Lamanya Beraya Di Kampung

Lamanya beraya di kampung. Kiranya pecah rekod la. 10 hari berada di kampung halaman. Apa aktiviti sehari-hari? Wahhhh!!! Penuh!

Adam lepas sahur terus mandi. Haaa! Tak tipu. Padahal kat kampung mana ada water heater. Mandi air sejuk aje. Tapi anak bujang ni gigih mandi selepas bersahur. Terus sembahyang subuh dan tunggu la kawan-kawan bangun. Kenapa mandi awal sangat? Supaya tak buang masa. Matahari naik saja dah boleh start aktiviti main berjemaah.

Budak-budak memang super gagah. Dalam kepanasan cuaca di kampung, boleh berlarian main di luar rumah. Macam-macam aktiviti. Dannn... kekal puasa.

Apa aktiviti Adam? Kali ini, mama happy sangat! Walaupun Adam hitam bermain panas, suka sebab aktiviti bermain berpeluh dengan rakan sebaya. Tak adalah masing-masing sibuk dengan gajet. Sebab, setakat nak main gajet, main sorang-sorang kat rumah pun boleh. Tak perlu la meredah jem berjam lamanya untuk pulang ke kampung. Puas hati, walaupun Adam hanya meneroka di dalam pagar rumah tok ma sahaja.

Agak-agak, anak ayam yang Adam bela 10 hari tu, dah besar ke? Atau dah disembelih pun :p

2 comments:

  1. Wah Raya sakan yer...Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  2. sakan adam dan aleesya beraya ye..mesti byk dpt duit raya tu..ehh template n header dah berubah la..:)

    ReplyDelete