Persembahan Kamishibai Dan Storigami


Inilah aktiviti sempena Pesta Buku Antarabangsa bulan lepas - Persembahan Kamishibai Dan Storigami. Kiranya dah sebulan berlalu la kisah ini. Ada ceritanya di sepagi di pesta buku.

Bila ada aktiviti macam ni, budak-budak memang excited la kan. Pergi dengan kawan-kawan, mana nak sama pergi dengan family. Lebih bebas lebih enjoy la kot :)

Aktivitinya pagi. Berkumpul di tadika macam biasa ( jam 8.00 am ). Pukul 9.00 am, bertolak ke PWTC. Haaaa... kali ni bukan naik bas. Sebab teacher tak dapat nak mencari bas. So, kali ni, anak-anak naik kereta teacher ke tempat di tuju - PWTC!

First time la Adam ke PWTC!

Nampak tak Adam sipi-sipi dalam gambar di bawah :)




Aktiviti pada hari tu, adalah... kamishibai dan storigami. Sesi bercerita kepada kanak-kanak dengan menggunakan puppet dan origami sebagai alat bantu mengajar. Anak-anak tentulah seronok!




Antara aktivitinya lagi adalah membuat origami! Hihihi!



Amboiiii.... khusyuknya mendengar cerita!


Sebelum balik, wajib la kita bergambar kenangan!

Adam bawa balik ke rumah love origamy di bawah... beserta Majalah Asuh!


Perkembangan Aleesya 8 Bulan


Aleesya genap 8 bulan. Yeayyyy!!!!

Apa perkara baru ye.... ahaaa.... summary ringkas je ni, sebab nak update cerita panjang lebar. Alkisahnya laaa...

Merangkak? Belum lagi. Walaupun dah boleh buat posisi macam nak merangkak... statik. Tak gerak pun. Ok Aleesya. Take your time.

Makan : selalu Aleesya makan bubur nasi menu sayur / ikan / ayam. Bulan ni mama dah start buat menu ikan + sayur / ayam + sayur.

Puree : puree pisang, Aleesya terus muntah. Kurma dia tak suka. Carrot? Yummeh!

Main : suka main! Favourite person selain mama adalah ... Adam!

Habit kat school : puasa. Aleesya puasa susu. Aishhhh... aritu ok je minum ebm dalam botol. Sekarang ni, nampak aje botol, dia terus mengamuk. Huhuhu. Kesian anak mama.

Gerakan baru : joget. Dulu, dengar music, kaki je gedik-gedik. Sekarang, dah pandai goyangkan kepala.

Itulah si manja Aleesya =)

Sedapnya Pisang


Sejak pertama kali makan pisang... ehhhh tipu la! Kecik-kecik dulu mama bagi tau Adam makan puree pisang. Cuma sejak besar ni memilih sikit. Ok... MA rephrase. Sejak Adam makan pisang setelah membesar.... hihihi.

Asal weekend, kita beli sesisir pisang. Sesisir sahaja. Untuk Adam makan macam tu aje atau untuk mama makan dengan eskrem coklat. Yummehhhh!!! Banana split la kan. 

Semenjak tarikh itu, ehhh.... asal ada pisang, Adam makan. Haaaa... kannnn... ruginya tak mencuba dari awal. 

Cuma... hihihi... kena ajar Adam kopek pisang tanpa kotorkan tangan. Naper ehhhh... ahahahha. Dia kopek kulit pisang tu sampai habis. So, pisang tu kena pegang dengan tangan. Erkkk... sentuh tangan. Hahahahha. Tak habis menuntut ni ><

Teka Siapa Saya


Si Kecil Demam Panas


Dua minggu lepas, si comel ni kena demam panas. Kesiannya... kecik-kecik dah kena demam panas.

Tak kira waktu, asal panas, MA kendong Aleesya ke bilik air. Nak lap-lap, macam lambat. Aishhh... kalo bawa ke hospital, memang warded la ni. MA tak larat la nak bertungku tangga di hospital.

Cool fever bertampal di dahi, badan. Aircond 24 jam. Makan ubat pun suhu tak turun. Makan memang tidaklah kan. Nasib baiklah Aleesya nak menyusu. Kalau tidak, check in la sekeluarga kat hospital =(

Selalunya, bila nampak nak selesema, MA makan vitamin C je. Insya Allah lega. Tak jadi la nak demam. Kalau demam pun, mild sehari je la. 

Tapi.... ini kali... demam sampai seminggu. Demam panas. Risau! Macam-macam fikir. Anak kecik lagi pula tu.

Akhirnya, lega juga. Snap gambar ni masih demam lagi. Saje diletakkan bunga setompok tu. Anti datang melawat. Dibaginya hadiah bunga setompok pada Aleesya. Hahahah. Anak mama redha aje mama nya nak apa kan dia =)

Aleesya Main Puzzle

Semalam Adam keluarkan puzzle. Puzzle untuk budak kecil. Seronok pula Adam main. Maklumlah... lama tak ber puzzle ni.

Agaknya tengok Adam ralit dengan puzzle, Aleesya pun sibuk nak ber puzzle. Memang puzzle ni menarik minat dia sangat-sangatlah!



Puzzle Adam ditariknya. Kepingan puzzle di ambil dan di telek. Berteraburan puzzle tu. Pusing kiri ambil, pusing kanan, ke depan dan ke belakang. Lama tau... mungkin saiz puzzle yang kecil atau mungkin sebab puzzle tu colourful yang menarik minat.



Sengaja kepingan puzzle kami letak bersepah-sepah. Tujuannya, biar Aleesya kejar. Yes! Aleesya ikut saja di mana kami letakkan puzzle tu. Jarang ada benda yang menarik minat si baby ni. Biasanya, aiiiii.... naik turun kaki mama dia je ;)

Makan Buah-Buahan Tempatan

Jumaat lepas, alkisahnya Adam bercerita. Dia makan pisang di sekolah.

" Sedapnya pisanggggg ".

" Berapa biji Adam makan? ".

" Satu sahaja. Adam dapat yang kecil. Friend Adam ambil banyak ".

" Ooooo.... ".

" Adam tak tahu kopek pisang. Friend Adam tolong kopekkan ".

Erkkkk... nampak la sangat kan Adam ni tak makan buah. Adam makan epal je. Ini pun baru mencuba-cuba makan durian.

Alkisahnya anak mama tak tau macam mana nak kopek kulit pisang. Haaaa.... Esoknya, beli pisang sesisir. Adam makan sebiji. Tunjuk cara kopek kulit pisang.

Tetiba teringat kes semasa CNY yang lepas. First time Adam makan limau. Makan kat school juga. Teacher yang kopekkan kulit limau tu. Tapiiiii... macam mana Adam makan? Digigitnya limau tu macam gigit epal. Hahhaha. Lepas tu, teacher ajar Adam cara makan limau. Dimakan seulas-seulas.

Tak sangka sebenarnya yang Adam tak tahu. Maklumlah... kalau membaca ke mengira ke, memang tip top. Bahasa Melayu atau English selalu Adam yang kena bacakan di dalam kelas. Kiranya, jadi contoh pelajar lain.

Jawi dan iqra' kena polish la sikit. Jawi dah pandai eja, tapi menulis sambung-sambung masih belum pandai. Iqra' baru buku ketiga.

Kekadang, benda yang kita anggap remeh pun sebenarnya anak tak tahu. Memang tak sangka Adam tak reti nak makan limau dan pisang! Nampaknya, lepas ni kena rajin beli buah. Bagi Adam tau macam mana nak makan rambutan, duku dan langsat. Kesian pulak anak mama. Nasib baiklah masih tadika. Next mission, beli rambutan!!!

Besarnya Pengaruh Upin Dan Ipin

Besarnya pengaruh Upin dan Ipin. Haaaa... ini nak cerita pasal Adam la ni. Aleesya belum minat lagi dengan Upin dan Ipin.

Alhamdulillah,  setakat ni pengaruh yang baik - doa puasa, tau pasal puasa - dulu MA pakai video Upin dan Ipin untuk ajar Adam tentang puasa, terawih dan banyak la lagi.

Sekarang ni, obsession tentang makanan pula. Kami suami isteri suka durian.  Setiap minggu mesti makan durian, walaupun hanya yang dibeli di pasaraya. Wajib. Sedap. Tapi... Adam tak pernah nak cuba rasa. Bau durian pun Adam tak suka. Apa-apa makanan yang ada rasa durian, Adam reject. Tiba-tiba, pada suatu malam...

" Teringin la nak makan durian ".

Wahhhhh.... kenapa la pulak Adam nak makan durian. Alkisahnya... sebab upin dan ipin makan durian.

Sekali Adam makan...

" Sedapnyaaaaaa durian ".

Haaaa... kan dah rugi. Itulah, tak nak cuba.

Selain durian, Adam makan sagun, makan sayur. Yang terbaru... teringin nak makan lemang.

Teringin tahap mengidam. Hari-hari sebut. Sabar ye Adam. Nanti kita cari lemang. Ada kot jual kan?

Memang puas hati la dapat beri anak makan apa yang diidamkan. Seronok.

Perkembangan Aleesya 7 Bulan

Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar Aleesya dah nak masuk 8 bulan. Tapi, MA ketinggalan keretapi sikit. Baru nak cerita pasal perkembangan Aleesya 7 bulan.

Gap umur yang jauh atau memang sebab kami manjakan anak - Aleesya manja sangat! Sama la macam si abang. Manja tiada masalah. Memang anak-anak tempat bermanja kan.

Apa eh perkembangan 7 bulan? Belum merangkak lagi. Tak sabar nak tunggu Aleesya merangkak. Lama dah nampak bontot tu diangkat-angkat. Berbulan! Berat kah? Atau malas kah? Hihihi. Aleesya akan merangkak bila tiba masanya.

Menjulur pun tidak sangat. Cuma rajin berpusing-pusing. Pusing-pusing dan tergolek-golek. Nak capai benda pun sama. Mula-mula pusing, kemudian golek. Sampai la nak ambil barang kan!

Muka adik walaupun ramai yang kata tak menyerupai mama, tapi... memang duplicate Adam masa kecil! Suara pun sama! Hihihi. Untungnya zaman sekarang ni ada video bagai kan! Kalau tak, mama pun lupa betapa seirasnya dua beradik ni.

Disebabkan dua-dua ni muka duplicate masa kecil, tertanya-tanya juga. Nanti adik dah besar ikut muka mama ke papa? Hihihi.... hanya tertanya-tanya. Muka kan berubah. 

Tapi, dah ada Adam yang memang duplicate muka MA, Aleesya nak duplicate muka papa pun tak apa.... hihihihi

Sepagi Di Pesta Buku

Minggu lepas Adam ke Pesta Buku bersama rombongan tadikanya. Pertama kali ke PWTC bersama kawan-kawan tadika tanpa menaiki bas. Selalunya program yang dirancang oleh pihak tadika akan dibuat bersama seluruh warga. Kali ini, cuma abang-abang dan kakak-kakak senior sahaja. Ewahhhh..... abang senior! Hahaha. Sebab sebenar ialah, orang terlalu ramai di sana. Takut tak terkawal adik-adik junior.


Sebenarnya program last minute. Pihak tadika mendapat jemputan daripada Penganjur untuk join sekali persembahan kamishibai dan storigami. Last minute pun, last minute la. Janji anak-anak gembira. Lagipun PWTC dekat sahaja. Masih di dalam lingkungan jarak dekat-dekat sahaja.

Cuma, agak terkilan sebab MA tak dapat bercuti pada tarikh tu. Sibuk di office. Lain kali la cuti ye Adam. Cuti untuk join Adam ke program tadikanya. Wahhhh!!! Mesti seronok kan!


Antara aktiviti yang ada adalah puppet show, membuat origami dan bercerita. Hihi. Mulanya Adam jangkakan ada sesi bebas anak-anak membaca buku. Kenapa? Adam dah plan untuk ajar kawan baiknya membaca. 

Sekejap sahaja programnya. Anak-anak comel balik semula ke tadika sebelum tengah hari. Seronoknya bila ada aktiviti luar macam ni =)

Antara origami yang diberikan kepada anak-anak.


Anak-anak diberi token majalah "Asuh" dan majalah "Asuh" untuk di bawa balik. 

Lepas ni nak buat entry gelagat anak-anak di sana pula =)

First Teddy Bear


Teddy bear? Berapa bulan dah belinya. Tapi, MA baru terasa ada sedikit mood nak mengupdate. Aloooo.... sian pulak si kecil ni. Dah la tak ada my-aleesya, update pun malas-malas.


Ok. Jom berkenalan dengan our hero in red. IRON MAN!!!! Haaaa... inilah first teddy Aleesya. Owh... jangan la risau takut MA publish cerita 2nd, 3rd ngan 4th teddy ye. Kalau publish pun, nanti MA cerita dengan kreatifnya ♡.

Masa mula-mula beli ni, agak-agak siapa yang excited dengan Iron Man ni? Haaaa... pasti lah si abang Adam. Adam yang excited terlebih. Dahhhh... beli iron man kan. Kalau beli barbie, Adam tak pandang la kan.

Kaler iron man yang terang ni memang sesuai la dengan si baby Aleesya. Kasi nampak jelas. Dannnn... memang excited Aleesya main. Menjerit-jerit tau Aleesya main. Ohoooo.... jangan bayangkan suara kasar ok. Bayangkan suara princess yang lemah-lembut dalam cerita kartun. Yang kononnya terjerit " Help! Help! " sambil mengharapkan prince charming akan datang membantu. Ahahaha. Suara halus.

Itulah suara halus Aleesya. Kadang-kadang, saje di jeritnya sambil main-main. Seronok mendengar, memang la. Tapi.... aishhh... kesian pun ada. Habis hilang suara nanti. Berpeluh sakan menjeritnya. Itu lah si manja kami, Aleesya.