Our 2nd Kumon


Ini buku Kumon kedua kami. Buku pertama dibeli dua tahun lepas. Entah ada update ke tidak. Ngeh3. Jarang-jarang dah membeli buku. Buku yang ada pun dah banyak. Masih banyak yang belum dibaca atau dibuka. Owhhhh :(

Adam ada hobi baru tau... Tak kuasa nak cerita pasal toys - nak cerita benda lain. Stay tuned....

Kumon ni well-known la kan. Mesti ramai yang hantar anak ke Kumon. Anak mama nu, mama hantar ke tadika biasa sahaja. Yang best nya Kumon ni, dia ada buku-buku sendiri. Wahhh! Jadi, tak pergi Kumon pun, boleh ikut silibus Kumon. 



Pendapat peribadi, MA suka buku -buku Kumon. Cuma, untuk buku aktiviti, harganya agak mahal. Jangan la kata MA berkira pulak... tapi, sayang buku mahal nak dipotong-potong, ditampal-tampal. Kalau buku bacaan, tak mahal. Sebab boleh baca berulang kali. Ishhhh.... hahaha. Kertas dia tebal. Memang high quality. Yang penting, Adam suka. Tapi tu la.... bila namanya buku aktiviti, bukan boleh dipakai berulang-kali.

Apa gunanya buat maze activity ni? Haaa... sebenarnya ia adalah untuk melatih motor halus anak - cara pegang pensel dengan betul. Sambil-sambil anak berseronok sebab dapat buku baru =)

2 comments:

  1. Oh, Adam dah belajar kumon ya. Bagus juga ni. Tapi kalau buku mahal buat main potong-potong tu cam tak best gak. Bukanlah kita ni berkira bila dengan anak, tapi itulah susah nak cakap camna ye. Boleh ajar si Adik nanti bab kumon ni sebab sampai la ni tak tahu nak dihantar ke mana si kecik nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak.... adam tadika biasa je. Ni beli buku Kumon kt popular. Kannnn.... MA pun rasa sayang kalau buku mahal nak dipotong digunting bagai. Hihihi

      Delete