Soalan Adam sebelum bercuti. Nak tau apa soalannya?
" Tempat kita nak pergi ni, ada wifi tak? ".
Haaaa.... canggihnya soalan! Bukan tanya, tempat kita nak pergi ni ada swimming pool ke, ada games ke... wifi ditanyanya!
" Kenapa? ".
" Kalau tak ada wifi, susah la Adam nak tengok youtube ".
Akuilah... zaman dah berubah. Soalan ikhlas dari anak berumur 6 tahun. Ikhlas dari lubuk hati. Itu baru untuk hiburan anak-anak : youtube. Kalau kita yang dewasa ni, bayangkan tanpa internet! Lumpuh!
Aduhhh!!! Wasap tak dapat, facebook tak de, google pun illek! Pendek kata, sekelip mata hilang segala maklumat di hujung jari. Owhhh.... tu belum lagi untuk yang berniaga online. Owhhh.... mama jual shaklee tau. Sesapa nak, meh la ke shapemy.blogspot.my. Jom like page mama sekali shapemy.
Lumpuh segala-galanya. Haaa... bayangkan! Bayangkan sehari tanpa internet! Hihihi :)
Gitu gaya budak-budak sekarang kan... Memanglah berbeza dengan kita. Kalau masa kecil dulu dengar ada rombongan nak gi Zoo Negara kat KL, bukan main excited tak dapat tidur malam rasanya.
ReplyDelete