Date Cuti Sekolah

Khamis lepas, kami dating lagi. Dating bulan Mac pulak. Amboiiii!!! Sakan dating berdua. Adam ni, sejak kecil kalau berjalan memang akan pegang je tangan kita. Takut la kalau ada orang kidnap ke, hilang ke. Dari satu segi, senang nak jaga. Sebab Adam tak pernah nak berlari dekat mall. Tapi, dari satu segi... teringin sangat nak suruh Adam berlari =) Manusia tak pernah puas.

Minggu lepas, agaknya feel happy lain macam, eh... jalan pegang tangan. Haaaa... hihihi.

Aktiviti sama macam hari tu - movie, book store, makan-makan, ambil Aleesya kat nursery dan balik. Kesian adik kecik tak dapat ikut. Hihihi.

Nampak la anak bujang ni punya reaction. Happy sesangat. Owhhh... agak panic juga kerana masa keluar tu terlupa nak bawa handphone. Aishhhh... resah juga. Takut la ada emergency. Tapi, kena cover la. Nanti spoiled mood happy Adam.

Owhhh... Adam ni, bukan nak belon. Malu la... sebab Adam dah besar. Kesian dekat abang dan kakak waiter/waitress. Adam selalu je tolak bila di beri belon. Tolak cara baik la. Tapi, kali ni Adam ambil. Ngeee~~~ ambil sebab nak bawa balik untuk si comel kami. Sanggup tahan malu pegang belon untuk bawa balik bagi kat adik dia. Sweet sangat!!!

Dedicated FB Page

Ringkas aje tulisannya... sesapa sudi, meh la like page baru ni. Baru aje di setup. Fresh from oven. Ada ke yang sudi? Hihihi...



Boleh la kita share tips ke, apa ke kat sini :)

Minyak Bawang Putih Di Telapak Kakinya

Masih berkisarkan batuk dan kahak. Aleesya ni dah dibawa ke doctor. Kata tuan doktor, " Tak de la banyak kahak dia. Biasa je ". Alhamdulillah. Lega la kejap kan. Kahak tak banyak pun. Tapi.... Aleesya resah gelisah. Kesian. Tak dapat nak tidur. Dengan MA, boleh la dilayan. Beriba 24 jam. Kalau di nursery? Hahahha.

Jadi, untuk keselesaan anak, selain dari makan ubat ke, supplement ke, petua lama dilupa jangan. Nak nak pulak petua lama yang boleh disokong dengan fakta saintifik.

Kali ini bukan steam wap dah. Ini kali kita main masak-masak. Meh nak kongsi...

Ambik dua ulas bawang putih. Bakar pada api tanpa dibuang kulitnya. Wow! Bau semerbak. Kemudian, lenyek atau tumbuk bawang putih tadi sampai hancur. Titiskan beberapa titik olive oil. Maka terhasilkan virgin garlic oil. Hihihi.

Apa nak di buat?  Haaa... sapukan sahaja pada tapak kaki bayi anda. Panas? Tidak. Cuma berbau garlic la. Pakaikan stokin supaya garlic tidak bersepah.

Apa rasionalnya guna minyak bawang putih ni? Haaaaa.. banyak la khasiat bawang putih ni. Cuba google.  Bawang putih ni bersifat antibiotik semulajadi. Aleesya baru menjengah 6 bulan dua hari lepas. Tak kan nak dibagi makan garlic kan? MA la yang boleh makan. Anak dapat melalui susu ibu :)

Petua turun temurun ni bagus tau. Kalau tak suka makan garlic, meh try garlic complex shaklee. Ehhh??? Menyempat! Iye. Mesti la menyempat. I masih aktif ber shaklee tau uolls. Tengah nak setup fb dan blog shaklee. So, xde la bercampur aduk dengan cerita dua budak manja ni lagi nanti. 


Nampak tak? Muka macam takut jee... sebenarnya tengah nangis. MA bangun nak ambil pampers pun nangis. Inikan pula nak menumbuk di dapur. My super duper manja princess. 

Natural Remedies Untuk Batuk Berkahak

Alkisahnya Aleesya batuk. Nafas pun bunyi-bunyi. Hidung berair.  Part hidung berair tu,  MA tak risau sangat.  MA telan aje SR Vita C Shaklee, Alhamdulillah kering hingusnya. Cuma part kahak tu. Aishhhh.... cam mana nak sedut kan?

MA ni tak pernah mencuba kaedah stim kat anak. Baik Adam baik Aleesya. Semalam terdetik la nak mencuba. Haaaaa... baby 6 bulan ni redha aje. Tak menangis,  tak meronta. Muka berpeluh, tapi... rilex aje dia. Kita punya la tunggu, kot-kot nak keluar hingus banyak dekat hidung. Stand by towel untuk lap muntah. Aikkkk.... tak de pape pun.

Pastu Aleesya aktif la bermain. Amboiii... agaknya rongga-rongga yang tersumbat dah terbuka. Selesa. Tetiba.... uwekkkk. Alhamdulillah. Aleesya muntah. Bukan muntah susu tau! Muntah kahak. Banyak!!!! Wahhhh... lega la tengok keluar kahak tu. So, pagi ni nak try buat lagi. Biar keluar la kahak-kahak semua.


Gigi Sudah Hilang Dua

Gigi Adam sudah hilang dua. Gigi bersebelahan di bawah. Tapi, tak sempat nak tengok gigi tu rongak, sebab masa gigi yang rosak dicabut, gigi baru dah pun tumbuh.  

Masa gigi-gigi tu rosak, rasa ralat la sangat. Sejak mengandung sampai selamat bersalin, MA tak ada ke dentist. So, gigi Adam pun tak di check.  Periksa sendiri pun tak de. Cuma sempat la pesan, kalau gigi goyang, bagitau.

Sayang dan ralat sebab gigi susu Adam kan cantik. Tetiba dapat gigi kekal yang berlapis. Wuuuuu.... Macam mana tak berlapis, gigi susu ada lagi, tak ada ruang gigi baru nak tumbuh. Jadi, gigi tu tumbuh menyenget la. Aishhhh.... ralat sungguh!!!! Nasib la sengetnya tak banyak. Tapi... sorry ye Adam. Pasni, kita check gigi selalu.

Gigi pertama gugur, MA cabut sendiri guna tangan. Boleh bayangkan? Maksudnya gigi tu dah nak tanggal sangat! Gigi kedua, bawa Adam jumpa dentist. Kata Adam, " Sakit sikit aje cabut gigi. Kejap sangat. Tak nangis pun ". Ok la. Nasib baik Adam tak takut :)

Date Dengan Adam

Bulan lepas date dengan Adam. Bonding time tengok Lego Movie. Dah namanya peminat Lego, haruslah tengok Lego Movie. Owh ya... kali ini kami bukan berdua, kami ditemani Anti dan Hanif. Kiranya, double date la kan :)


Venue - KLCC. Aktiviti ringkas - makan,  movie dan pusing-pusing ke kedai buku. Adam ambil sebuah buku aktiviti Lego Movie.


Kiranya, ini adalah 1st movie untuk Hanif. Memikirkan kami pergi pada hari bekerja, harapannya tentulah panggung kurang orang. Jika penuh pun, kami akan keluar jika Hanif menangis. Rupa-rupanya, Hanif sangat lah baik. Diam sahaja sepanjang movie berlangsung. Saaaayang Hanif! Panggung penuh la juga 3/4. Aishhhh... memasing bawa anak tengok movie. Ambil cuti atau masa bekerja flexi? Atau suri rumah? Seronoknya jika masa sangat flexi kan. 

Hajat di hati mau pusing ke tempat lain pula. Tapi, memandangkan Aleesya mahupun pump tidak dibawa, balik terus selepas itu. Seronoknya bersukaria pada hari bekerja.

Our 2nd Kumon


Ini buku Kumon kedua kami. Buku pertama dibeli dua tahun lepas. Entah ada update ke tidak. Ngeh3. Jarang-jarang dah membeli buku. Buku yang ada pun dah banyak. Masih banyak yang belum dibaca atau dibuka. Owhhhh :(

Adam ada hobi baru tau... Tak kuasa nak cerita pasal toys - nak cerita benda lain. Stay tuned....

Kumon ni well-known la kan. Mesti ramai yang hantar anak ke Kumon. Anak mama nu, mama hantar ke tadika biasa sahaja. Yang best nya Kumon ni, dia ada buku-buku sendiri. Wahhh! Jadi, tak pergi Kumon pun, boleh ikut silibus Kumon. 



Pendapat peribadi, MA suka buku -buku Kumon. Cuma, untuk buku aktiviti, harganya agak mahal. Jangan la kata MA berkira pulak... tapi, sayang buku mahal nak dipotong-potong, ditampal-tampal. Kalau buku bacaan, tak mahal. Sebab boleh baca berulang kali. Ishhhh.... hahaha. Kertas dia tebal. Memang high quality. Yang penting, Adam suka. Tapi tu la.... bila namanya buku aktiviti, bukan boleh dipakai berulang-kali.

Apa gunanya buat maze activity ni? Haaa... sebenarnya ia adalah untuk melatih motor halus anak - cara pegang pensel dengan betul. Sambil-sambil anak berseronok sebab dapat buku baru =)

Perkembangan Aleesya 5 Bulan

Alhamdulillah puteri kami diberikan kesihatan yang baik. Syukur sangat-sangat. Pada usia lima bulan ni, aktiviti paling best.... tentulah meniarap. Wahhhh.... bukan setakat meniarap, siap berpusing lagi. Sakan! Tidur memang berkepung la!

Bila dah makin besar, haaa... makin pandai la kan. Paling suka bila semua berkerumun dekat dia. Wahhhh. Mengekek ketawa Aleesya bila diagah. Bila tak diagah, dia pula yang menegur. Peramah! 

Lagi.... main berguling-guling. Haaaa... ini favourite. Memang best. Hisap jari? Masih aktiviti utama. Plus sekarang ni... hisap jari kaki. Adoiii la si comel mama.

Kalau tidur siang, memang tak lena. Mata memang mengintai aje. Mama ada sebelah, dia pejam balik. Mama tak ada, dia menangis cari. Berpusing sambil hulur tangan nak suruh dokong. Aishhhh... memang tak boleh bergerak la mama ni.

Juga.... dah ada preference. Ada teacher yang Aleesya suka, ada yang biasa-biasa dan ada yang mungkin kurang digemari. Tak ada aura. Hahah. Macam mana boleh detect? Masa hantar Aleesya pagi-pagi la. Ada teacher, dia senyum hulur tangan. Ada tu, berpaling. Ada lagi, dia tarik tudung mama. Dan... selari dengan daily report's teacher. Yang Aleesya suka akan report Aleesya happy sepanjang hari. Yang kurang suka, report Aleesya biasa-biasa je. Yang penting, anak sihat dan dijaga rapi =)

Masih Sayang

Blog lama tak ber update  Tak ada cerita? Ada! Selagi kehidupan masih berjalan, banyak sebenarnya yang boleh di tulis kan. Terkejut kot menjadi ibu anak dua? Hihihihi.

Dulu saya selalu update blog time sebelum subuh. Bangun pagi update blog. Time jem balik kerja, sempat juga beberapa entry. Semuanya di schedule kan supaya keluar mengikut masa. Auto published la. Kadang dapat juga entry untuk seminggu.

Sekarang,  ada masa je nak mengulit handbag baru ni. Hahahha. Si Aleesya la. Subuh, menyusu sambil sebelah tangan buat tandem pumping. Masa jem pulak, nak tersengih - sengih dengan princess seorang ni. Di masa lain, nak bermalasan pulak. 

Aishhhhh... banyak alasan boleh dicipta. Alhamdulillah,  kawan-kawan masih menjengah. Walaupun tiada update, masih ada hits ke blog ini. Tq la kawan-kawan ku.