Riang-Ria Gambang Waterpark



Asyik ke Desa Waterpark je. Maklumlah dekat. Sesekali berjalan jauh sikit. Hihihi. Sikit aje. Ke Gambang Waterpark! Nak cerita la sikit kan! Seronoknya bila jalan-jalan macam ni bawa anak. Bayangkan kalau jalan berdua, eh... pasti bosan! Memang anak lah yang menceriakan suasana.




Adam memang seronok tak terkata. Punya lah happy! Sampai nak makan pun tak lalu. Mama je la yang makan dan makan dan makan. Makan sambil meneman princess Aleesya yang lena diulit mimpi!




Segala belian kat dalam ni, pakai kad. Bukan kad kredit, tapi smart card yang kita isi duit dalam tu. Jangan risau terkurang atau terlebih, sebab boleh topup atau redeem balik amount tu. So, have fun!

Kami sampai dalam 11 pagi. Dannnn.... segala hut untuk disewa telah penuh. Jealous la juga tengok orang bersantai di pondok-pondok comel. Mama dan Aleesya hanya duduk di cafe mengadap makanan.

Sekejap-sekejap Adam datang menjenguk. Bersama papa la ofkos. Happy! Nak dikejut si princess, tak sampai hati. Tunggu Aleesya bangun, barulah kami menyusul. Hihihi. Siapa kata mama dan adik tak nak main air?

Main makan minum. Best lah! 

Menolak Stroller Kosong

Anak seorang, ke mana-mana tolak stroller. Anak bujang seorang tu memang jenis ikut kita buat macam mana. Kalau letak atas stroller, atas stroller la sepanjang hari. Kalau berdukung, berdukung la. Tapi, larat ke nak dukung seharian? Memang stroller diusung ke sana ke mari.

Ada anak dara ni, lain sikit kisahnya. Bukan stroller friendly sangat. Tapi, tetap penting untuk tidur. Tak selesa berdukung masa tidur.

Jadi, perkara biasa la untuk mama menolak stroller kosong. Kalau menolak stroller kosong semata, tak apa. Tapi menolak stroller kospng kosong sambil mendukung Aleesya? Boleh tahan juga beratnya! Hihihi!


Nasib baik la... Adam offer diri untuk pangku adik. Memang Adam yang pangku sehingga la lenguh kaki. Bila abang penat, mama ambil alih semula. Kiranya, semua orang happy la dengan cara ni. Mama tak letih, adik dan abang boleh bergembira main sama-sama. Best!

Feeling-feeling Anak Kembar

Feeling-feeling berangan dapat anak kembar. Mana taknya, tengok la gambar kat bawah ni.

Sementara tunggu papa ber shopping, kami buat hal sendiri-sendiri. Mama jamu mata, Aleesya busy tidur. Adam? Hahaha. Adam sibuk berposing depan cermin.



Di sinilah mama jumpa anak kembar mama. Cantik pulak ada dua orang Adam. Alhamdulillah. Syukur dikurniakan anak seperti Adam dan Aleesya.

Birunya Air Laut

Time ni, Aleesya demam. Takde la rezeki adik nak berendam Nampaknya, lambai dari luar kolam sahaja la.

Nak cerita apa pasal biru-biru ni? Tak ada apa pun nak cerita. Nak share gambar Adam je. Semenjak tiada hati nak menulis ni, rasa makin suram pulak my-adam ni.

Jadi.... layan la gambar anak teruna i :)




Seronoknya! Puas Adam mandi. Sorang-sorang macam private pool. Al-kisahnya awal lagi. Matahari pun masih memancar-mancar. Boleh la Adam conquer pool. 

Aleesya Bangun Sahur



Nak letak gambar anak dara yang ceria. Gambar bulan lepas, bulan puasa. Anak dara seorang ni memanglah tak puasa, tapi bangun sahur tu wajib katanya!

Muka Aleesya yang ceria sangat ni tak melambangkan hati mama. Kalau Aleesya bangun selepas makanan tersedia, ok la juga. Ini bangunnya sekali. Ehhh... macam ada alarm la pulak. 

Yang seronoknya, Aleesya bangun menceriakan suasana sahur. Nampak ada adik, abang pun bersemangat nak makan! Yummeh! Adik pun sibuk nak makan sama :)


Di Mana Ada Abang



Di mana ada abang, di situlah adik nak bertenggek. Macam si abang juga, mesti nak cari adik. Kalau boleh, jangan bagi adik tidur. Main aje kerjanya.



Lega la juga bila dua beradik ni macam ni. Senang. Main sama-sama. Setakat ni, rasanya Aleesya belum pandai jealous kot. Ataupun memang tak jealous dekat abang dia. Sesekali, sengaja meriba abang Adam. Nak tengok respond Aleesya. Sama ada Aleesya happy tersenyum bertepuk tangan, atau sengih-sengih duduk berdekatan kami. Menangis ke marah ke, belum ada lagi.

Semoga dapat membesar dalam suasana yang baik. Harap sangat abang dan adik jadi beat friend mama satu hari nanti :)

Janda Yang Baik


Uishhhh... tajuk kontroversi!

Adam baru balik dari Janda Baik. Mandi sungai! Hohoho. Mama sebenarnya tak pernah sampai pun ke Janda Baik. Kebetulan anti dan wan nak ke open house di Janda Baik. Anti called untuk tanya Adam nak ikut ke tidak. Huishhh.... terus bersiap anak teruna mama ni!

Nampak gambar di atas? Adam bersama beg plastic. Ada apa dalam tu? Swimming suit! Hihihi. Tak kan tak singgah mandi sungai :)


Gambar dalam perjalanan dengan Hanif dan wan :)



Balik je, riuh bercerita. Seronok mandi sungai. Lepas bercerita, bergurau senda la dua beradik. Hihihi. Pantang di mana ada abang, adik pun nak menempel! Haru-biru rambut adik baru bangun tidur :)

Nanti mama update kisah Adam picnic di Janda Baik pula. Wow!

Lamanya Beraya Di Kampung

Lamanya beraya di kampung. Kiranya pecah rekod la. 10 hari berada di kampung halaman. Apa aktiviti sehari-hari? Wahhhh!!! Penuh!

Adam lepas sahur terus mandi. Haaa! Tak tipu. Padahal kat kampung mana ada water heater. Mandi air sejuk aje. Tapi anak bujang ni gigih mandi selepas bersahur. Terus sembahyang subuh dan tunggu la kawan-kawan bangun. Kenapa mandi awal sangat? Supaya tak buang masa. Matahari naik saja dah boleh start aktiviti main berjemaah.

Budak-budak memang super gagah. Dalam kepanasan cuaca di kampung, boleh berlarian main di luar rumah. Macam-macam aktiviti. Dannn... kekal puasa.

Apa aktiviti Adam? Kali ini, mama happy sangat! Walaupun Adam hitam bermain panas, suka sebab aktiviti bermain berpeluh dengan rakan sebaya. Tak adalah masing-masing sibuk dengan gajet. Sebab, setakat nak main gajet, main sorang-sorang kat rumah pun boleh. Tak perlu la meredah jem berjam lamanya untuk pulang ke kampung. Puas hati, walaupun Adam hanya meneroka di dalam pagar rumah tok ma sahaja.

Agak-agak, anak ayam yang Adam bela 10 hari tu, dah besar ke? Atau dah disembelih pun :p