Syoknya Bermain Bersama-Sama

Syoknya bermain bersama-sama. Happy! Agak-agak siapa yang seronok bermain ni? Kusyuk main tanpa suara. Hihihi...

Awalnya, Hanif busy bermain dengan abang Adam. Wahhhh!!! Seronoknya tengok! Hanif dah besar, setahun lima bulan. Sibuk main kejar-kejar. Nanti, macam tu la Adam dengan Aleesya agaknya :)

Riuh la rumah. Adam pulak dah besar, pandai melayan budak kecil, ehhh... sesuai sangat la!

Selesai sesi bermain dengan Adam, Adam keluarkan blok-blok besar pulak. Kasi can Aleesya main dengan Adam. Yang ni, ada gambar. Hihihi...

Adam dok melayan adik-adik.



Daripada meniarap, terduduk, tergolek. Semua ada!

Kusyuk tau budak-budak ni main. Suara tak keluar pun. Tangan masing-masing je yang laju bergerak.

Adik Dan Abang



Tak de nak menulis panjang, cuma nak cerita telatah si adik. Kisah keluar breakfast semalam

Nampak nakal adik ni! Selalunya, dia main dengan mata bulat dan muka berseri-seri. Kali ni, nak main walaupun tengah demam. Tu yang tak berapa nak senyum. 

Aleesya ni pantang nampak Adam. Kalau Aleesya bangun awal pagi, setelah kenyang menyusu, dia akan meluru kepada Adam. Tau buat apa? Dia akan datang, grap muka abang, dicium dan digigit. Menggigit dengan gusi-gusi yang ada. Selalunya, Adam tak sedar pun! Nyenyak tido!

Pagi ni pun... mula-mula Aleesya menangis di tinggalkan mama. Ye la... bangun masak untuk sahur. Masam aje mukanya. Tetiba nampak abang Adam dah ready di meja makan.... TING!!! Aleesya tersenyum-senyum happy! Mulut pun berbunyi menegur. Amboiiii!!!! Sayangnya pada abang!

Selamat berpuasa semua!

Blog Dalam Proses Pengubahsuaian

Jangan terkejut la masuk blog ni nampak banner shaklee besar-besar. Itu blog mama juga. SID Shaklee Ampang katakan. Hihihi... blog ni dalam proses mengubah suai sedikit. Kadang nampak haru biru, sampai widget hilang habis. Bertahun dok pakai rupa bentuk yang sama, jemu juga.

Banyak template juga la yang MA cuba. Tapi, hati berkenan dengan template ni. Ambikkk ko! Sudahnya, ketiga-tiga blog MA pakai template yang sama. Insya Allah banner tu akan berubah la. Ada masa, dari masa ke semasa, MA akan ubah sikit kot untuk buat personalization. Entah, kadang fikir, biar je sama. Nampak la tuannya sama. Ahaaaa...

Tengah fikir la untuk banner blog ni. Nak design muka dua beradik, atau letak muka kami bertiga! Hihihih... Soon... bila ada kelapangan masa dan idea. 

Sementara ni, hadap la banner Shapemy tu puas-puas!

Ke Fun Fair Kita!


Ehhh.... ke fun fair! Hahahah.... fun fair berbumbung. Bila berbumbung ni, senang. Jalan aje, tak risau kan hari nak hujan ke, apa ke. Walaupun yang tak berbumbung begitu memanggil-manggil, kami stick kepada yang berbumbung sahaja. Senang dan selamat!

Nampak gambar di atas? Berpeluh Aleesya tunggu abang Adam habis main racing car.



Penat Aleesya tunggu abang Adam main. Sebagai upah, abang Adam teman Aleesya main pula. Wahhhhh!!! Seronoknya naik kereta batman! Sebelum naik kereta batman yang awesome ni, naik spaceship juga. Terkaku la juga si adik. Terkejut kot. Hihihi.


Result Exam Adam - Sem 1/2014


Nak cerita panjang lebar, tapi belum lagi. Inilah result Adam untuk semester 1/2014 ni. Result ni baru dapat hari Sabtu lepas. 

Tahun lepas, ambil result exam bertiga je. Tahun ni, ambil berempat. Macam Aleesya pula yang dapat result exam. Aleesya yang excited sangat-sangat. Seronok tengok ramai budak kot. Nak kata ramai, sikit je sebenarnya. Kami datang nak kata awal, tidak. Nak kata lewat pun tidak. Rasanya, sedang-sedang aje.

Nanti nak ulas satu-satu result Adam. In summary je la. Tapi... result Imlak tu yang paling best. Best sangat! Improvement mendadak dari tahun lepas. Alhamdulillah!

Aleesya The Explorer


Aleesya the explorer. Habis setiap ceruk nak dimasuknya. Laju!!! Dan gembira! Seronoknya bila terlepas bebas!

Gambar ni adalah gambar sebulan yang lepas. Inilah kali pertama Aleesya cuba bergerak jauh sikit. Jauh dari hujung kaki mama. Hihihi. Kalau tidak, pusing-pusing kat situ je.

So, untuk kali pertama bergerak jauh ni, Aleesya sudah mula mencuba untuk membuka laci. Ehhhh... risau tersepit jari! Nasib baik lah Aleesya belum cukup kuat untuk menarik laci tu keluar. Lega la juga. Nampak gaya kena ikat la laci-laci rumah lepas ni. 

Sambil jalan-jalan, dia mesti intai ke belakang. Lega la kalau mama ada. Kalau mama bergerak? Terus dia nangis! Memang tak aci la Aleesya ni, dia tinggalkan mama boleh, mama tak boleh tinggal kan dia.

Tetamu Cilik


Inilah tetamu cilik semasa picnic tempoh hari. Amboiiii!!!! Mentang-mentang dah boleh berlari, ke sana ke sini Hanif terjah.

Ingatkan dia nak naik gelungsur baby... Tidak! Hanif tak layan eh gelungsur baby. Dia nak main yang budak besar punya. Memang jenuh la mak ayah Hanif mengepung :)

Self confident tinggi budak ni. Tak takut pun. Apa kisah dengan ketinggian kan! Hahahah... Tq ye Hanif sebab meredah jem 2 jam untuk sama-sama hadir dalam picnic abang Adam. Adam memang happy giler. Sebab ramai ahli keluarga yang hadir!


Tunggu Aleesya besar sikit, boleh la main kejar-kejar dengan Hanif!

Seronoknya Berkawan


Cuaca yang panas terik tidak menghilangkan kegembiraan anak-anak. Lebih-lebih lagi bila berkumpul dengan kawan-kawan baik. Inilah kawan sepermainan, sepelajaran. Gurau senda, merajuk bersama. Semua ada!

Comel-comel kan semuanya!

Budak-budak sebesar ni, semuanya masih indah. Kalau ada pun tercuit terkasar, adatlah nak menempuh alam dewasa kelak. Ehhh... jauh lagi nak dewasa. Nak remaja.

Tahun depan, masing-masing masuk ke darjah 1. Wahhhh!!! Excited! Darjah 1 tau! Bukan budak tadika lagi.

Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya. Budak-budak comel ni, semuanya kawan baik Adam. Besar sama-sama ye! Semoga semuanya membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak kebanggaan keluarga dan negara! Ameen!!!!

Blogroll Hilang!!!!

Kawan-kawan semua...

Blogroll list saya hilang akibat menukar-nukar template. Bukan IT literate kottt.... tak backup dulu. Meh la komen kasi link kawan-kawan.

Menu Makanan Untuk Di Bawa Ke Picnic


Seronoknya kan ber picnic. Lebih seronok apabila buat aktiviti sekolah aka tadika macam ni. Ramai je kawan-kawan. Menu yang dibawa untuk berpicnic di sponsor tenaganya oleh papa =)

Tq papa!

Menu simple : cheesy sosej dan bihun goreng tak pedas untuk anak-anak, nasi lemak pedas untuk kami!

Air... mama bawa 2 botol air mineral sahaja. Hihihi...

Sebenarnya, makanan disediakan oleh pihak tadika. Tapi, seperti biasa, pot luck dialu-alukan! Lupa pula nak snap makanan yang banyak tu!!! Macam-macam ada! Makanan berat dan ringan, semuanya ada! Dari karipap, donut, bihun goreng, mee goreng, kek, segala macam kuih-muih dan puding, nasi lemak, keropok, wahhhhh!!!! Memang food heaven!

Untung la yang ada family ikut. Kenapa? Agak-agak pandai ke anak-anak nak menyerbu ambil makanan di meja? Rasanya, anak-anak mungkin malu, malas, takut dan pelbagai rasa lagi. Tak pun, excited nak main! Atau terlalu letih akibat panas yang membahang.

So, mama kerjanya bertanya kepada Adam dan beberapa kawan baiknya, " Nak apa? ". Hulurkan makanan dan minuman. Kesian pulak yang tiada ibu join bersama. 

Ehhh... menyesal tak diambil gambar makanan tu! Sampai penamat hari... makanan masih banyak. Teacher bawa balik semua makanan untuk anak-anak mengulang makan. Untuk Adam, kita balik terus! Yeayyyy!!! Hari ini, tak payah pergi school!

Picnic Sekolah Dan Sambutan Hari Ibu

Picnic sekolah? Ok la kan... berkelah! Tapi, sambutan hari ibu! Owhhhh... Hahahha... ye... cerita lama yang baru nak diceritakan!

Jangan tak tau... excited punya pasal dengan aktiviti anak-anak, mama ambil cuti tau! Ambil cuti supaya boleh bersama-sama Adam berpicnic. Hihihi...

Wahhhh!!! Haaaa... jangan tak tau, bukan setakat mama je yang bercuti, Hanif sekeluarga dan grandmother wan pun datang sekali! Jauh tau! Iye la.... mama sekangkang kera je. Tapi, Hanif dan wan kena meredah jem dua jam, semata-mata nak menggembirakan hati Adam. The more, the merrier!

Anak bujang sedang beratur bersama kawan-kawan. 


Haaaa... masa mama hantar Adam ke school, dimaklumkan budak-budak akan breakfast dulu sebelum keluar. Tapi, tak sempat kot. Budak-budak belum makan. Kesiannnnn.... lapar la anak bujang ni.




Tapi, bila gather ramai-ramai macam ni, mungkin la mereka terlupa yang masing-masing belum makan!

Akhirnya, tiba time makan. Aishhh..... mama memang concern lebih part makan ni! Kesian anak-anak! Anak-anak dibekalkan roti dan air kotak. Ermmm....



Kami bawa sosej cheese kegemaran Adam. So, letakkan bekal makanan tu pada Adam. Seorang demi seorang budak berpusing. 

" Nak ke sosej ni? ".

" Nak! ".

" Ambik la ".

Dapat la seorang seketul. Jadi laaaa... kongsi ramai-ramai kan. Alas perut sebelum aktiviti selanjutnya.


Haaa... itulah aktiviti selanjutnya. Kanak-kanak menyanyi bersama-sama. Adam senyum dalam paksa tu. Panas! Dia kan tak tahan panas!

Till then... mama sambung next entry :)

Apsal la senget benget gambar ni... i'll adjust later <3

Keletah Baru Si Aleesya

Assalamualaikum. Meh la tengok telatah anak dara sorang ni. Baru pandai menjelir lidah. Jadinya, posing lidah terjelir aje la kan =)


Amboiiii.... Abang Adam dulu, tak pernah memanjat tau! Tak pernah! Sampai mama suruh panjat grill. Risau juga... takut anak tak reti panjat ;p


Rupanya, bukan tak reti. Tapi behave! Dia panjat bila bawa ke playground je. Hohohoho!

Tapi, saksikan princess kesayangan kami ni. Nampak gayanya, tak takut pun. Boleh aje memanjat dan turun sendiri dengan gembira!

Girl's power!


Explore la mana nak explore Aleesya. Asalkan tidak merbahayakan diri, silakannnnn :)

Kami

Asyik dating dengan Adam je kan. Haaa.... Memang dah plan dari tahun lepas. Satu bulan, cuti satu hari khusus untuk Adam. Kalau semua cuti, tak kira. Ahaaaa... Reward la kan untuk abang yang dah pandai berdikari. Main sendiri, makan sendiri, homework pun check dan buat sendiri.

Sungguh-sungguh Adam berdikari. Syukur. Budak ni, bila ada adik, ceeeepat je dia membesar. Padahal... lima tahun makan mama suapkan! Mandi pun mama mandikan! Hihihi... bukan tak reti buat sendiri, tapi... dah namanya anak seorang kan, apa salahnya dimanja-manjakan. Nanti dah besar, dah tak manja-manja macam ni lagi.

Entahkan betul, entahkan salah. Tapi, untungnya sebab Adam senang nak diuruskan. Itu yang untung tu. 

Bila kenangkan Adam yang kena buat sendiri semua benda, kadang-kadang rasa kesian pun ada. Walaupun Adam dengan rela buat itu ini, tolong itu ini, sesekali terdetik juga... Kesian la kat abang sorang ni. Nasib baik la Adam ringan tulang. Senang juga ada abang yang dah besar ni. Rajin melayan adik!

Itu je nak cerita. Hahaha!

Soalan Cepu Emas Sebelum Bercuti

Soalan Adam sebelum bercuti. Nak tau apa soalannya?

" Tempat kita nak pergi ni, ada wifi tak? ".

Haaaa.... canggihnya soalan! Bukan tanya, tempat kita nak pergi ni ada swimming pool ke, ada games ke... wifi ditanyanya!

" Kenapa? ".

" Kalau tak ada wifi, susah la Adam nak tengok youtube ".

Akuilah... zaman dah berubah. Soalan ikhlas dari anak berumur 6 tahun. Ikhlas dari lubuk hati. Itu baru untuk hiburan anak-anak : youtube. Kalau kita yang dewasa ni, bayangkan tanpa internet! Lumpuh! 

Aduhhh!!! Wasap tak dapat, facebook tak de, google pun illek! Pendek kata, sekelip mata hilang segala maklumat di hujung jari. Owhhh.... tu belum lagi untuk yang berniaga online. Owhhh.... mama jual shaklee tau. Sesapa nak, meh la ke shapemy.blogspot.my. Jom like page mama sekali shapemy.

Lumpuh segala-galanya. Haaa... bayangkan! Bayangkan sehari tanpa internet! Hihihi :)