First Time Tengok Anak Ayam


Bulan puasa bawa Adam ke pasar tani. Kiranya, 1st trip juga Adam ke pasar tani. Niat di hati, nak mencari anak puyuh. Hohoho! Apa nak dibuat dengan anak puyuh? Nak kasi Adam bela la :)

Jalan-jalan, tak jumpa anak puyuh. Yang ada hanyalah anak ayam. Eh... Adam pun dah excited habis dah. Tak jadi bela puyuh, bela ayam la pulak.

Beli anak ayam 6 ekor. Hohoho! Banyak tu! Nasib baik la memang ada reban di kampung. Dapat la 6 beradik bermastautin di situ.

Eh... fikir-fikir balik, bukan la first time tengok anak ayam. Dah 2nd time dah. Dulu pernah la tengok anak ayam dalam incubator uncle din. Dia eramkan telur ayam.

6 ekor anak ayam ni, Adam bela la 2 minggu di kampung. Lepas tu, pok su di kampung la yang kena jaga ayam-ayam ni. Nanti Adam balik, dah besar pun anak ayam =)

Ikan-ikan di rumah, semua ada nama. Rasanya 6 beradik ni belum bernama lagi. 😀

Kenapa Result Agama/Imlak Sesi 1/2014 Ini Sangat Bermakna

Result agama / imlak sesi 1/2014 sangat bermakna buat mama. Haaa.... untuk mama! Adam, tak tau la ;)

Kenapa? Hebat sangat ke? Ye! Memang hebat. Hihihi. Hebat sebab kita bermula dari 0. Maksud 0? Kerana memang tak diajar awal-awal sebelum masuk tadika dulu.

Result imlak sesi 1/2013 Adam adalah 0 daripada 5. Kosong! Sebab Adam tak pandai nak eja jawi. Mama dia tak pernah ajar kot. Result sesi 2/2013 dapat 1 daripada 5. Syukur! Sebab time ni mama keluar masuk hospital. Dan Adam peneman yang setia.

Jeng jeng jeng! Result imlak sesi 1/2014 adalah 5 daripada 5. Yeay! Adam dah pandai mengeja membaca jawi. Menulis... sedang diusahakan. Keras tangan nak menulis jawi. Hooorayyyy!!!

Memang happy! Ustazah tanya masa ambil report card, " Mama ada ajar Adam dekat rumah ke? ".

Jawapannya, " Ye! Kesian Adam dapat 0 tahun lepas ". Hihihi.

Syukur la dengan keputusan exam. Walaupun jatuh sedikit kedudukan dalam kelas, yang penting semua " A ". Dan yang paling penting, dah pandai jawi. Yeayyyy!!!!!

Aleesya Yang Semakin Melaju

 


Aleesya yang semakin melaju. Laju mengesot! Belum merangkak lagi, tapi mak oiii.... lajunya dia! Tengokkan rupanya tu, amboi... nampak tersangat la lemah lembut dan comel. Konon pergerakan pun ala-ala princess la. Hihihi...



Apa yang digeramkan tu??? Permainan abang di dalam almari! Haaa... itu la anak bujang aiiii. Lepas main, semua simpan elok-elok balik dalam almari. Harap-harap la Aleesya pun rajin mengemas bila besar nanti :)


Bukak! Bukak!

Haaaa... anak dara ni belum pandai nak buka almari lagi. So, selamat la permainan si abang :)

Buku Owh Buku



Buku dibeli selepas habis pantang. Maksudnya dah lebih 7 bulan buku ni dibeli. Orang baru lepas bersalin kan... excited nya lebih la untuk kurus.

Akhirnya hari ni berniat nak buka buku ni. Hihihi. Buka pun belum, apatah lagi nak amalkan! Bawa buku ni ke opis. Kononnya nak dapatkan aura bersenam.

Tapi... bila berat badan memang dah kecil dari sebelum mengandung, kurang rasa semangat nak bersenam. Tapi... bersenam bukan hanya untuk kurus. Bersenam untuk sihat!

Harapannya, keberkatan bulan yang mulia ni, MA akan berjaya mengamalkan gaya hidup sihat. Makan dijaga, ditambah supplement Shaklee ( nak sebut juga! Almaklumlah... SID Shaklee kan )  dan juga BERSENAM! 

Semoga bukan hanya semakin kurus, tapi... semakin sihat! Ameen!

Wahhh Emasss!



Gambar lama ni.... sajer nak share. Awesome sangat kan! Kaler gold yang menusuk kalbu :)

Entry ala-ala ww ;p