan mulut Aleesya. Nak intai gigi comel dua biji yang masih belum tumbuh sepenuhnya itu!

Tapi.... pisang yang ori je tau. Biskut pisang ( biskut baby ) tu, Aleesya langsung tak suka. Baguslah Aleesya tak suka. Mama rasa biskut tu manis la. Tak sesuai untuk baby! Hohoho!

Jalan-Jalan Aquaria KLCC : Berkenalan Dengan Ikan

Entry bergambar. Meh kita layankan!

Mula-mula kena ada model tetap my-adam. Siapa lagi kalau bukan Adam! Hihihi.


Kami pergi awal pagi. Tak adalah awal. Pukul 10.30 pagi. Kiranya, antara yang terawal la sampai. Hihihi. Sementara tenaga masih banyak. Juga perut yang masih kenyang.

Perancangan awal adalah untuk ke Zoo Negara. Nak tengok panda. Tapi disebabkan hari hujan, perancangan awal diubah ke Aquaria KLCC.

Masuk-masuk kami dijamu dengan banyaknya ikan piranha. Tapi, feeding time adalah pada sebelah petang. So melepaslah!



Ini adalah port favourite Adam. Sampai kena pusing sekali lagi kerana Adam tidak puas melihat belangkas. Adam cuba untuk menyentuh ikan yang ada. Tapi tak dapat. Ikan berenang laju!

Aleesya mana? Aleesya senyap je. Tak ada respond sangat. Mungkin mengantuk!


Haaaa... ada pun bayang-bayang Aleesya! Dan... ada lagi! Hi Aleesya!


Sekian. Nak tulis lebih pendek. Tapi ter panjang sikit ;p

Ocean In The City : Aquaria KLCC

Lamanya tak ada entry pasal info dalam blog ni. Baca tajuk tu, agak-agak boleh teka tak nak cerita pasal apa? Ya! Aquaria KLCC.

Tapi info ringkas sahaja. Sekadar teaser sebelum keluarkan entry bergambar budak-budak comel ni :)

Adam dah banyak kali ke Aquaria. Tapi untuk Aleesya, ini adalah kali pertama. Mama rasa, jika kita duduk berdekatan dengan KL atau mana-mana tempat yang ada kemudahan, sila lah menjenguk kan diri. Zoo ke, taman peringatan ke, semua la. Banyak yang anak-anak akan dapat dengan sesi jalan-jalan begini.

Adam dan Aleesya dapat apa di Aquaria? Adam dapat info dan keseronokan. Aleesya dapat tengok-tengok je la. Mungkin mengantuk, tak ada ekspressi muka dari Aleesya :)

Nak ke Aquaria ni senang aje. Landmark dia, KLCC. Kalau public transport, boleh naik LRT, monorail, bas atau teksi. Untuk kami, naik kereta 5 - 10 minit dah sampai!

Aquaria dibuka setiap hari. Dari jam 10.30 pagi hingga 8.00 malam. Paling akhir kita boleh masuk adalah pada jam 7.00 malam. Tapi... macam rugi sangat la nak masuk jam 7.00 malam tu. Sejam aje? Tak puas nak menikmati apa yang ada di dalam. Sayang duit oooo...

Nak tau lebih lanjut, cari di aquariaklcc.com. Dengan keluasan 60,000 sq. ft, dan lebih 5,000 spesis hidupan laut, banyak yang boleh kita pelajari. Jom!

Lain kali mama update entry bergambar!

Homework Owh Adik

Alhamdulillah. Setakat ni, mama tak perlu check beg sekolah Adam. Adam akan bagitahu jika ada homework. Dan buat homework tu.

Port buat homework : mana sahaja asalkan siap. Hihihi. Maafkan tulisan Adam ye teacher. Tapi homework perlu siap dengan cepat dan tepat supaya Adam boleh bermain kemudian.



Bila nampak abang pegang pensel dan buku, Aleesya pun sibuk nak study juga. Maaf la Aleesya, tak start pun lagi ajar adik. Sindrome M masih kuat. Kita akan mula soon. Hihihi.

Bila buat homework, Adam duduk berdekatan. Senang nak tanya jika ada soalan. Tapi, situasi sekarang bahaya. Ada baby yang nak kan buku dan pensel Adam.



Jadi, Adam tukar port. Haaaa.... Aleesya sudah setahun la abang. Adik kejar! Dia panjat la ke sofa. 



Asyik nak kena layan adik je, ok kita main. Main dengan adik lagi seronok! Lagipun, kerja abang dah siap!



Amfibia : Katak Owh Kodok


Selalunya, cari maklumat di youtube. Google cara main game. Sekarang ni dah start baca blog pula! Selain baca my-adam la. Kisahnya, tanya banyak sangat soalan. Bila tanya macam-macam, banyak juga yang mama tak reti jawab. So, mama suruh google.

Hasilnya, Adam jumpa la satu blog ni. Adam google pasal amfibia. Mencari haiwan lain selain katak dan kodok. Hihihihi. Adam baca bersungguh juga. Tapi, budak 6 tahun, pemahaman masih kurang.

" Adam faham ke Adam baca apa tadi? ".

" Tak faham ".

Susah sangat kot. Atau sebab baca sekali je. Hmmm... agak-agak kalau Adam baca 10 kali, boleh faham tak?

Hahaha. Tak ada lah nak suruh Adam baca lagi. Mama pula la yang terangkan. Adam bukan nak tau detail pun lagi. Sekadar sifat am haiwan amfibia dan contoh-contoh haiwan. Mama memang bagi sikit-sikit je dulu. Sikit tapi konsisten. Jadi, insya Allah Adam mudah faham dan akan lekat di fikiran.


Dua Beradik Sangat Rapat


Haaaa... ini memang port favourite Adam. Kenapa? Sejuk ooo duduk atas lantai! Haaa... Kisahnya, ini port Adam charge iPad. 

Bila nampak abang kat situ, si adik pun apa lagi... laju-laju la ke situ juga. Sama ada nak tengok iPad bersama abang, ataupun sekadar nak main plug. Hohoho! Nasib baik la bodyguard mama ni boleh diharap. Sesambil main iPad, Adam tolong mama monitor Aleesya.

Nampak tak Aleesya pakai panties je tu? Dengan baju lubang-lubang. Kisahnya, Aleesya demam. Walaupun demam asyik merengek, syukur juga Aleesya masih ada mood nak kacau abang!

Bukan Senang Rupanya

Ini hasil kerajinan Adam sendiri. Menulis cerita. Atau boleh kata, menulis karangan. Mama memang belum terfikir nak suruh anak berusia 6 tahun menulis karangan. Tapi, bila inisiatif datangnya dari anak itu sendiri, BANGGA tau!



Adam elok je duduk di kerusi. Sesekali, biasalah si adik akan interfrem si abang. Adik abang la katakannnn.

" Adam tengah buat apa? ".

" Adam nak tulis cerita binatang ".



Maka, terhasillah cerita pendek ni. Refer gambar ye. Kalau rasa tak faham, meh mama tuliskan di sini :

Pada suatu hari, ada seekor burung merak dan seekor gagak. Gagak pun bertanya merak. Kenapa kau tak bukak sayap kau? Merak pun bukak sayap. Merak pun bertanya. Cantik tak?

Itulah kisah pendek si Adam. Kisah merak yang cantik dan gagak yang hodoh. Ini cerita kedua dari Adam tau. Cerita pertama di bawah ni pula. Hohoho... yang ini memang susah nak baca!




Dannn.... nanti lain kali mama update karangan ketiga Adam. Setiap kali ada improvement!

Bawa Bekal Ke Kedai Makan


Biasa tak bawa bekal ke kedai makan? Masuk ke restaurant untuk makan, tapi bawa bekal? Pelik? Tak ada lah pelik. Bawa bekal makanan Aleesya. Dalam tupperware biru tu, biskut. Biskut yang sikit pun Aleesya tak teringin nak jamah. Nasib baik la.... biskut baby sebenarnya mahal berbanding biskut orang tua ni. Dah Aleesya tak suka, Adam ok je. Adam suka!

Dengan macam-macam mimik muka yang pelik Adam buat, Aleesya maintain muka ayu dan comel. Buat la apa abang nak buat. Adik senyum sahaja.

Sakan abang makan ye... mama bawa bekal biskut sahaja untuk adik. Ahhahaha. Biasanya mama bawa bekal bubur untuk adik. Tapi adik dah makan, mama bawa la biskut sahaja.

Beramah Mesra Dengan Kawan Baru

Abang ni, umur dia 8 tahun. Pemenang tempat pertama Hasbro Cunstructbots Challenge hari tu. Semasa pertandingan, mereka sempat bermain bergurau senda.

Rupa-rupanya, abang ni la yang tumpang sekaki main dengan Adam di theme park. Dia dan adiknya. Masuk sekali dalam game Adam. Memula bagi sokongan aje, last-last, dia yang control kapal. Adam, insya Allah tak kisah main sama-sama. Asal jangan saja conquer sorang-sorang.

Ingatkan abang ni Melayu. Tapi, sebab mama dengar instructor tu cakap cina dengan dia, bisik minta papa intai nama. Ok. Ya. He is Chinese. Bagusnya Malaysia. Aman damai semua. Budak-budak lagi ketara. Apa kaum pun, kita boleh bergaul bersama :)

Hasbro Constructbots Challenge

Entry bergambar. Jom tengok pamplet ni dulu :)



Challenge ni terbuka untuk budak berumur 6 tahun dan ke atas. Ok pass! Adam 6 tahun :)

Hadiah yang besar tu untuk 1st place. Kedua ketiga pun dapat hadiah. Cuma kecil la hadiahnya.

Kita layan gambar!


Pasang Adam! Pasang! Macam pasang Lego je! Adam pandai ikut instructions. Cuma bila nak sambung joint tu, tangan Adam tak kuat nak tekan. Asyik terbuka je.

Mama dok perhati je la dari jauh. Laju je Adam ikut instructions tu. Dah biasa pasang Lego kat rumah. Part yang tak melekat tu, lain kali cuba lagi ye abang Adam!

Ok. Abang sebelah Adam yang siap dulu. So, grand price belongs to abang tu. Besar hadiah dia :)

Sambil pasang sempat bergurau-senda. Owhhh... ada cerita lain di sebalik keramahan mereka. Entry lain :)




Sementara Adam sedang bertarung, Aleesya menjadi diva la. Bermain dengan permainan yang ada :)




Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu. Inilah pemenangnya! Kedudukan 123 tu ikut ketinggian budak-budak ni. Hihihihi!