Keletah Anak-Anak

Sekarang ni, masa sangat la mahal. Sedar-sedar dah malam. Baru hari Jumaat,  tetiba Ahad dah muncul. Kadang-kadang terasa macam tidak cukup je masa 24 jam yang Allah bagi. Masya Allah... masa tu sama sahaja untuk semua orang. Siapa yang tak cukup masa, kena la adjust mana yang patut. Mungkin rehat terlebih kot :)

Alhamdulillah dengan dua orang penyeri hidup ni. Abang asyik nak main dengan adik. Adik pulak pantang nampak abang, mesti tegur nak ajak main. Tak dapat bayangkan bila Aleesya boleh merangkak nanti. Hiiii.... mesti mengekor aje ke mana Adam pergi. Dua-dua permata hati di dalam fasa bermain. Main aje.... hihihi.

Abang Adam yang tahun depan nak masuk darjah satu pun, hari-hari main. Nasib la dah pandai membaca mengira. Jadi, main la anak. Nak paksa, belum masanya. Itupun sangat bersyukur. Walaupun Adam tak ada nak belajar, dia sentiasa aware kalau ada homework. Homework memang jadi keutamaan. ~ tiba-tiba bersyukur sangat kalau Adam ada homework ;) Tapi, homework jarang ada. Dua bulan, mungkin ada sekali homework teacher beri.

Semoga anak-anak diberi kesihatan yang baik. Semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga. Ameen!

Kesiannya Aleesya

Tiap kali Adam nampak mama buka my-adam, dia akan baca " my adam ". Budak dah pandai membaca kan! Tapi.... ada tambahan. " Kesian Aleesya ".

Agak-agak, apa pasal Adam rasa kesian dekat Aleesya? Haaaaa.... MA tanya la Adam.

" Kenapa kesian dekat Aleesya? ".

" Kesian sebab tak ada my-aleesya ".

Wahhhh!!! Semua benda nak share dengan adik kan.

" Boleh tak mama tulis my-aleesya kecik-kecik bawah my-adam? ".

Jawapannya tentulah boleh! Tunggu ya Adam :)

Perkembangan Aleesya 6 Bulan

 

Aleesya dah nak masuk 7 bulan dah. Tapi entry ni untuk 6 bulan :)

Alhamdulillah, 22 Mac 2014 Aleesya genap 6 bulan. Bersyukur juga kerana 6 bulan pertama Aleesya berjaya disusukan dengan susu ibu sepenuhnya! Gembira! Sebab, untuk menyusu badan sepenuhnya, bukan hanya supply susu yang menjadi penyebab. Ibu kena kuat semangat. Kalau tak, awal-awal dah surrender. Hihihi.

Enam bulan, princess ni memang dah mula rajin angkat bontot. Tapi, nak masuk 7 bulan ni pun masih sama lagi. Tak de la nampak tanda-tanda nak merangkak lagi. Cumanya, ligat la berpusing-pusing. Sedar-sedar berubah kedudukan. Aishhhh...

Ini memaksa kami untuk berpindah tempat tidur. Hihihi. Nasib baik la bilik ni besar. Jadi, tak perlulah bermaustautin di ruang tamu. Empat beranak tidur di bawah sahaja. Katil baby? Jangan harap la Aleesya nak tidur sana. 

Mulut Aleesya juga semakin ramah. Yang best nya, pandainya keluarkan suara manja-manja. Halus dan bersopan-santun. Itu lah bila anti Hajar datang dengan grandmother wan, diorang rasa seronoknya mendengar suara halus Aleesya. Tak macam suara Hanif yang gegak gempita :D

Tapi, itu lakonan semata. Lakonan semasa happy. Cuba semasa nak ditinggalkan sebab nak masak. Mula-mula memang suara halus keluar. Kalau tak dilayan, haaaaa.... sama lah gegak gempita macam Hanif. Ahahhaha.

Di usia 6 bulan juga, Aleesya telah ditukarkan nursery! Yeayyyy! Masuk nursery Adam dulu. Lega. Alhamdulillah.  Memang dulu nak masukkan ke sini, tapi, senantiasa la penuh. Akhirnya ada rezeki kami. 

Next entry kita sambung lagi. Insya allah. Kena rajin menulis ni. Nanti hilang mood kenangan indah membesarkan anak.

Intai Dari Jauh

Abang Adam dah besar. Kalau dulu, pergi book store dia memang cari buku. Buku bergambar, tengok gambar dan paham-paham sendiri. Tak pun, mama yang kena bacakan. Atau kalau buku bersuku kata tu, boleh la Adam baca.

Sekarang ni, ye... masih gila kan buku. Tapi... sekarang baca sendiri. Antara kegilaan sekarang ni, upin dan ipin.  Baik komik, buku mahupun movie. Besar pengaruh upin ipin.



Tak kisah la ceruk mana pun nak duduk. Bacalah buku tu ya. Ini mama intai Adam baca komik upin ipin. Sebenarnya tak payah intai. Adam baca kuat. Hihihi. Saja snap gambar buat kenangan.